GLENSIDE, Pennsylvania, 13 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Pada 11 Oktober 2013, Lembaga Pemegang Amanah Universiti Arcadia mengumumkan pemilihan Dr. Nicolette DeVille Christensen sebagai Presiden kedua puluh satu dalam sejarah 160 tahun Universiti itu.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131011/DC96503)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120419/DC90762LOGO)
"Keputusan Lembaga adalah berdasarkan kepada kualiti kepimpinan yang tekal dan visi inovatif oleh Dr. Christensen yang ditunjukkan sejak tujuh bulan lalu sebagai Ketua Pegawai Operasi dan lima tahun yang lalu sebagai Naib Presiden dan Pengarah Eksekutif Kolej Pengajian Global," tulis Pengerusi Lembaga Chris van de Velde dalam satu pengumuman kepada masyarakat Arcadia. "Lembaga Pengarah percaya Dr. Christensen telah membuktikan keupayaannya dengan kepimpinan yang mantap dan stabil."
Christensen telah dilantik untuk menyelia tanggungjawab Presiden, menjalankan operasi harian di Arcadia sejak dinamakan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) pada bulan Mac. Beliau memainkan peranannya sebagai Presiden berkuat kuasa serta-merta.
"Ini merupakan satu penghormatan yang besar dan cukup istimewa untuk dinamakan sebagai Presiden Universiti Arcadia," kata Christensen. "Saya berharap agar dapat meneruskan kerja saya dengan para pemegang amanah, pelajar, fakulti, kakitangan, alumni, rakan-rakan, dan semua ahli komuniti Universiti Arcadia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Saya benar-benar percaya dengan misi Universiti kami, yang menggabungkan kurikulum akademik yang ketat, menggalakkan peningkatan dalam intelektual dan penyelidikan, serta menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya secara profesional, adalah berasaskan eto seni liberal."
Perkhidmatan Christensen untuk Universiti Arcadia bermula sebagai Naib Presiden pada tahun 2008 yang sebelumnya dikenali sebagai Pusat Pendidikan Luar Negara, tempat beliau menerajui peralihannya menjadi Kolej Pengajian Global yang merupakan sebuah kolej terkemuka milik Universiti tersebut. Beliau turut menerajui inisiatif inovatif dalam pendidikan antarabangsa, termasuk mewujudkan Pusat Penyelidikan dan Penilaian, satu unit yang bertujuan untuk membangunkan model penilaian program pendidikan antarabangsa ATLAS yang memenangi anugerah; melantik Pengarah Kesihatan dan Keselamatan sepenuh masa yang dikhususkan untuk menyelia semua program, kakitangan, dan pusat Arcadia di seluruh dunia; dan meluaskan jejak global Arcadia dengan berunding dan mewujudkan pusat baharu di Barcelona, Dublin, Edinburgh, Havana, Istanbul, London, Melbourne, Rom dan Sicily.
"Bagi pihak Majlis Fakulti, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Dr. Nicolette Christensen kerana menjadi Presiden kedua puluh satu Universiti Arcadia," kata Dr. Graciela Slesaransky-Poe, Pengerusi Majlis Fakulti Universiti Arcadia. "Semoga beliau terus berjaya dan kami berharap untuk terus bekerja bersama-sama."
"Dalam banyak sudut, kepimpinan Dr. Christensen telah menunjukkan satu pelaburan bagi membawa Universiti bersama-sama dalam satu hala tuju strategik dan menyediakan bagi ahli komuniti Arcadia peluang untuk menyuarakan idea dan kebimbangan mereka," kata Breann Donnelly, Pengerusi Majlis Kakitangan Universiti Arcadia.
Keputusan untuk meletakkan seorang pemimpin yang terkenal dalam bidang pendidikan antarabangsa sebagai Presiden Universiti Arcadia ialah saat yang penting dalam landskap sistem pengajian tinggi. Pelantikan Christensen ini menunjukkan komitmen Lembaga Pengarah dalam misi global institusi ini seperti yang telah ditekankan dalam pelbagai bidang, sekolah dan kolej.
Tentang Dr. Nicolette DeVille Christensen
Sebelum menyertai Universiti Arcadia, Christensen merupakan Pengarah Eksekutif Pengurusan Akademik Global di Universiti New York dan juga menghabiskan masa selama 13 tahun mengajar pengurusan perniagaan di Kolej Guilford di Greensboro, N.C., tempat beliau berkhidmat sebagai Pengerusi dan Pengarah Jabatan Pengajian Luar Negara.
Wawasan unik Christensen dalam menghadapi cabaran menyokong pendidikan global di peringkat kampus, kebangsaan dan antarabangsa telah membawa beliau untuk mewujudkan pasukan petugas, jawatankuasa, dan lembaga profesional, termasuk Persatuan Pentadbir Pendidikan Antarabangsa(AIEA); Pasukan Petugas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Pendidikan; dan Suruhanjaya Bangsa-bangsa Bersatu tentang Pendidikan Pelucutan Senjata, Penyelesaian Konflik, dan Keamanan (diasaskan oleh Persatuan Antarabangsa Presiden Universiti bersama Bangsa-bangsa Bersatu).
Christensen merupakan seorang sarjana Fulbright-Hays; yang memperoleh ijazah kedoktoran dalam bidang Asas Kepimpinan dan Kebudayaan dengan tumpuan terhadap Etika dan Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti North Carolina, Greensboro; ijazah sarjana pentadbiran perniagaan daripada Universiti North Texas; dan mendapat anugerah tertinggi bagi sarjana muda sains daripada Kolej St. Mary di Nebraska.
Tentang Universiti Arcadia
Universiti Arcadia merupakan universiti swasta terkemuka di kawasan metropolitan Philadelphia dan peneraju negara dalam pengajian di luar negara dan pendidikan antarabangsa. Laporan Open Doors 2012 menamakan Universiti Arcadia sebagai pilihan nombor satu bagi pelajar ijazah pertama untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, manakala U.S. News & World Report meletakkan Universiti Arcadia di kedudukan teratas bagi universiti serantau terkemuka di utara dan mengurniakan pujian untuk Arcadia bagi program luar negaranya. Universiti Arcadia menjanjikan satu pengalaman pembelajaran yang bersifat global, integratif dan peribadi secara tersendiri yang menyediakan pelajar untuk memberi sumbangan dan meneraju dunia yang rencam dan dinamik. Layari www.arcadia.edu