omniture

Christie's International Real Estate Meninjau Pengembangan Utama Di Jepun Dengan H2 Group

Christie's International Real Estate
2022-07-20 10:58 79

H2 Christie's International Real Estate akan menjadi ahli gabungan eksklusif untuk Hokkaido dan mengembangkan jenama ini ke bandar-bandar utama di Jepun melalui Perjanjian Pelesenan Induk

CHICAGO dan NISEKO, Jepun, 20 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Christie's International Real Estate, jenama hartanah mewah yang terkemuka di dunia, kini bekerjasama dengan H2 Group, iaitu firma perkhidmatan hartanah gaya hidup yang berpangkalan di Hokkaido untuk melancarkan Christie's International Real Estate di Jepun.

H2 Group Founders, Simon Robinson and Michael Chen, have more than 20 years of experience in luxury real estate, development and management.
H2 Group Founders, Simon Robinson and Michael Chen, have more than 20 years of experience in luxury real estate, development and management.

Bahagian pembrokeran kediaman H2 Group iaitu H2 Real Estate yang mempunyai pejabat di Niseko dan Furano akan menjadi ahli gabungan Christie's International Real Estate yang pertama di Jepun, dengan penjenamaan semula kepada H2 Christie's International Real Estate. Firma ini juga telah menandatangani Perjanjian Pelesenan Induk untuk mengembangkan Christie's International Real Estate di seluruh Jepun, termasuk di pasaran utama di Tokyo, Kyoto, Fukuoka, Hakuba, Osaka dan Okinawa.

H2 Group yang diasaskan oleh Simon Robinson dan Michael Chen mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pembangunan, pengurusan, jualan dan perkhidmatan dalam hartanah mewah, aktiviti senggang serta hospitaliti di Hokkaido. Bersama-sama dengan bahagian pembrokerannya, H2 Group menawarkan pengurusan pembangunan, pengurusan hartanah dan penyewaan mewah.

H2 Christie's International Real Estate menjangkakan untuk mengambil kesempatan daripada permintaan yang meningkat semula terhadap hartanah mewah di Jepun apabila negara itu dibuka semula kepada pembeli antarabangsa susulan pandemik yang melanda. Tiada tempat yang lebih sesuai berbanding Hokkaido, sebuah destinasi percutian dan rumah kedua yang popular.

Pasaran perumahan Jepun yang lebih luas juga mendapat perhatian yang semakin meningkat daripada para pelabur antarabangsa yang tertarik dengan mata wang Yen Jepun yang lemah berbanding dolar A.S. Indeks harga hartanah kediaman Jepun meningkat sebanyak 6.9% daripada suku pertama hingga suku ketiga tahun 2021, menurut Institut Tanah Jepun.

Hubungan erat Christie's International Real Estate dengan rumah lelongan Christie yang terkenal di dunia itu merupakan satu lagi manfaat penting untuk para pelanggan H2 memandangkan pembeli dari Asia mewakili 31% daripada jualan Christie pada tahun 2021.

"Kami teruja dan berbesar hati kerana telah dipilih oleh Christie's International Real Estate sebagai ahli gabungannya di Jepun oleh kerana komitmen kami terhadap kualiti penjagaan dan pengalaman pelanggan yang tertinggi adalah nilai yang amat disokong oleh Christie. Dengan kerjasama ini, kami akan menawarkan tahap perkhidmatan yang lebih tinggi kepada para pelanggan dan ejen kami," kata Michael Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama H2 Group.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://h2realestate.jp/.

Tentang Christie's International Real Estate
Melalui rangkaian Ahli Gabungan secara jemputan sahaja yang merangkumi hampir 50 buah negara dan wilayah, Christie's International Real Estate menawarkan perkhidmatan yang tiada tandingannya kepada para pelanggan global dalam pasaran hartanah kediaman mewah. Untuk maklumat lanjut, sila layari christiesrealestate.com.

Hubungan Media: 

Sorcha Regan-Capes

Luchford

sorcha.capes@luchford.com 

Hiromi Suzuki

H2 Christie's International Real Estate

pr@h2group.com 

Peter Olesker

Christie's International Real Estate

polesker@atproperties.com 

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1860396/Chen_and_Robinson.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1860453/H2_Christies_Black_Logo.jpg?p=medium600

Source: Christie's International Real Estate
Keywords: Hotels and Resorts Real Estate Residential Real Estate Asian-related news Corporate Expansion Joint ventures Licensing/marketing agreements New products/services Real estate transactions