NEW YORK dan LONDON, 14 Oktober 2013/PRNewswire/ --
Memberi perhatian terhadap keperluan industri yang genting untuk menguruskan risiko operasi dan menunjukkan pematuhan pada peraturan baharu dengan lebih baik
Corvil, penyedia platform pemantauan peneraju untuk pasaran kewangan, hari ini mengumumkan penyelesaian pemantauan pematuhan dan risiko kegunaan am masa sebenar pertama untuk semua jenis perniagaan perdagangan elektronik. Sesuai digunakan dalam semua kelas aset dan sangat mudah disepadukan ke dalam infrastruktur sedia ada, penyelesaian Corvil baharu menyelesaikan keperluan yang semakin meningkat untuk kawalan yang lebih baik bagi sistem perdagangan elektronik berkelajuan tinggi. Anomali dan gangguan rawak perdagangan awam baru-baru ini menunjukkan kes yang genting untuk kawalan berhati-hati bagi teknologi kewangan yang dikongsi.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120605/537402 )
Penyelesaian ini menyediakan pemantauan pematuhan berterusan untuk peraturan baharu yang disasarkan bagi menjaga keselamatan operasi infrastruktur perdagangan elektronik, dan memberikan penangkapan data berwibawa untuk semua aktiviti perdagangan yang akan digunakan dalam laporan dan analisis luar talian. Corvil telah berkolaborasi dengan bursa dan broker yang meneraju di dunia dalam pembangunan penyelesaian ini. Ia boleh didapati dengan serta-merta melalui pengeluaran terbaharu platform CorvilNet. Lebih dua puluh institusi perdagangan besar sudah mengaturkan penggunaan keluaran baharu ini ke dalam persekitaran penghasilan mereka.
"Dengan menyediakan analisis data kritikal kepada kami secara automatik, keluaran baharu CorvilNet ini banyak membantu pemantauan pematuhan dan prestasi pasaran A.S. NYSE Euronex," kata Bruce Lee, Ketua Pegawai Maklumat Kumpulan di NYSE Euronext.
Penyelesaian Corvil memperkenalkan paradigma baharu penting yang perlu bagi menangani cabaran khusus yang terlibat dalam infrastruktur perdagangan moden. Corvil memantau dan menangkap semua maklumat sambil ia disampaikan pada saluran rangkaian dengan impak sifar ke atas prestasi sistem perdagangan dan tiada perubahan yang diperlukan dalam perisian sedia ada. Dengan menggunakan data saluran rangkaian, penyelesaian Corvil mampu memerhatikan secara bebas 100% semua aktiviti ke dalam, di dalam dan keluar daripada firma pelanggan. Ia boleh memerhatikan pesanan yang dibuat dan mengumpulkan isian yang diterima, termasuk yang tidak dijangka dan tidak diluluskan.
"Anda boleh berfikir dengan lebih tenang apabila mengetahui anda mempunyai sistem pemerhatian keselamatan yang bebas sepenuhnya yang memerhatikan segala-galanya. Mudah untuk mengurangkan risiko dalam situasi yang anda fikirkan. Situasi yang menakutkan merupakan kejadian yang tidak disangka-sangka oleh sesiapa pun, dan ini membantu melindungi kami daripada situasi seperti itu," menurut komen James Doherty, Pengarah Urusan Ekuiti di Credit Suisse.
Corvil terus menganalisis data saluran, mengesan kejadian perdagangan dan juga memantau kelancaran sistem dalam masa sebenar. Penyelia akan diberitahu jika ada sebarang anomali, ancaman dan kesalahan dalam masa beberapa saat sahaja. Amaran Corvil boleh disuap terus pada proses automatik, yang boleh mengukuhkan had kedudukan, litup kadar pesanan, suis pemati atau penyeimbangan beban.
"Anomali perdagangan, gangguan teknologi dan kesilapan operasi yang dipacu algoritma mesti ditangkap, dikesan, dianalisis, diberi amaran dan dikenakan tindakan dalam masa beberapa saat, bukan minit, jam atau semasa di hujung waktu bekerja. Kami telah melihat ratusan juta dolar ghaib dalam kunci kira-kira perniagaan dalam masa beberapa minit sahaja apabila satu gangguan rawak perdagangan berlaku. Kami perlu menggunakan sistem baharu yang boleh melaksanakan fungsi pengurusan risiko dan pematuhan untuk infrastruktur perdagangan dalam masa sebenar tanpa memberi impak ke atas prestasi atau kualiti pelaksanaan," menurut komen Sang Lee, Rakan Kongsi Urusan di Aite Group.
Pengaturan penggunaan CorvilNet tipikal boleh menangkap jutaan mesej yang berkaitan dengan perdagangan per saat, daripada mengintip dengar melalui talian telefon, suis pengumpulan, malahan log perisian, dan kemudian menyahkod, menghubung kait, menganalisis dan memberi amaran dalam masa sebenar. Data boleh disimpan untuk analisis sejarah dan boleh dieksport ke sistem luaran menggunakan banyak antara muka standard dalam industri.
Keluaran terbaharu CorvilNet memperkenalkan beberapa kebolehan baharu termasuk skrin kemas kini secara langsung yang menunjukkan dengan tepat apa yang sedang berlaku sekarang merentasi seluruh sistem perdagangan anda. Dengan penggunaan CorvilLens, rangkaian, aplikasi dan pandangan terkhusus perniagaan yang tersepadu sepenuhnya dalam masa sebenar disediakan pada satu skrin sahaja. Amaran canggih baharu yang berdasarkan kejadian yang ditakrifkan pengguna boleh digunakan untuk mengehadkan perdagangan atau memberi amaran kepada kakitangan jika ada kejadian yang mengancam kewangan. Kemampuan penemuan automatik dan tetingkap laporan yang boleh dikonfigurasikan memudahkan penyepaduan dan operasi yang sedang berjalan.
"Matlamat kami adalah untuk membuat CorvilNet sebagai platform standard de facto untuk pemantauan prestasi, risiko dan pematuhan dalam turus menegak kewangan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Corvil, Donal Byrne. "Kami faham yang memastikan kekukuhan dan prestasi operasi infrastruktur perdagangan ialah keutamaan tinggi bagi pelanggan kami. Dengan keluaran ini, kami ingin memperkasakan pelanggan kami dengan set kemampuan baharu berkuasa bagi mengurangkan risiko teknologi sambil menyediakan platform bagi masa hadapan yang dilengkapi bagi memenuhi keperluan peraturan yang bakal dibuat. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk kolaborasi berterusan dengan industri bagi mengatasi isu penting ini."
Tentang Corvil
Corvil menyediakan Pemantauan Prestasi Pengendalian (OPM). Platform Corvil mengekstrak maklumat pengendalian masa sebenar daripada data saluran dan menggunakan maklumat ini bagi menganalisis prestasi aplikasi dan perkhidmatan IT, mengesan dan membuat pemberitahuan tentang kejadian yang berlaku dalam masa sebenar dan mengeksport data yang beraneka untuk analisis pengurusan risiko dan maklumat perniagaan. Pelanggan menggunakan Corvil bagi mengoptimumkan dan melindungi prestasi pengendalian perkhidmatan dan proses perniagaan mereka. Platform Corvil mengendalikan secara unik permintaan untuk persekitaran IT yang berprestasi tinggi, kependaman rendah dan intensif data. Syarikat itu ditubuhkan pada tahun 2000 dan beroperasi dari New York, London, Singapura, Tokyo dan Dublin. Untuk maklumat lanjut tentang Corvil sila lawati http://www.corvil.com.
Sumber: Corvil