omniture

Aktiviti CSR Eye Level membuatkan pelajar teruja apabila syarikat menyumbangkan buku kecil dan perkhidmatan pendidikan

Eye Level
2022-07-21 15:00 170

SEOUL, Korea Selatan, 21 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Eye Level, menyambut ulang tahun ke-10, menyediakan perkhidmatan pendidikan sebagai aktiviti CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat). Bermula Julai ini, para pelajar yang tidak mampu untuk mendapatkan Pendidikan asas persendirian akan ditawarkan dengan peluang yang unik.

Lebih daripada dua ratus orang pelajar di AS, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Hong Kong SAR akan mendapat manfaat daripada program ini. Tenaga pengajar Eye Level yang dilatih khas untuk memberi bimbingan secara individu akan menilai kemampuan Matematik dan Bahasa Inggeris pelajar dan memberi khidmat bimbingan mengikut tahap keupayaan setiap pelajar. Ini berdasarkan kepada falsafah teras organisasi untuk mendidik setiap kanak-kanak mengikut kadar dan tahap pembelajaran mereka. Melalui sokongan pembelajaran yang disesuaikan ini, pelajar-pelajar dapat meningkatkan kemahiran Matematik serta Bahasa Inggeris mereka dan semakin terdorong untuk belajar.

Eye Level akan terus menyokong aktiviti-aktiviti CSR untuk para pelajar terutamanya di wilayah-wilayah yang mempunyai pusat pembelajaran Eye Level dan terus memperkasa semua pelajar untuk belajar membaca, menambah dan menolak.

Latar Belakang Eye Level

Eye Level adalah peneraju global bagi program Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar-pelajar yang berumur antara 4 hingga 15 tahun. Dengan pencapaian akademik sebagai keutamaan tertinggi, Eye Level percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi yang belum diterokai untuk menjadi hebat, dan Eye Level menyediakan pintu untuk menuju kejayaan.

Bergantung pada tahap setiap pelajar, mereka akan mendapat akses kepada buku kecil sesuai dengan tahap, lembaran kerja, pembaca, masalah latihan tambahan, permainan dalam talian serta bahan tambahan yang lain.

Layari myeyelevel.com untuk mendapat akses kepada bahan pembelajaran Percuma Eye Level dan ukur kemampuan matematik dan Bahasa Inggeris anda melalui Kuiz Tahap.

Source: Eye Level
Keywords: Education Publishing/Information Service Children-related news Corporate Social Responsibility