SHENZHEN, China, 21 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Di upacara Pelancaran Penyelesaian Pembangunan Hijau yang diadakan pada hari kedua Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei, Ryan Ding, Presiden Carrier Business Group Huawei, menegaskan keperluan untuk pengendali mengutamakan kecekapan tenaga dan menyeru pewujudan sistem penunjuk standard dalam seluruh industri untuk mencapai kecekapan tenaga dalam ucapan dasar beliau yang bertajuk "ICT Hijau untuk Nilai Baharu."
Ding menjelaskan, "Setiap kemajuan yang penting dalam sejarah telah diiringi oleh penambahbaikan yang signifikan dalam kecekapan tenaga penghantaran maklumat. Peningkatan emisi karbon yang terhasil oleh trafik data yang meningkat secara mendadak akan menjadi masalah global yang harus ditangani dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. Kecekapan tenaga yang semakin meningkat akan menjadi laluan menuju ke hadapan."
Menurut kajian pihak ketiga, trafik data yang dihasilkan oleh perkhidmatan digital dijangka meningkat sebanyak 13 kali ganda berbanding tahun 2020 menjelang tahun 2030. Ini bererti, sekiranya penambahbaikan kecekapan tenaga tidak dilakukan, penggunaan tenaga dan emisi karbon daripada industri ICT akan menyaksikan peningkatan 2.3 kali ganda. Menurut ITU, industri ICT akan perlu mengurangkan emisi karbonnya sekurang-kurangnya sebanyak 45% menjelang tahun 2030 bagi mencapai matlamat Perjanjian Paris Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC).
Ding berkata, "Ketika ini, kita sedang berhadapan dengan cabaran yang belum pernah terjadi sebelum ini: Memandangkan semakin banyak industri beralih kepada digital, permintaan terhadap data akan meningkat secara mendadak, yang akan menghasilkan lonjakan dalam penggunaan tenaga. Dalam pada itu, seluruh dunia berusaha untuk memerangi perubahan iklim dan industri ICT harus segera mencapai kemuncak karbon dan keneutralan karbon."
Penambahbaikan terhadap kecekapan tenaga akan memberi manfaat kepada pengendali dalam tiga cara. Pertama, penghijrahan pengguna, penaiktarafan tapak dan pengurangan kuasa rangkaian akan memberi penjimatan OPEX kepada mereka. Kedua, kecekapan tenaga yang lebih baik akan menyokong penghijrahan pengguna 2G dan 3G kepada perkhidmatan 4G dan 5G. Ketiga, usaha oleh pengendali untuk mengurangkan jejak karbon akan memberi kesan yang positif ke atas alam sekitar, lantas membantu mereka memenuhi tanggungjawab sosial mereka dengan lebih baik.
Bagi membantu pengendali mencapai matlamat ini, Huawei mencadangkan penyelesaian tiga-lapisan: tapak hijau, rangkaian hijau dan operasi hijau. Pertama, mereka membangunkan penyelesaian bagi meningkatkan kecekapan tenaga tapak dengan menerima pakai reka bentuk yang amat bersepadu, menggunakan bahan-bahan baharu dan memindahkan peralatan utama serta unit bekalan kuasa ke luar. Kedua, seni bina rangkaian dipermudah daripada syarikat ini menjadikan penghantaran lebih pantas dan menyokong pembinaan rangkaian dipermudah, optik-sepenuhnya dan pintar. Akhir sekali, pada peringkat operasi, Huawei menawarkan penyelesaian yang menghasilkan dan mengedarkan dasar pengoptimuman sekali gus menjadikan kecekapan tenaga lebih visual dan boleh diurus.
Setakat ini, penyelesaian pembangunan hijau ini telah dilaksanakan untuk pengendali di lebih daripada 100 negara. Di Jerman, umpamanya, penyelesaian PowerStar Huawei telah membantu merealisasikan pengoptimuman kendiri kecekapan tenaga tahap-minit, meningkatkan kecekapan tenaga dengan ketara. Di Sepanyol, penyelesaian sambung-silang optik (OXC) Huawei telah dilaksanakan pada rangkaian tulang belakang pelanggan, meningkatkan kecekapan tenaga sebanyak 81% dan mengurangkan kos sebanyak 29%. Di Turki, Huawei telah melaksanakan penyelesaian tapak-hijaunya untuk pelanggan, yang mana bilik peralatan digantikan dengan kabinet, menghapuskan keperluan terhadap bilik peralatan dan penyaman udara. Penyelesaian tersebut dijangka dapat menjimatkan 19,000 kWj tenaga elektrik setiap tapak pada setiap tahun.
Huawei dan rakan-rakan pengendalinya telahpun bekerjasama untuk meningkatkan "cetakan tangan karbon" mereka dengan memperkasa industri-industri intensif-karbon untuk meningkatkan kecekapan tenaga menggunakan penyelesaian ICT. Pengurangan emisi yang didayakan oleh mereka boleh menjadi 10 kali ganda daripada emisi mereka sendiri. Banyak kisah kejayaan telah dapat dilihat dalam industri-industri intensif-karbon yang penting seperti pelabuhan, perlombongan arang batu dan keluli.
Pada akhir ucapan beliau, Ding menyeru mengenai pewujudan sistem penunjuk yang seragam, seluruh industri kerana ini akan membantu mewujudkan garis dasar yang melaluinya kecekapan tenaga boleh diukur dan berperanan sebagai panduan untuk pembangunan hijau industri ICT secara keseluruhan. Ding mengakhiri ucapan beliau dengan berkata, "Huawei bersedia untuk bekerjasama dengan pengendali dan mencipta nilai baharu dengan ICT hijau."
Sistem penunjuk kecekapan tenaga NCIe yang dicadangkan oleh Huawei telah diluluskan oleh ITU-T SG5 dan kini dalam proses perundingan awam.
Minggu Inovasi Saling Untung·Huawei diadakan mulai 18 Julai hingga 21 Julai di Shenzhen, China. Bersama-sama pengendali global, ahli profesional industri dan pemimpin pendapat, kami meneroka topik-topik seperti 5.5G, pembangunan hijau, rangkaian pengkomputeran dan transformasi digital untuk membayangkan kejayaan bersama dalam ekonomi digital. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://carrier.huawei.com/en/events/winwin-innovation-week.