omniture

Omdia mendedahkan bahawa hasil pendapatan daripada pasaran XDR dijangka melebihi $3 bilion pada tahun 2026

Omdia
2022-07-19 23:23 146

LONDON, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Segmen pasaran Pengesanan dan Tindak Balas Lanjutan (XDR) dijangka berkembang dalam hasil pendapatan global melebihi 800% dalam tempoh lima tahun yang akhirnya akan mencecah $3.022 bilion menjelang akhir tahun 2026, menurut laporan Asas Pengesanan dan Tindak Balas Lanjutan Komprehensif (CDR), iaitu sebahagian daripada Perkhidmatan Perisikan Operasi Keselamatan Siber Perusahaan (SecOps) Omdia.

XDR Market Size and Forecast 2021 - 2026
XDR Market Size and Forecast 2021 - 2026

Dengan hasil pendapatan kira-kira $364 juta pada tahun 2021, Omdia mengunjurkan bahawa hasil pendapatan segmen XDR akan meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun melebihi 56% hingga tahun 2026. Omdia percaya bahawa XDR berkemungkinan menjadi segmen pasaran tunggal terbesar berdasarkan hasil pendapatan daripada SecOps menjelang akhir dekad ini.

Pertumbuhan ini akan didorong oleh beberapa pemacu khusus, terutamanya keperluan untuk keupayaan pengesanan, penyiasatan dan tindak balas ancaman (TDIR) keselamatan siber pada tahap perusahaan yang bersepadu merentasi bidang utama estet IT, termasuk titik akhir, rangkaian dan persekitaran awan.

"Realitinya adalah, setakat ini kebanyakan penyelesaian TDIR perusahaan, termasuk SIEM, SOAR dan EDR, sebahagian besarnya adalah berprestasi rendah serta sering gagal untuk mengenal pasti ancaman keselamatan siber yang berbahaya dan menelan banyak kos secara konsisten dan cepat," kata Eric Parizo, Penganalisis Utama Urusan merangkap Ketua Penganalisis untuk Perkhidmatan Perisikan SecOps Omdia.

"Walaupun XDR hari ini masih diabaikan, disalahfahami dan turut dicemuh oleh sesetengah pihak, Omdia percaya bahawa XDR ialah harapan terbaik industri keselamatan siber untuk memperkasakan perusahaan dengan teknologi yang inovatif dan hebat yang mereka perlukan untuk bersaing dengan skop para pencabar yang mereka hadapi yang semakin luas dan berkembang." 

Dibangunkan pada tahun 2018 oleh Penganalisis Kanan Utama Omdia iaitu Rik Turner, XDR ialah penyelesaian TDIR pada tahap perusahaan yang menawarkan pengalaman penganalisis manusia yang berpandu merentasi keseluruhan kitaran hayat, daripada pengumpulan dan analisis telemetri kepada pemberian amaran dan penyiasatan serta tindak balas pemulihan, pengesahan dan penambahbaikan proses.

Parizo berkata CXDR akan mengukuhkan kedudukannya sebagai cara yang mungkin paling berkesan untuk program SecOps yang dibebani oleh penyelesaian warisan untuk mendapatkan rangsangan, sekali gus menyampaikan semua keupayaan TDIR kontemporari yang dapat melakukan perubahan sebenar dalam mencari dan menyelesaikan ancaman keselamatan siber dengan cepat dan berkesan.

Parizo menyimpulkan, "Walaupun CXDR adalah sukar bagi kebanyakan organisasi, ia juga berpotensi untuk 'mendemokrasikan' keupayaan TDIR pada tahap perusahaan, sekali gus memungkinkan organisasi dari semua jenis saiz untuk mempertahankan syarikat mereka secara berkesan terhadap ancaman siber."

Tentang Omdia:
Omdia ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat terkemuka yang memberi tumpuan kepada industri teknologi. Dengan para pelanggan yang beroperasi di lebih 120 buah negara, Omdia menyediakan data, analisis, nasihat dan perundingan tersuai yang penting di pasaran.

Sila hubungi:
Fasiha Khan / Tel: +44 7503 666806 / E-mel: fasiha.khan@omdia.com

Sila layari Omdia

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1859532/Omdia_XDR.jpg?p=medium600

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Sales reports