omniture

Infosys (NYSE: INFY) Mengumumkan Keputusan untuk Suku Tahun yang Berakhir pada 30 September 2013

Infosys Ltd
2013-10-14 16:57 168

BANGALORE, India, 14 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Hasil suku kedua bertumbuh sebanyak 15.0% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya; 3.8% berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162 )

Sorotan Kewangan

Hasil disatukan di bawah Standard Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) untuk suku tahun yang berakhir pada 30 September 2013

Sorotan Perniagaan

  • Hasil adalah sebanyak $2,066 juta untuk suku tahun yang berakhir pada 30 September 2013
    Pertumbuhan suku tahun berbanding suku tahun lepas adalah 3.8% 
    Pertumbuhan tahun berbanding tahun lepas adalah 15.0%
  • Keuntungan bersih adalah $383 juta untuk suku tahun yang berakhir pada 30 September 2013
    Penurunan suku tahun berbanding suku tahun lepas adalah 8.4% 
    Penurunan tahun berbanding tahun lepas adalah 11.1%
  • Pendapatan per Syer Simpanan Amerika (EPADS) adalah $0.67 untuk suku tahun yang berakhir pada 30 September 2013
    Penurunan suku tahun berbanding suku tahun lepas adalah 8.2% 
    Penurunan tahun berbanding tahun lepas adalah 10.7%

    EPADS untuk suku tahun yang berakhir pada 30 September 2013 bernilai $0.73 per syer, tanpa mengira peruntukan sebanyak $35 juta untuk hal berkaitan dengan visa. EPADS untuk suku tahun ini bernilai $0.67 per syer, termasuk peruntukan $35 juta untuk hal berkaitan dengan visa. Bezanya adalah $0.06 per syer.
  • Aset cair termasuk tunai serta yang bersamaan dengan tunai, aset kewangan yang sedia untuk dijual, dan bon kerajaan bernilai $4.3 bilion setakat 30 September 2013 berbanding $4.1 bilion setakat 30 Jun 2013.

Sorotan lain:

  • Infosys dan syarikat subsidiarinya menambah 68 klien semasa suku tahun itu
  • Penambahan kasar sebanyak 12,168 kakitangan (penambahan bersih sebanyak 2,964) untuk suku tahun itu oleh Infosys dan syarikat subsidiarinya
  • 160,227 kakitangan setakat 30 September 2013 untuk Infosys dan syarikat subsidiarinya
  • Mengisytiharkan dividen sementara sebanyak `20 per ADS (bersamaan dengan dividen sementara sebanyak $0.32 per ADS, pada kadar tukaran semasa sebanyak `62.61 per $AS). Tarikh rekod bagi pembayaran dividen adalah 18 Oktober 2013

"Sewaktu suku tahun ini kami menyaksikan pertumbuhan bilangan yang lebih luas, penambahan klien yang lebih teguh, lima kemenangan perjanjian besar dan momentum jualan yang meningkat untuk tawaran data besar dan awan kami. Pertumbuhan ini ialah hasil tumpuan kami terhadap pelaksanaan, yang membantu klien kami mencapai objektif mereka," kata S. D. Shibulal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan. "Kami akan meneruskan lagi pelaburan dan inisiatif yang telah dirancang bagi menerokai jalan pertumbuhan baharu lain. Kami kekal mengawasi kemampanan untuk mempertingkat asas ekonomi global," tambah beliau lagi.

"Pasaran mata wang global kekal bergolak dengan Rupee India susut nilai sebanyak 11% semasa suku tahun itu. Kami mempunyai program lindung nilai yang aktif bagi meminimumkan impaknya ke atas margin kami. Kami akan meneruskan tumpuan kami bagi mengoptimumkan kos dan mempertingkat kecekapan pengendalian kami," kata Rajiv Bansal, Ketua Pegawai Kewangan.

Gambaran

Gambaran bagi syarikat itu (disatukan) bagi tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2014, di bawah IFRS adalah seperti berikut:

Hasil dijangka meningkat sebanyak 9% ke 10%;

Sorotan  Perniagaan

  • Kami sedang mengusahakan dan memenangi perjanjian penyumberan luar yang besar. Inovasi perkhidmatan seperti Global Agile, Virtual Operations dan Integrated Application Management terus menyediakan tahap pembezaan tinggi untuk kami dalam pasaran dan membolehkan kemenangan mendapatkan perjanjian merentasi turus menegak industri. Baru-baru ini kami bersetuju untuk penglibatan selama empat tahun dengan Toyota Motor Europe bagi menguruskan sokongan aplikasi Pan-Eropahnya. Kontrak ini merangkumi bidang pengendalian penting termasuk fungsi korporat dan proses automotif teras, di bawah model perkhidmatan yang terurus.
  • Daripada segi Transformasi Perniagaan, kami telah mempertingkat skala kami dalam pasaran memuncul dan hasil bukan linear kami dengan menggunakan kelebihan model perniagaan dan struktur peletakan harga baharu. Kami terus menggunakan kelebihan perikatan yang kami ada dan sedang memacu inovasi melalui harta intelek serta penyelesaian yang menerajui industri.
  • Kami terus mengukuhkan daya saing kami dalam amalan Oracle dan SAP. Kami telah diperingkatkan sebagai peneraju dalam Kuadran Ajaib Gartner bagi Perkhidmatan Pengurusan Aplikasi dan Pelaksanaan Aplikasi Oracle, dan untuk perkhidmatan Pengurusan Aplikasi SAP.
  • Perniagaan Produk dan Platform kami terus bertumbuh secara tetap dengan 15 kemenangan perjanjian suku tahun ini (kecuali Finacle™).
  • Finacle™ memperoleh 18 kemenangan perjanjian baharu serata Asia Selatan, Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah, dan Australia-New Zealand dalam suku tahun ini. Kami melancarkan Finacle 11E, edisi perusahaan untuk penyelesaian perbankan sejagat Finacle™. Finacle 11E direka bagi memudahkan transformasi perbankan dengan komponen kelas perusahaan.
  • Kami sedang membina momentum dalam pasaran dengan tawaran Awan dan Data Besar kami. Pada suku tahun lepas, kami memenangi lebih 15 projek baharu dengan klien dalam segmen ini. Kami merupakan peneraju dalam perkhidmatan Awan dengan lebih 4,500 pakar Awan, 200 projek penglibatan dan 35 rakan kongsi. Ini diperakui dengan pengiktirafan IDC untuk Infosys sebagai Pemain Utama dalam Landskap Pasaran IDC untuk Perkhidmatan Profesional Awan.
  • Kami melibatkan diri dengan klien bagi mencipta penyelesaian inovatif sekeliling peranti mudah alih. Pada suku tahun ini kami memulakan lebih 25 projek penglibatan berbeza dalam pelbagai bidang seperti perundingan strategi Mudah Alih, perkhidmatan lapangan Mudah Alih, penglibatan pelanggan, dan produktiviti perusahaan, antara lainnya.
  • Di Amerika Syarikat, kami bekerjasama dengan organisasi penjagaan kesihatan dan sektor awam yang meneraju melalui Infosys Public Services Inc., bagi membantu mereka memberikan penjagaan dan hasil misi yang berpusatkan pesakit. Satu pelan perlindungan Blue Cross Blue Shield Plan telah memberikan kami kontrak perkhidmatan terurus selama tiga tahun bagi menyokong pengendalian ITnya dan menyediakan penyelenggaraan aplikasi serta perkhidmatan pengujian. Ini akan membolehkan klien mengoptimumkan kecekapan dan kos sambil memberikan perkhidmatan penjagaan yang dipertingkat kepada ahli. Kami juga telah dipilih oleh Pelan Medicaid/Medicare multinegeri bagi melaksanakan penyelesaian yang memenuhi keperluan pengurusan liabiliti ahli bersama, seperti yang dimandatkan untuk penyertaan dalam pertukaran kesihatan di bawah Akta Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Mampu Milik A.S.
  • Sewaktu suku tahun kedua, Infosys memohon 21 permohonan paten unik di India dan A.S. Dengan ini, kami kini mempunyai 536 permohonan paten yang sedang menjalani pelbagai peringkat pelaksanaan paten di India, A.S. dan kawasan bidang kuasa lain. Kami telah mendapat kelulusan untuk 119 paten oleh Pejabat Paten dan Tanda Niaga Amerika Syarikat dan 3 paten oleh pejabat paten Luxembourg.

Anugerah dan Pengiktirafan

  • Infosys mengungguli Pemeringkatan Pelabur Institusi 2013 antara semua syarikat India merentasi pelbagai sektor.
  • Finacle™ memenangi anugerah berprestij Teknologi Perbankan Teras Terbaik dalam Anugerah Inovasi dalam Perbankan Urus Niaga dan Teknologi 2013, yang dianjurkan oleh The Banker (penerbitan Financial Times).
  • Infosys China diiktiraf antara '10 Penyedia Perkhidmatan Global Terbaik 2013' di China di Sidang Kemuncak Penyumberan China Tahunan Ke-5.
  • Infosys Public Services Inc. telah diiktiraf dalam senarai 'Syarikat Terbaik untuk Penjagaan Kesihatan bagi Tahun 2013' oleh Modern Healthcare, penerbitan penjagaan kesihatan yang meneraju untuk pembuat keputusan berpengalaman.

Tentang Infosys Ltd

Infosys ialah peneraju global dalam penyelesaian perundingan, teknologi dan penyumberan luar. Kami membolehkan klien di lebih 30 negara, kekal selangkah di hadapan arah aliran perniagaan memuncul dan mengatasi prestasi pesaing. Kami membantu mereka untuk melakukan transformasi dan untuk berjaya dalam dunia yang sering berubah dengan mencipta bersama penyelesaian canggih yang menggabungkan maklumat strategik dan kecemerlangan pelaksanaan.

Lawati http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak AS$7.4 bilion dan 155,000+ kakitangan, sedang Building Tomorrow's Enterprise® untuk hari ini.

Kenyataan Perlindungan Diri

Beberapa kenyataan dalam siaran ini tentang prospek pertumbuhan masa depan kami ialah kenyataan pandang ke depan, yang melibatkan sebilangan risiko dan ketakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke depan ini. Risiko dan ketakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketakpastian tentang turun naik perolehan, turun naik dalam kadar tukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor-faktor yang mungkin akan memberi kesan terhadap kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak kerangka dengan harga dan masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kebolehan kami untuk melengkapkan dan menyepadukan pemerolehan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat yang Infosys laburkan secara strategik, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketakstabilan politik dan konflik wilayah, kekangan sah terhadap mengumpul modal atau memperoleh syarikat di luar India dan penggunaan harta intelek kami yang tidak diluluskan, dan keadaan ekonomi biasa yang memberi kesan terhadap industri kami. Risiko tambahan yang boleh memberi kesan terhadap keputusan operasi kami di masa hadapan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Mac 2013 dan pada Borang 6-K untuk suku tahun yang berakhir pada 30 Jun 2013. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari masa ke masa, Infosys mungkin akan membuat kenyataan pandang ke depan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan laporan kami kepada pemegang saham. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa kenyataan pandang ke depan yang mungkin akan dibuat oleh syarikat atau wakil syarikat dari masa ke masa melainkan jika diperuntukkan oleh undang-undang.

Infosys Limited dan syarikat-syarikat subsidiari

Kunci Kira-kira Terkumpul Ringkas Tidak Diaudit setakat

(Dalam jutaan dolar kecuali data syer)


30 September 2013,   

31 Mac 2013,




    ASET



    Aset semasa



    Tunai dan kesamaan tunai                      

$3,601

$4,021

    Aset kewangan sedia untuk dijual                 

448

320

    Pelaburan dalam sijil deposit                     

84

-

    Kebolehterimaan dagangan                       

1,333

1,305

    Hasil belum dibil                                

503

449

    Alat kewangan terbitan                             

-

19

    Prabayaran dan aset semasa lain                  

389

391

    Jumlah aset semasa                             

6,358

6,505

    Aset bukan semasa



    Hartanah, loji dan peralatan                   

1,120

1,191

    Muhibah                                          

352

364

    Aset tidak ketara                                 

62

68

    Aset kewangan sedia untuk dijual                 

165

72

    Aset cukai pendapatan tertangguh                  

88

94

    Aset cukai pendapatan                            

222

201

    Aset bukan semasa lain                            

30

44

    Jumlah aset bukan semasa                       

2,039

2,034

    Jumlah aset                                   

$8,397

$8,539

LIABILITI DAN EKUITI   



    Liabiliti semasa



    Alat kewangan terbitan                           

$72

-

    Kebolehterimaan dagangan                          

16

35

    Liabiliti cukai pendapatan semasa                

305

245

    Deposit klien                                     

3

6

    Hasil tidak terperoleh                          

135

152

    Kewajipan faedah kakitangan                     

142

113

    Peruntukan                                       

71

39

    Liabiliti semasa lain                           

698

568

    Jumlah liabiliti semasa                       

1,442

1,158

    Liabiliti bukan semasa



    Liabiliti cukai pendapatan tertangguh

11

23

    Liabiliti bukan semasa lain                      

44

27

    Jumlah liabiliti                              

1,497

1,208

    Ekuiti



    Modal syer-5 ($0.16) nilai tara

    600,000,000 syer ekuiti diluluskan, dikeluarkan

    dan diterbitkan 571,402,566 setiap satu,

    2,833,600 syer perbendaharaan bersih setakat

    30 September 2013 dan 31 Mac 2013, masing-masing









64

64

    Premium syer                                     

704

704

    Perolehan tertahan                            

8,159

7,666

    Komponen ekuiti lain                         

(2,027)

(1,103)

       Jumlah ekuiti usaha pemegang ekuiti syarikat   

6,900

7,331

    Kepentingan bukan mengawal                         

-

-

    Jumlah ekuiti                                 

6,900

7,331

    Jumlah liabiliti dan ekuiti                  

$8,397

$8,539

 

 

 

Infosys Limited dan syarikat-syarikat subsidiari

Kenyataan Pendapatan Menyeluruh Terkumpul Ringkas yang Tidak Diaudit

(Dalam jutaan dolar kecuali data syer dan data syer per ekuiti)


Tiga

Tiga

Tiga

Tiga


bulan

bulan

bulan

bulan


berakhir

berakhir

berakhir

berakhir


30 September 2013

30 September 2012

30 September 2013

30 September 2012

    Hasil                              

$2,066

$1,797

$4,057

$3,549

    Kos jualan                          

1,337

1,114

2,633

2,173

    Untung kasar                         

729

683

1,424

1,376

    Perbelanjaan pengendalian:





    Perbelanjaan jualan dan pemasaran    

120

92

223

178

    Perbelanjaan pentadbiran*            

158

119

282

237

    Jumlah perbelanjaan pengendalian     

278

211

505

415

    Untung pengendalian                  

451

472

919

961

    Pendapat lain, bersih                  

81

129

184

216

    Untung sebelum cukai pendapatan      

532

601

1,103

1,177

    Perbelanjaan cukai pendapatan         

149

170

302

330

    Untung bersih                        

$383

$431      $801

$847







    Pendapatan menyeluruh lain

    Item yang tidak akan diklasifikasikan

    semula sebagai untung atau rugi

    Pengukuran semula liabiliti/(aset)

    faedah yang ditakrif bersih          

$5

-

$6

-






    Item yang mungkin akan diklasifikasikan





    semula selepas itu sebagai untung





    atau rugi





    Perubahan nilai adil untuk





    aset kewangan sedia terjual,





    bersih daripada kesan cukai          

($4)

$1

($4)

-

    Perbezaan pertukaran untuk





    menterjemah operasi asing            

(316)

324

(935)

(228)

    Jumlah pendapatan menyeluruh lain  

($315)

$325

($933)

($228)

    Jumlah pendapatan menyeluruh          

$68

$756

($132)

$619






    Keuntungan daripada usaha:





    Pemilik syarikat

$383

$431

$801

$847

    Kepentingan bukan mengawal              

-

-

-

-


$383

$431

$801

$847






    Jumlah pendapatan menyeluruh usaha:





    Pemilik syarikat                       

$68

$756

($132)

$619

    Kepentingan bukan mengawal              

-

-

-

-


$68

$756

($132)

$619






    Perolehan per syer ekuiti





    Asas ($)                             

0.67

0.75

1.40

1.48

    Dicairkan ($)                       

0.67

0.75

1.40

1.48

(*) Perbelanjaan pentadbiran untuk suku tahun dan separuh tahun yang berakhir 30 September 2013 termasuk sekali peruntukan $35 juta untuk perkara berkaitan visa.

NOTA:

1. Kunci kira-kira Terkumpul Ringkas dan Kenyataan Pendapatan Menyeluruh Terkumpul Ringkas yang tidak diaudit untuk tiga bulan dan enam bulan yang berakhir pada 30 September 2013 telah direkodkan semasa mesyuarat Lembaga yang diadakan pada 11 Oktober 2013

2. Halaman Fakta yang menyediakan metrik operasi syarikat itu boleh dimuat turun daripada http://www.infosys.com

Halaman Fakta: http://multivu.prnewswire.com/mnr/prne/operations/InfosysFactSheet.pdf

INR: http://multivu.prnewswire.com/mnr/prne/operations/InfosysINR.pdf

Hubungi

Hubungan Pelabur

Gargi Ray, India
+91-80-4116-7747
gargi_ray@infosys.com

Sandeep Mahindroo, AS
+1(646)254-3133
Sandeep_Mahindroo@infosys.com

Hubungan Media

Sarah Vanita Gideon, India
+91(80)4156-3373
Sarah_Gideon@Infosys.com

Ken Montgomery, Golin Harris, AS
+1(415)318-4399
KMontgomery@GolinHarris.com

Sumber: Infosys Ltd

Source: Infosys Ltd
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Earnings Earnings projections or forecasts