omniture

TerraPay bekerjasama dengan SendMN untuk membuka laluan bagi pembayaran rentas sempadan yang lancar kepada penduduk dan diaspora Mongolia di seluruh dunia

TerraPay
2022-07-20 01:48 140

THE HAGUE, Belanda, 19 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Dalam perjalanannya untuk memperkukuh dan menyatukan ekosistem pembayaran global, TerraPay - iaitu sebuah syarikat infrastruktur pembayaran global terkemuka telah bekerjasama dengan SendMN NBFI. Berpangkalan di Mongolia, SendMN merupakan sebuah syarikat penghantar wang dan institusi kewangan bukan bank yang terkemuka. Melalui kerjasama ini, kedua-dua syarikat berhasrat untuk memudahkan kerumitan & meringankan cabaran yang berkaitan dengan pembayaran tanpa sempadan.

Kos penghantaran bagi pembayaran rentas sempadan adalah sangat tinggi, perlahan & tidak selamat. Kerjasama ini merupakan satu langkah ke arah mencapai visi kedua-dua firma iaitu untuk mengubah cara rakyat Mongolia menerima & menghantar pembayaran masa nyata dengan memperkasakan para pelanggan melalui kebebasan & keterangkuman kewangan. Para pelanggan akan dapat menerima kiriman wang daripada koridor utama seperti UK, AS, Austria, Belgium, Republik Czech, Perancis, Jerman, Kazakhstan Poland, Sweden, Switzerland & juga membenarkan akses kepada koridor penghantaran utama seperti Australia, Kanada, China, Denmark, Jepun dan AS serta beberapa lagi negara.

Pada tahun 2021, Mongolia menerima kiriman wang peribadi sebanyak 563.75 juta dolar AS. Transaksi SWIFT Bank telah menerima USD1.66 bilion dan menghantar USD2.34 bilion. Cerapan juga mendedahkan bahawa golongan wanita membentuk 53% daripada semua pelanggan, manakala golongan lelaki pula membentuk 47%. Kira-kira 59.83% daripada transaksi ini adalah untuk pembayaran bagi biaya keluarga - dan kira-kira 29.67% daripada transaksi ini adalah untuk yuran pengajian & perbelanjaan perubatan. Awal bulan Mac, akhir bulan Ogos dan pertengahan bulan Disember merupakan waktu paling sibuk dalam setahun bagi transaksi sedemikian. Unjuran menunjukkan bahawa pengiriman wang Mongolia akan mencecah sekitar USD17 juta pada tahun 2023* & melalui kerjasama ini, kedua-dua TerraPay & SendMN berhasrat untuk menghalakan setiap transaksi ke Mongolia dari Australia, Amerika Syarikat dan negara-negara Kesatuan Eropah melalui SendMN ke akaun pelanggan. Ia akan memudahkan transaksi P2P, P2B, B2P dan B2B yang akan membolehkan penduduk diaspora dari seluruh dunia melakukan transaksi kos rendah pada masa nyata kepada penerima di Mongolia menggunakan enjin saling kendali tercanggih TerraPay untuk menghantar pembayaran global pada platform boleh skala, selamat, telus dan cekap.

Sambil berkongsi lebih banyak cerapan tentang sorotan kerjasama tersebut, Sheshagiri (Sukesh) Malliah, Pengarah Serantau APAC TerraPay berkata, "Kami sangat teruja untuk menyertai SendMN sebagai rakan kongsi yang dipercayai di Mongolia. Ia merupakan sebuah pasaran utama yang berpotensi besar & kerjasama ini akan membolehkan TerraPay menggunakan penyelesaian teknikalnya yang terbaik di peringkat global dan memupuk pertalian antara penduduk Mongolia di seluruh dunia dengan memperkasakan mereka melalui pilihan pembayaran tanpa sempadan yang pantas dan berpatutan. Selain itu, kerjasama ini akan membolehkan kami mempamerkan kehebatan teknologi kami serta teknologi platform yang inovatif kepada pelanggan Mongolia kami dengan menyediakan mereka kaedah yang cekap, boleh diskala dan berpatutan untuk menghantar & menerima pembayaran pada masa nyata kepada orang tersayang. Melalui kredit ketelusan dan masa nyata yang diterajui oleh pematuhan penanda aras industri, kami percaya bahawa kami akan mengukuhkan ekosistem pengiriman wang Mongolia dari semasa ke semasa serta meneruskan misi kami untuk mewujudkan ekonomi tanpa wang tunai."

"Ia merupakan suatu keistimewaan bagi "SendMN" untuk bekerjasama dengan TerraPay, sebuah syarikat infrastruktur pembayaran global terkemuka di dunia. Kerjasama kami akan membantu kami mendapatkan kesetiaan pelanggan dengan menyediakan transaksi yang menjimatkan dan boleh dipercayai dengan sangat pantas. Ini akan terus memacu lagi aliran masuk & keluar kiriman wang serta mempromosikan pembangunan sosioekonomi dalam ekonomi Mongolia yang berkembang pesat dan menggalakkan lebih ramai pengguna untuk mengguna pakai pembayaran digital dengan menghubungkan koridor kiriman wang utama secara digital melalui sebuah laluan yang mudah dan berpatutan. Kami mengharapkan agar kerjasama ini berjaya,"  ulas Turbold Batbold, Ketua Pegawai Eksekutif SendMN

* https://tradingeconomics.com/mongolia/remittances

Tentang TerraPay 

TerraPay yang mempunyai ibu pejabat di Belanda, percaya bahawa pembayaran terkecil juga berhak menjalani proses pemindahan tanpa sempadan yang selamat sebagaimana yang diperolehi pembayaran terbesar. Syarikat ini telah membina laluan utama pembayaran yang sentiasa berkembang yang memperkasakan perniagaan untuk mewujudkan pengalaman pelanggan yang telus dengan laluan global masa nyata yang lancar dan selamat untuk setiap pembayaran, sama ada kecil atau besar. Didaftarkan dan dikawal selia di seluruh 26 pasaran global, TerraPay merupakan rakan kongsi global terkemuka kepada bank, dompet mudah alih, pengendali pemindahan wang, pedagang dan institusi kewangan yang mewujudkan ekosistem pembayaran antarabangsa yang lebih luas dan inklusif. Dengan akses kepada infrastruktur pembayaran yang merentasi seluruh dunia, rakan kongsi syarikat ini menjadi simbol kepada janji terhadap rangkuman kewangan global.

Untuk maklumat lanjut, sila layari terrapay.com

Hubungan: 
Anwesha Mukherjee
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat
TerraPay
anwesha@terrapay.com

Tentang SendMN

NBFI "SendMN" ialah penghantar wang No.1 di Mongolia dan telah ditubuhkan pada tahun 2016 dengan matlamat untuk menawarkan para pelanggan cara yang paling murah dan paling mudah untuk menghantar wang ke seluruh dunia. Kami mengendalikan perkhidmatan berikut untuk para pelanggan: pengiriman wang, pertukaran mata wang dan pinjaman. Pada penghujung tahun 2020, kami melancarkan aplikasi mudah alih pemindahan wang antarabangsa kami iaitu "SendMN". Para pelanggan SendMN boleh menghantar atau menerima transaksi dalam akaun mereka di mana-mana bank Mongolia, dan kami menghantar serta menerima transaksi dalam mata wang USD, EUR, RUB, GBP, KRW dan CNY kepada dan daripada lebih 160 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari send.mn

Hubungan: 
Temuulen E
Pengurus Pemasaran SendMN
temuulen.er@send.mn

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1222771/TerraPay_Logo.jpg?p=medium600 

 

 

Source: TerraPay
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology