PARIS dan NEW DELHI, 14 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Diiktiraf atas usaha dermawan beliau terhadap pendidikan di India melalui Yayasan Shiv Nadar
Pengurusan Harta BNP Paribas, yang merupakan bank swasta global yang meneraju di dunia, dianugerahkan BNP Paribas Grand Prix 2013 bagi Kedermawanan Individu kepada Shiv Nadar, Pengasas & Pengerusi, HCL dan Yayasan Shiv Nadar. Anugerah itu disampaikan pada majlis yang berlangsung pada 10 Oktober 2013 di Salons de l'Orangerie, ibu pejabat BNP Paribas di Paris, atas sifat kedermawanan beliau yang sukar ditandingi.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131011/647173 )
Francois Debiesse, Pengerusi Yayasan de l'Orangerie bagi Kedermawanan Individu, yang merupakan sebuah yayasan pembuat geran yang ditubuhkan oleh Pengurusan Harta BNP Paribas, berkata, "Model pembangunan kepimpinan Yayasan Shiv Nadar adalah unik dan menonjol bukan sahaja dari segi kesan terhadap waris, tetapi ia juga penting bagi mencipta masa depan yang inklusif bagi India. Kami percaya ini merupakan model yang sangat hebat bagi setiap negara membangun yang memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pembangunan negara masing-masing. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Nadar dan Yayasan terbabit atas kerja sukarela yang sangat perlu dicontohi."
Shiv Nadar, apabila menerima anugerah itu berkata, "Ini merupakan satu penghormatan besar dan saya mengucapkan terima kasih kepada BNP Paribas atas pengiktirafan ini. Pendidikan ialah aset paling besar bagi memperkasakan individu dan bagi transformasi sosial dan ekonomi mampan secara besar-besaran. Yayasan Shiv Nadar akan terus memanfaatkan kuasa pendidikan inklusif bagi merapatkan jurang antara kawasan bandar dengan luar bandar dan memacu transformasi perubahan sosial di India dengan melahirkan para pemimpin daripada setiap segmen sosioekonomi."
Shiv Nadar telah berikrar untuk mendermakan lebih 20 peratus daripada harta kekayaan beliau. Sejak ditubuhkan, Yayasan Shiv Nadar telah menjadi pemacu yang penting dalam perubahan sosial dan pendidikan transformasi melalui institusi mercu tandanya yang merangkumi spektrum pendidikan keseluruhan daripada universiti dan kolej hinggalah sekolah K-12 dan termasuk juga Institusi SSN yang merupakan salah sebuah kolej kejuruteraan terkemuka di India; Universiti Shiv Nadar, sebuah universiti pelbagai disiplin dengan orientasi penyelidikan yang mantap dan VidyaGyan, satu percubaan radikal dalam pembangunan kepimpinan melalui pendidikan di rumah yang percuma kepada kanak-kanak cemerlang yang kurang bernasib baik di kawasan luar bandar.
Pengurusan Harta BNP Paribas dianugerahkan dengan Anugerah BNP Paribas bagi Kedermawanan Individu pada tahun 2008 dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran umum terhadap fenomena global sifat kedermawanan yang semakin bercambah.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, klik pada pautan ini - Shiv Nadar Foundation
Sila hubungi
Ajay Davessar
Ajay.davessar@hcl.com
+91-120-4382800
Sumber: HCL Technologies Limited