omniture

HydraForce menandatangani perjanjian pengambilalihan dengan Bosch Rexroth

HydraForce, Inc.
2022-07-19 20:31 44

Dua syarikat yang saling melengkapi bersatu untuk menawarkan portfolio produk yang komprehensif bagi penggunaan mudah alih dan perindustrian

  • Portfolio bersama bakal memperluas tawaran global
  • Pelanggan mendapat manfaat daripada saluran jualan tambahan
  • Perniagaan gabungan akan memanfaatkan kekuatan pelengkap masing-masing

LINCOLNSHIRE, Illinois, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- HydraForce, Inc. merancang untuk menyertai portfolio produk Hidraulik Padat Bosch Rexroth yang semakin berkembang serta meluaskan jangkauan dan sokongan kepada para pelanggan. Bosch Rexroth, sebuah anak syarikat Bosch yang berpangkalan di Lohr am Main, Jerman, merupakan peneraju yang kian berkembang maju dalam produk hidraulik Mudah Alih dan Perindustrian.  Bosch Rexroth dan HydraForce menandatangani kontrak masing-masing pada 15 Julai 2022. Kedua-dua pihak bersetuju untuk merahsiakan harga belian. Urus niaga ini tertakluk kepada kelulusan badan anti monopoli.

"Dengan Bosch Rexroth, kami menemui rakan kongsi hebat yang menghargai dan berkongsi pandangan yang sama tentang inovasi, tumpuan pelanggan, kepakaran penggunaan serta budaya. Saya percaya pemilikan baharu ini akan mewujudkan peluang yang hebat kepada para pelanggan, rakan kongsi serta pekerja kami dan seterusnya membawa kepada pertumbuhan mampan," kata Mike Terzich, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif HydraForce.

"Dengan portfolio yang pelbagai dan struktur antarabangsanya, Bosch Rexroth mempunyai asas yang kukuh. Pengambilalihan HydraForce memperluas akses kami ke pasaran global melalui saluran jualan tidak langsung: Rakan jualan dan penyepadu sistem bakal menjadi kumpulan sasaran yang penting. Pada saat-saat yang mencabar ini, kami turut membantu menstabilkan rantaian bekalan serantau agar kami dapat menyokong para pelanggan kami dengan lebih baik," kata Frank Hess, Naib Presiden Unit Perniagaan Hidraulik Padat Bosch Rexroth.

Gabungan mewujudkan portfolio produk yang lebih luas dan lebih mendalam

Portfolio produk HydraForce yang luas melengkapkan portfolio produk sedia ada Unit Perniagaan Hidraulik Padat Bosch Rexroth dengan sempurna. Dalam Bosch Rexroth, unit perniagaan ini mereka bentuk, membuat dan memasarkan komponen hidraulik padat untuk penggunaan seperti pergerakan tanah, kren, platform udara, jentera pertanian dan penggunaan perindustrian di empat buah lokasi di China, AS, Jerman dan Itali. Unit perniagaan ini mempunyai kira-kira 1,800 ahli bersekutu. HydraForce mempunyai kira-kira 2,100 ahli bersekutu yang kebanyakannya terletak di enam buah lokasi pengeluaran di AS, Brazil, United Kingdom dan China.

Pengambilalihan ini meningkatkan sokongan pelanggan serantau dan saluran jualan tambahan

Selain portfolio produk pelengkap, struktur jualan serantau HydraForce dan Bosch Rexroth turut melengkapi antara satu sama lain dengan sempurna: Aktiviti gabungan ini akan mewujudkan entiti yang seimbang di Amerika Utara/Selatan, Eropah dan akan turut menyokong aktiviti pertumbuhan seterusnya di Asia Pasifik. Di samping itu, penyertaan HydraForce akan meningkatkan akses ke pasaran global Bosch Rexroth dengan ketara melalui saluran jualan tidak langsung (contohnya, peniaga dan penyepadu sistem) yang sejajar dengan sasaran strategik jangka panjang Bosch Rexroth.

Tentang HydraForce 

HydraForce pertama kali ditubuhkan pada tahun 1985 di Chicago, Amerika Syarikat dan hari ini, syarikat ini mempunyai kemudahan pembuatan di seluruh dunia, termasuk di Amerika Utara, Great Britain, Brazil dan China.  Syarikat ini mereka bentuk dan menghasilkan injap kartrij dengan kuasa cecair hidraulik berprestasi tinggi, pancarongga tersuai serta kawalan hidraulik elektronik. Ia telah mencipta beribu-ribu penyelesaian kawalan tersuai untuk pelbagai kegunaan kenderaan industri bukan lebuh raya yang merangkumi sektor pertanian, pembinaan, marin, pengendalian bahan, perlombongan dan perhutanan. 

Hubungan Media HydraForce: 
David Price davidp@hydraforce.com
(847) 793-2300, Samb. 3511

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1860759/HydraForce_logo_PF__tag_RGB_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: HydraForce, Inc.
Keywords: Machinery Mining/Metals Acquisitions, mergers, takeovers