omniture

Pesta Canton ke-114 -- "Anugerah Reka Bentuk Baharu Ganjaran untuk Kecemerlangan dalam Inovasi"

The Canton Fair
2013-10-14 09:00 127

GUANGZHOU, China, 14 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Daripada televisyen 3D lutsinar kepada basikal yang ditunggang secara berdiri, inovasi merupakan tema utama bagi Pesta Canton pada musim bunga tahun ini. Kini, dengan pengenalan Anugerah Reka Bentuk Pesta Canton (Anugerah CF), pameran perdagangan yang paling berprestij di China ini benar-benar memacu reka cipta canggih ke peringkat seterusnya. "Buatan China" bakal menjadi "Ciptaan China".

Anugerah ini meliputi lima kategori, yang terdiri daripada peralatan elektronik, bahan binaan, alat perkakasan, keperluan harian, hiasan rumah dan taman, serta kesihatan dan masa lapang. Anugerah CF adalah penting bagi menggalakkan kecemerlangan kreatif dalam pelbagai rangkaian produk eksport pertunjukan itu. Sebanyak 345 pengeluar Cina menyerahkan 547 produk yang sudah semestinya mencapai peringkat pembuatan bagi dicalonkan untuk anugerah ini. Kumpulan pertama pemenang akan diumumkan di Pesta Canton ke-114 pada 31 Oktober ini.

"Idea di sebalik Anugerah CF ialah bagi melihat 'Ciptaan di China' menjadi konsep yang akan meningkatkan nilai sebenar kepada dunia," kata Liu Jianjun, jurucakap Pesta Canton dan timbalan pengarah Pusat Dagangan Asing China. "Daripada konsep reka bentuk hinggalah produk yang terhasil, ekonomi China dilihat terus meningkat naik nilainya. Anugerah ini boleh membantu mempercepat proses evolusi ini."

Panel hakim pada Anugerah CF terdiri daripada wakil bagi syarikat reka bentuk tempatan dan luar negara, dan senarai akhir telah dipendekkan kepada 212 produk daripada 144 syarikat. Kriteria yang akan diadili termasuklah pengalaman pengguna, kreativiti dan penggunaan teknologi, yang menyumbang kepada nilai reka bentuk yang terbaik.

Kecemerlangan dalam reka bentuk produk telah menjadi salah satu mercu tanda Pesta Canton baru-baru ini. Mula diperkenalkan pada sambutan ke-109 acara itu, dan diadakan sejak itu, Pusat Reka Bentuk Produk Pesta Canton dan Promosi Perdagangan (PDC) bertindak sebagai platform penting untuk para pereka antarabangsa dan pengeluar Cina.

PDC menganjurkan pelbagai acara, termasuklah pertunjukan reka bentuk, forum reka bentuk dan sesi mencari jodoh. Pada Pesta Canton ke-113 pada awal tahun ini, Pusat itu memaparkan 45 syarikat reka cipta dan 160 pakar reka cipta dari serata dunia, sementara aktiviti PDC dibanjiri oleh para pembeli dan pempamer.

Pesta Canton ke-114 akan berlangsung di Guangzhou pada 15 Oktober ini. Para penganjur mengalu-alukan kedatangan semua hadirin bagi menyaksikan hasil ciptaan China yang cemerlang.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

Source: The Canton Fair
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news