omniture

Pekerja Ladang Angin Luar Pesisir yang pertama di Dunia yang diperakui dengan Realiti Maya di New Bedford

VinciVR
2022-07-19 20:15 48

Satu pencapaian penting untuk industri angin luar pesisir dan Projek Angin Luar Pesisir Pertama di Amerika Syarikat 

NEW BEDFORD, Massachusetts, 19 Julai 2022 /PRNewswire/- - VinciVR (Vinci), melalui kerjasama dengan Siemens Gamesa Renewable Energy (SGRE), telah memperakui 12 orang pekerja kesatuan dari Massachusetts yang datang dari IBEW, MillWrights, Iron Workers dan Piledrivers dengan Realiti Maya (VR) di Terminal Perdagangan New Bedford. Kursus-kursus ini merupakan sebahagian daripada kurikulum Global Wind Organization (GWO); GWO ialah sebuah badan pensijilan antarabangsa dan latihannya yang diperakui diperlukan untuk para pekerja tenaga angin.

Union Workers certifying to work in offshore wind via Vinci's VR training technologies.
Union Workers certifying to work in offshore wind via Vinci's VR training technologies.

Vinci telah membangunkan simulasi VR bagi pelabuhan dan turbin angin untuk menggantikan elemen latihan secara langsung bagi kursus-kursus GWO yang kritikal, terutamanya Latihan Teknikal Asas dan Pemberi Isyarat Slinger. Perisian ini membolehkan pengguna menggunakan turbin angin dan mengarahkan kren untuk mengangkat beban berat seperti bilah turbin secara realistik. Simulasi ini menjadikan kursus ini boleh digunakan di tempat kerja seperti New Bedford sambil mengurangkan kos yang besar serta membolehkan latihan dilakukan dengan realistik. Pada awal tahun ini, alat VR ini telah diaudit dan diperakui untuk digunakan oleh GWO.

12 orang pekerja ini mewakili yang pertama di dunia untuk menerima pensijilan menggunakan VR.

"Angin Luar Pesisir adalah masa depan untuk keperluan tenaga AS. Massachusetts telah diberikan penghormatan untuk menjadi yang pertama di AS membangunkan ladang angin luar pesisir berskala komersial, jadi wajarlah pekerja pertama yang diperakui dengan latihan VR revolusioner ini berlaku di sini," kata Eagle Wu, Ketua Pegawai Eksekutif Vinci. "Alat VR kami boleh memastikan bahawa kami memenuhi keperluan tenaga kerja dan memastikan pekerja di Ladang Angin Luar Pesisir adalah berkesan dan selamat di tempat kerja."

"Angin Luar Pesisir bersedia untuk memainkan peranan yang besar dalam masa depan kita.  Kerjasama yang erat antara Vinci dan SGRE telah menetapkan asas yang hebat untuk menggabungkan VR bagi mempercepatkan pertumbuhan serta meningkatkan kualiti juruteknik untuk platform angin luar pesisir.  Kami berharap dapat menyaksikan segmen ini terus berkembang dan maju," kata Ysabel Ledezma, Pengurus Latihan Teknikal SGRE.

Simulasi ini telah dibangunkan dengan pembiayaan daripada MassCEC.  Sebagai tambahan kepada latihan Juruteknik Angin, tawaran VR Vinci merangkumi simulasi untuk mendidik pelajar K-12 dan kolej dalam industri angin luar pesisir dan simulasi navigasi pelaut melalui ladang berskala komersial. Ketahui lebih lanjut tentang simulasi ini di www.vinci-vr.com.

Tentang Vinci: Ditubuhkan pada tahun 2017, VinciVR ialah sebuah syarikat pemula teknologi yang berpangkalan di Boston yang bermatlamat untuk menyediakan latihan VR yang inovatif dan cekap untuk pelbagai industri. Penyelesaian VINCI digunakan dalam pelbagai latihan termasuk Penyelenggaraan Pesawat, Operasi Khas AS dan Tenaga Hijau. 

Tentang SGRE: 30 tahun yang lalu, SGRE menjadi perintis dalam sektor angin luar pesisir apabila mereka memasang projek kuasa angin luar pesisir yang pertama di dunia, Vindeby, pada tahun 1991. Kini, dengan keperluan yang semakin meningkat untuk menangani cabaran iklim, SGRE lebih bertekad daripada sebelumnya. Sebagai peneraju pasaran global dalam angin luar pesisir, SGRE komited untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian ini. Bersama-sama dengan rakan kongsi kami, SGRE berhasrat untuk memperkasakan masa depan industri kami.

Eagle Wu
VinciVR
contact@vinci-vr.com 

Screengrab of Vinci's Wind turbine blade crane lift simulation.
Screengrab of Vinci's Wind turbine blade crane lift simulation.

 

Screenshot of Vinci's Offshore Wind Farm simulation.
Screenshot of Vinci's Offshore Wind Farm simulation.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1860560/Vinci_VR_Workers.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1860561/Vinci_VR_Simulation.jpg?p=medium600

Foto -  https://mma.prnasia.com/media2/1860562/Vinci_VR_virtual_wind_farm.jpg?p=medium600

Source: VinciVR
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities