omniture

Pengembangan Keempat iCapital dengan ESRT Menambah 60 Ribu Kaki Persegi Ruang Lantai di One Grand Central Place

Empire State Realty Trust, Inc.
2022-07-19 20:10 47

Sejak ruangan berkeluasan 17,573 kaki perseginya yang pertama telah ditandatangani pada tahun 2017, iCapital telah berkembang sebanyak 123,651 kaki persegi 

NEW YORK, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini mengumumkan bahawa iCapital akan meningkatkan ruang pejabatnya dengan ESRT untuk tambahan dua tingkat penuh yang berjumlah 59,228 kaki persegi dalam pengembangan keempat di One Grand Central Place, dengan sejumlah 141,224 kaki persegi di enam tingkat penuh dalam pajakan jangka panjang. iCapital ialah sebuah syarikat teknologi kewangan global terkemuka yang memacu akses dan kecekapan dalam pelaburan alternatif untuk industri pengurusan aset dan kekayaan. Sejak pajakan pertama yang ditandatangani pada tahun 2017, iCapital telah berkembang sebanyak empat kali ganda dengan ESRT.

"Kami gembira dapat memperluas kerjasama selama lima tahun dengan ESRT dan terus memperluas jejak domestik kami di tengah-tengah Bandar Raya New York dengan ruang tambahan di One Grand Central Place," kata Lawrence Calcano, Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif iCapital. "Pengembangan kami yang berterusan telah membolehkan kami memacu inovasi dalam ruang kerja kontemporari dan beroperasi dalam persekitaran yang menarik kerjasama. Kami berharap dapat memberi ruang kepada individu berbakat untuk menyertai pasukan kami, memperkasakan kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami dan meneruskan trajektori pertumbuhan pesat kami di lokasi yang tiada tandingan."

One Grand Central Place menawarkan ruang dan kemudahan pejabat penyewa kelas pertama yang merangkumi pusat persidangan untuk penyewa sahaja, pelbagai pilihan tempat makan dan akses dalaman ke lima laluan kereta api bawah tanah, kereta api dan peruncit di Grand Central Station.

"Lokasi yang strategik, kemudahan yang tiada tandingan dan kualiti alam sekitar dalaman perdana menyumbang kepada keputusan iCapital untuk melakukan pengembangan keempat di One Grand Central Place," kata Thomas P. Durels, Naib Presiden Eksekutif Hartanah Empire State Realty Trust.

Lauren Crowley Corrinet, Al Golod dan Christopher Hogan daripada CBRE telah mewakili iCapital dalam rundingan pajakan tersebut. Jordan Berger daripada ESRT dan Erik Harris, Neil Rubin, Scott Klau dan William Cohen dari Newmark mewakili pemilik hartanah.

Maklumat lanjut tentang One Grand Central Place dan ketersediaan semasa boleh didapati secara dalam talian.

Tentang Empire State Realty Trust 
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) merupakan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) yang memiliki dan mengurus aset pejabat, peruncitan dan pelbagai keluarga di Manhattan dan kawasan metropolitan New York yang lebih luas. ESRT memiliki Empire State Building – Bangunan Paling Terkenal di Dunia – dan Anugerah Travelers' Choice Best of the Best 2022 Tripadvisor bagi tarikan #1 di A.S. dan tarikan #3 di dunia, di Balai Cerap Empire State Building ikonik yang baru direka semula. Syarikat ini merupakan peneraju dalam bangunan sihat, kecekapan tenaga dan kualiti persekitaran dalaman, serta mempunyai pelepasan gas rumah hijau yang paling rendah bagi setiap kaki persegi daripada mana-mana portfolio Amanah Pelaburan Hartanah yang didagangkan secara awam di Bandar Raya New York. Sehingga 31 Mac 2022, portfolio ESRT terdiri daripada kira-kira 9.4 juta kaki persegi ruang pejabat boleh disewa, 700,000 kaki persegi ruang peruncitan boleh disewa dan 625 buah unit pada dua hartanah berbilang keluarga. Maklumat lanjut tentang Empire State Realty Trust boleh didapati di
esrtreit.com dan dengan mengikuti ESRT di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan mengikut takrifan undang-undang sekuriti Persekutuan. Anda boleh mengenal pasti pernyataan ini dengan penggunaan perkataan oleh kami seperti "andaian," "percaya," "anggaran," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "mengunjur" atau versi negatif bagi perkataan ini atau perkataan dan ungkapan yang serupa yang tidak berkaitan dengan perkara-perkara sejarah. Anda hendaklah berhati-hati dalam mentafsir dan bergantung kepada pernyataan berpandangan ke hadapan kerana ia melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui, yang dalam sesetengah kes, adalah di luar kawalan ESRT dan boleh mempengaruhi hasil, prestasi atau pencapaian sebenar secara material. Faktor dan risiko sedemikian termasuk, tanpa had, krisis kesihatan awam dan gangguan ekonomi semasa akibat pandemik COVID-19, kegagalan keadaan atau prestasi berkenaan apa-apa peristiwa atau transaksi yang diterangkan di atas, perubahan kawal selia serta risiko dan ketidakpastian lain yang diterangkan dari semasa ke semasa dalam pemfailan ESRT dan ESROP dengan SEC, termasuk yang dinyatakan dalam setiap Laporan Tahunan ESRT dan ESROP pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021 di bawah tajuk "Faktor Risiko." Kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, ESRT dan ESROP tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya. 

Kategori: Pajakan

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/479871/Empire_State_Realty_Trust_Inc_Logo.jpg?p=medium600

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate