omniture

Laporan Kincentric Baharu Mendedahkan Kemerosotan Pekerja dan Keletihan Pengurus akan Kekal Menjadi Cabaran Di Seluruh Dunia

Kincentric
2022-07-19 21:05 101

Laporan Kincentric 2022 tentang Trend Global dalam Penglibatan Pekerja mendedahkan persekitaran yang mencabar dalam penglibatan pekerja yang membawa kepada Era Peluang para Profesional Sumber Manusia (HR) untuk Mengubah Organisasi 

DEERFIELD, Illinois, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Kincentric, sebuah syarikat Stuart Spencer yang mencerap maklumat dipacu data untuk membantu organisasi mengguna pakai kuasa manusia dan pasukan, hari ini mengeluarkan laporan berskala besar tentang trend penglibatan pekerja untuk tempoh tiga tahun yang lalu berdasarkan input daripada 12 juta orang pekerja di lebih daripada 125 buah negara. Laporan Kincentric 2022tentang Trend Penglibatan Global menunjukkan bahawa walaupun tahap penglibatan pekerja tahun ke tahun kelihatan agak stabil, penglibatan sangat berbeza daripada suku tahunan ke suku tahunan yang mencerminkan pergolakan peristiwa dunia yang telah memberi kesan ketara kepada para pekerja di seluruh dunia.  

Laporan tersebut mendapati bahawa kadar penglibatan pekerja meningkat sebanyak 73% pada suku kedua tahun 2020, sebelum jatuh kepada 67% menjelang suku keempat. Selepas mengekalkan kadar pada julat antara 65%-69% pada tahun 2021, penglibatan pekerja telah menurun kepada 62% pada suku pertama tahun 2022. Ini terutamanya, keinginan pekerja untuk kekal dalam organisasi semasa mereka terus menurun, menunjukkan bahawa kadar pusing ganti pekerja mungkin kekal menjadi satu cabaran yang berterusan – dan pengurus peringkat pertengahan merasai lebih banyak tekanan berbanding sebelumnya, dengan penurunan 10 mata dalam keseimbangan kerja dan kehidupan berbanding tahun 2019. 

"Beberapa tahun yang lalu telah menyaksikan perubahan yang julung-julung kali berlaku, daripada pandemik yang sedang berterusan hingga kepada ketidakseimbangan sosial global; sehubungan dengan itu, kami juga telah melihat perubahan yang besar dalam cara, bila dan di mana orang bekerja," kata Jeff Jolton, Pengarah Urusan, Penyelidikan dan Wawasan di Kincentric. "Laporan ini menggariskan perubahan khusus yang berlaku dalam masa nyata, pada skala global."  

"Walaupun terdapat petunjuk terhadap pengurangan tahap penglibatan pekerja dalam data, kami juga telah mengenal pasti bidang potensi luar biasa untuk organisasi membina sistem, struktur dan proses berpusatkan pekerja yang akan memenuhi keperluan tempat kerja yang telah berubah. Cabaran-cabaran ini telah mencipta era peluang kepada para kepimpinan organisasi dan fungsi Sumber Manusia kerana perubahan drastik dalam cara kerja boleh mempengaruhi prestasi syarikat." 

Keputusan penting lain daripada kajian global ini merangkumi: 

  • Kebimbangan tentang kekurangan sokongan: Hanya 50% daripada pekerja merasakan organisasi mereka mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk melaksanakan tugas. 
  • Visi yang menarik tentang masa depan ialah perubahan dalam cara bekerja: Para pekerja melaporkan penglibatan sebanyak 8 kali ganda lebih tinggi apabila para pemimpin kanan berjaya membuatkan mereka berasa teruja tentang masa depan. 
  • Para pekerja ingin tahu bagaimana mereka mampu menyesuaikan diri. Apabila pekerja berurusan dengan persekitaran yang berubah-ubah, mereka ingin lebih memahami di mana mereka boleh menyesuaikan diri untuk masa depan organisasi. Walau bagaimanapun, hanya 59% berasa diiktiraf atas usaha mereka dan hanya 54% percaya mereka mempunyai peluang kerjaya masa depan di syarikat mereka.  

"Penemuan ini menunjukkan bahawa tiada satu perkara sahaja yang mampu mencipta pengalaman kerja yang hebat. Sebaliknya, ia merupakan kemuncak inisiatif Pengalaman Pekerja aktif yang pelbagai dan serentak seperti pengiktirafan, pembangunan kerjaya, pengurusan prestasi, infrastruktur dan kakitangan yang berkesan, menyampaikan visi, kepemimpinan prihatin dan pemikiran positif berkaitan dengan perubahan yang berkaitan secara positif dengan tahap Penglibatan Pekerja dan membolehkan organisasi untuk berjaya melantik dan mengekalkan pekerja mereka. Sekarang adalah masa untuk meneruskan kesinambungan perniagaan dan HR seharusnya menilai, menentukan langkah-langkah yang tepat untuk mengambil kira budaya mereka dan akhirnya memperkasa serta memberi inspirasi kepada kakitangan mereka," kata Jolton. 

Untuk maklumat lanjut atau untuk melihat laporan penuh, sila layari di sini

Tentang Kincentric 

Kincentric, sebuah Syarikat Stuart Spencer, membantu organisasi membuka kuasa manusia dan pasukan untuk mencetuskan perubahan dan memacu hasil perniagaan yang lebih baik. Dengan pengalaman selama berdekad-dekad dan kepakaran dalam bidang seperti budaya, penglibatan pekerja, penilaian dan pembangunan kepemimpinan, nasihat HR dan bakat serta kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman, Kincentric mengguna pakai cerapan dipacu data untuk mereka bentuk penyelesaian yang mampu menambah nilai, meningkatkan ketangkasan dan meningkatkan keberkesanan organisasi. Untuk maklumat lanjut, sila layari kincentric.com

Untuk maklumat lanjut: kincentric@edelman.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1802884/Kincentric_Spencer_Stuart_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Kincentric
Keywords: Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research