omniture

DataCash dan Redecard Tawar Penyelesaian Pembayaran Baharu yang Membolehkan Peruncit Multinasional Berkembang ke Brazil

DataCash
2013-10-14 16:33 131

LONDON, 14 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Peniaga Runcit mendapat faedah daripada penyelesaian pembayaran digital canggih DataCash dan Redecard yang membolehkan perniagaan dikembangkan ke pasaran e-dagang Brazil yang pesat berkembang

Penyedia penyelesaian pembayaran global, DataCash, yang merupakan syarikat MasterCard, hari ini mengumumkan perkembangan terbaharu dalam kerjasamanya dengan Redecard untuk menyediakan penyelesaian pembayaran yang paling lengkap untuk pasaran Brazil, kini termasuk pilihan pembayaran tempatan dan fleksibel untuk Peniaga Runcit yang ingin memasuki pasaran dalam keupayaan e-dagang yang melangkaui sempadan.

Perkembangan dalam perkongsian ini, yang mula-mulanya telah diumumkan pada 28 Mei 2013, terus berkembang setelah penyelesaian pakar dibangunkan untuk pasaran domestik dan ini membolehkan Peniaga Runcit yang mahu berkembang ke peringkat global untuk memodalkan dengan strategi kemasukan yang disokong oleh penyelesaian pembayaran digital holistik tunggal.

Fungsi tertentu kini dijalankan yang memberikan kemudahan kepada para peruncit untuk menggunakan kaedah pembayaran digital tempatan yang diiktiraf secara meluas ini termasuk:

  • Boleto Bancario yang membolehkan pembeli 'tanpa akaun bank' untuk membeli-belah secara dalam talian dan membuat pembayaran untuk barangan secara tunai di cawangan bank
  • Transaksi Parcelado yang membolehkan pembayaran barangan yang akan dibahagikan kepada lebih daripada satu siri pembayaran yang berulang dan membolehkan peniaga untuk memohon faedah yang berkaitan
  • Hipercard yang merupakan jenama kad bank Brazil yang paling besar  
  • Urus niaga Combo Card yang membolehkan pemegang kad memilih akaun dari mana dana diambil.
  • Turut disepadukan ialah kebolehan memproses CPF, angka Identifikasi Nasional Brazil bagi tujuan pemeriksaan penipuan.

Perkembangan ini membolehkan Peniaga untuk menyediakan satu kemudahan pembayaran yang selamat, cekap dan mudah untuk pelanggan mereka yang turut menyediakan barang jaminan dan ketekalan jenama yang berharga, ketika memasuki pasaran baharu yang menarik ini.

Dengan populasi penduduk seramai lebih 200 juta [i], yang mana 80 juta daripadanya ialah pengguna internet, Brazil merupakan salah satu pasaran e-dagang yang paling pesat berkembang di dunia. $10.6 bilion telah dibelanjakan secara dalam talian setiap tahun, dengan jumlah terbesar di Amerika Latin, dan angka ini dijangka meningkat kepada $18.7 bilion menjelang 2017 [ii] yang menjadikannya satu sasaran utama untuk Peruncit multinasional yang ingin mengembangkan perniagaan mereka. Peniaga perlu menyokong kaedah pembayaran yang popular ini untuk menjamin kejayaan dalam pasaran Brazil.

"Redecard telah bekerjasama rapat dengan DataCash untuk mewujudkan penyelesaian pembayaran digital yang sesuai dengan tuntutan tepat pasaran Brazil. Setelah melihat kejayaan besar dalam negara ini setakat ini, kami merasakan ia merupakan masa yang tepat untuk mengambil pengalaman dalam pasaran dan aset teknologi kami, berserta pengalaman DataCash dalam menyediakan penyelesaian kepada peruncit yang meneraju di dunia, dan menyahut cabaran dan permintaan untuk memasuki pasaran Brazil oleh Peruncit sempadan." kata Marcelo Kopel, Pengarah Eksekutif Redecard.

"Perdagangan tanpa sempadan menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Ini memandangkan kaedah baharu bagi proses pembayaran terus muncul dan permintaan untuk membeli di mana-mana, pada bila-bila masa dan melalui apa-apa peranti terus berkembang," kata Ajay Bhalla, Presiden di DataCash. "Brazil merupakan pasaran menarik dan Peruncit yang meneraju harus mengambil kesempatan ini untuk terus berada di hadapan bagi menjamin perkembagan masa depan yang selamat, dan perkongsian kami dengan Redecard menyediakan akses sebenar untuk tujuan ini."

Tentang DataCash

Ditubuhkan pada tahun 1996, DataCash Group Ltd (sebahagian daripada MasterCard Incorporated) menyediakan perkhidmatan pemprosesan bayaran global pelbagai saluran dan pencegahan penipuan yang terbaik serta penyelesaian pengurusan risiko kepada peniaga dan bank. Sebagai rakan kongsi global untuk antara jenama yang paling dikenali di dunia dalam sektor permainan, pelancongan, runcit dan kewangan, DataCash menggabungkan pemikiran pintar dan penyelesaian berterusan untuk membantu pelanggannya mengatasi kerumitan dan perbelanjaan yang berkaitan dengan pemprosesan pembayaran. Teknologi canggih DataCash membolehkan pelanggan untuk menerima dan memproses bayaran dalam lebih 177 mata wang, daripada lebih 45 jenama di seluruh e-dagang, saluran m-dagang dan saluran pemegang kad - dengan keselamatan dan keyakinan daripada peralatan yang disuai khas untuk memenuhi dan mengembangkan keperluan perniagaan. Pelanggan DataCash melindungi jenama dan reputasi mereka, meningkatkan pengalaman pengguna akhir dan menggunakan peluang pasaran global yang baharu.

Tentang Redecard

Redecard, sebahagian daripada kumpulan Itaú Unibanco, ialah salah satu peneraju dalam industri pembayaran elektronik di pasaran Brazil. Aktiviti-aktivitinya termasuk memperolehi serta menangkap, menghantar, memproses dan menyelesaikan transaksi kad debit dan kredit. Syarikat ini turut menawarkan kepada pelanggannya prapembayaran untuk penerimaan, sewa terminal (POS), pengesahan cek terminal (POS), serta menangkap dan memproses perkhidmatan untuk kad manfaat (Baucar) dan kad kedai (Label Persendirian).

i. World [http://worldpopulationreview.com/brazil] Population Review

ii. A.T Kearney, E-Commerce Is the Next Frontier in Global Expansion

AKHBAR Hubungi:
Simon Chan
Edelman untuk DataCash
simon.chan@edelman.com
+44(0)20-3047-2433

Sumber: DataCash

Source: DataCash
Keywords: Banking/Financial Service Retail New products/services