HANGZHOU, China, 14 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Ekspo Antarabangsa West Lake ke-15 di Hangzhou, China dibuka secara rasmi di Hangzhou pada 12 Oktober lalu. Ekspo yang bertemakan "Ekspo West Lake Inovatif, Hangzhou Indah," akan berlangsung selama 29 hari dengan memilih 50 pameran dan program festival daripada empat segmen utama: perdagangan dan teknologi, pengalaman budaya, pelancongan dan riadah serta program tradisional. Ekspo tersebut dijangka akan menerima kunjungan tidak kurang daripada 8 juta pelawat dan bakal menjana 10 bilion yuan (kira-kira US$1.6 bilion) dalam perniagaan perdagangan, US$1 bilion dalam pelaburan asing berkontrak dan 10 bilion yuan (kira-kira US$1.6 bilion) dalam pelaburan domestik.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131013/CN94539 )
Ekspo tahun ini menekankan peranan yang dimainkan oleh ekspo tersebut dalam pembangunan ekonomi Hangzhou yang stabil dan teratur, yang turut memberi tumpuan terhadap promosi perniagaan dan perdagangan serta sains dan teknologi. Beberapa acara telah diaturkan selaras dengan tumpuan ekspo, termasuklah Perbincangan Meja Bulat bersama Usahawan, Minggu Industri Sains, Teknologi dan Maklumat China, Pengenalan kepada Projek Perindustrian dan Iklim Pelaburan China Barat dan Tengah, Ekspo Industri Kreatif dan Kebudayaan Hangzhou, China (CCIE), Pameran Industri Automobil Antarabangsa Hangzhou, China, Pesta Sutera Antarabangsa dan Pesta Pakaian Wanita China, Sidang Kemuncak Pelaburan Global China, Sidang Kemuncak Inovasi dan Permulaan Perniagaan bagi golongan Elit Masyarakat Luar Negara Cina, Forum Pengurusan Rekaan Asia, Persidangan Kerjasama Ekonomi Hangzhou, Forum Sidang Kemuncak Internet dengan Perkara Mengesan Teknologi dan Aplikasi Antarabangsa China. Persidangan dan pameran utama ini dapat membantu Ekspo West Lake untuk memperoleh tumpuan, mengumpul sumber dan menggalakkan kemajuan.
Ekspo seluas 300,000 meter persegi tahun ini akan dipenuhi dengan lebih 20 peratus gerai yang dikhaskan untuk pempamer asing dan dijangka akan menarik minat lebih 50,000 pengunjung profesional, lebih 50 negara yang akan mengambil bahagian serta lebih 10,000 pembeli profesional dari luar negara.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari: http://en.xh-expo.com/index.html