LAS VEGAS, 11 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- MGM Hospitality minggu ini mengumumkan kenaikan pangkat Rishi Kapoor sebagai naib presiden kanan bahagian pembangunan antarabangsa.
Beliau akan bertanggungjawab mengarah aktiviti pembangunan di Asia, India, Timur Tengah dan Afrika Utara bagi bahagian MGM Resorts International (NYSE: MGM) yang memberi tumpuan terhadap pembangunan hotel mewah tanpa perjudian dan juga resort di destinasi utama seluruh dunia.
En. Kapoor, yang berpangkalan di Dubai, mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam sektor hospitaliti mewah dalam bidang yang termasuk pengendalian, pemasaran, strategi dan pembangunan. Dengan kedudukan beliau yang terkini sebagai naib presiden pembangunan-India bagi bahagian ini, beliau mengetuai kerja pengembangan jenama Bellagio, MGM Grand dan Skylofts.
Sebelum menyertai bahagian ini, beliau bertugas sebagai pengarah strategi dan pemasaran untuk The Imperial di New Delhi. Di situ, beliau telah mengetuai pusing balik pengurusan, penyusunan semula, dan penjenamaan semula harta bersejarah di India ini kepada jenama hotel mewah ikoniknya sekarang ini. Pengalaman beliau juga merangkumi pelbagai jawatan dalam pemasaran dan pengendalian dengan The Oberoi Group dan ITC Hotels.
En. Kapoor menerima ijazah beliau dalam jurusan pengurusan hotel daripada Institut Pengurusan Hotel, Pusa, New Delhi, di India. Beliau juga menamatkan latihan lepasan ijazah dalam bidang pengurusan am, pengendalian dan pemasaran.
MGM Resorts International (NYSE: MGM) merupakan salah satu syarikat hospitaliti global yang meneraju di dunia, yang mengendalikan portfolio jenama resort destinasi pelancongan termasuk Bellagio, MGM Grand, Mandalay Bay dan The Mirage. Syarikat tersebut juga memiliki 51% daripada MGM China Holdings Limited, yang memiliki kasino dan resort MGM Macau. Syarikat ini juga dalam proses membangunkan resort perjudian di Cotai dan 50% daripada CityCenter di Las Vegas, yang mempunyai kasino dan resort ARIA. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang MGM Resorts International, sila layari laman web Syarikat di www.mgmresorts.com.
Segala kenyataan dalam siaran media ini yang bukan fakta sejarah merupakan kenyataan "pandang ke hadapan" dan "kenyataan safe harbor" di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 yang membabitkan risiko dan/atau ketidaktentuan, termasuklah risiko dan/atau ketidaktentuan seperti yang diterangkan dalam fail awam Syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.