omniture

TUMI Tampil Dalam Filem Sony Pictures Yang Akan Ditayangkan Pada Musim Panas, 'Bullet Train'

Tumi, Inc.
2022-07-21 19:28 24

Beg Bimbit Aluminium 19 Darjah TUMI  "Beg yang Dimahukan oleh Semua Orang" membuat penampilan sulung di Hollywood dalam perjalanan mendebarkan tanpa henti ini

NEW YORK, 21 Julai 2022 /PRNewswire/ -- TUMI, sebuah jenama pelancongan dan gaya hidup antarabangsa yang terkemuka, hari ini melancarkan Beg Bimbit Aluminium 19 Darjah yang ditampilkan dalam filem ngeri penuh aksi yang asal dari Sony Pictures iaitu "Bullet Train" yang akan ditayangkan secara eksklusif di panggung wayang pada 5 Ogos. 

TUMI’s 19 Degree Aluminum Briefcase “The Case Everyone is After” is Featured in ‘Bullet Train’
TUMI’s 19 Degree Aluminum Briefcase “The Case Everyone is After” is Featured in ‘Bullet Train’

Dalam Bullet Train, Ladybug ialah seorang pembunuh bernasib malang yang bertekad untuk melakukan tugasnya dengan aman selepas terlalu banyak kejadian yang berlaku di luar kawalan. Walau bagaimanapun, nasib beliau mungkin berubah kerana misi terkini Ladybug meletakkan beliau di laluan pertembungan dengan musuh hebat dari seluruh dunia yang boleh membawa maut—yang kesemuanya mempunyai objektif yang mempunyai hubungan tapi bertentangan antara satu sama lain— yang berkisarkan Beg Bimbit Aluminium 19 Darjah TUMI dalam kereta api terpantas di dunia. Kesimpulannya, ia hanyalah permulaan bagi perjalanan mendebarkan tanpa henti ini merentasi negara Jepun zaman moden daripada David Leitch yang merupakan pengarah Deadpool 2.

Menjelang pelancaran filem tersebut di panggung wayang di Amerika Utara pada 5 Ogos, TUMI akan melancarkan teka silang kata digital bertemakan filem melalui kerjasama dengan New York Times Advertising, di mana penduduk A.S. yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai pilihan untuk melengkapkan teka silang kata melalui pengalaman interaktif yang menarik atau menyertai peraduan secara langsung dan berpeluang untuk memenangi salah sebuah beg bimbit edisi terhad yang dicari-cari ini, sila daftar di sini.  Seramai 20 orang pemenang bertuah akan dipilih secara rawak daripada semua peserta pertandingan ini. TUMI akan turut mengaktifkan program pemasaran bersepadu berkaitan dengan acara permaidani merah tayangan perdana filem ini di dunia serta pelbagai aktiviti digital dan dalam kedai untuk mempromosikan filem tersebut. 

"Hanya terdapat satu jenama bagasi yang mempunyai gaya sempurna untuk disesuaikan dengan barisan pelakon bintang handalan filem ini serta ketahanan yang boleh bersaing dengan kumpulan pembunuh di dalam salah sebuah kereta api terpantas di dunia dan ia ialah TUMI yang amat sesuai dengan filem penuh aksi yang tegang ini," kata Jeffrey Godsick, Naib Presiden Eksekutif Perkongsian Global dan Pengurusan Jenama merangkap Ketua Hiburan Berdasarkan Lokasi Sony Pictures Entertainment.

Beg Bimbit Aluminium 19 Darjah TUMI yang kelihatan menarik sama ada dari jarak jauh atau jarak dekat ini menampilkan bahagian luaran yang anggun diperbuat daripada aluminium dengan reka bentuk istimewa dan mengutamakan ketahanan. Beg bimbit edisi terhad ini mempunyai satu poket "Bullet Train" bersaiz kad pada bahagian luar dengan logo "Bullet Train" di samping tag bagasi berjenama.  Melalui kerjasama "Bullet Train" TUMI ini, hanya 150 buah beg bimbit edisi terhad akan tersedia bermula pada 20 Julai di seluruh dunia yang boleh didapati di kedai TUMI terpilih & TUMI.COM pada harga USD1,795.00. Bagi mereka yang gagal mendapatkan salah satu item koleksi TUMI yang terhad ini, mereka boleh melayari TUMI.COM untuk membeli koleksi lengkap Aluminium 19 Darjah TUMI yang kelihatan amat menarik sama ada pada jarak dekat atau jarak jauh, amat tahan lama dan memiliki reka bentuk moden dengan sudut berkontur secara strategik yang berpenampilan elegan.

"TUMI sinonim dengan kualiti, ketahanan, tahan lasak dan sentiasa melihat ke arah masa depan untuk mendapatkan inspirasi. Melalui filem ini, ketika penulis skrin dan pengarah mula membentangkan bagaimana keadaan persekitaran akan kelihatan dan jenis-jenis barangan yang ada dalam filem ini, TUMI menjadi pilihan pertama dalam senarai mereka. Mereka meminta kepada TUMI , sebuah beg wira yang memiliki semua kualiti ketahanan tersebut yang mampu mengatasi pertempuran yang akan berlaku sepanjang perjalanan epik ini," kata Pengarah Kreatif TUMI, Victor Sanz.

Tentang 'Bullet Train'
Arahan David Leitch. Lakon layar oleh Zak Olkewicz. Berdasarkan buku hasil karya Kotaro Isaka. Diterbitkan oleh Kelly McCormick, David Leitch dan Antoine Fuqua. Penerbit Eksekutif terdiri daripada Brent O'Connor, Ryosuke Saegusa, Yuma Terada dan Kat Samick. Filem ini dibintangi oleh Brad Pitt, Joey King, Aaron Taylor-Johnson, Brian Tyree Henry, Andrew Koji, Hiroyuki Sanada, Michael Shannon, Benito A Martínez Ocasio dan Sandra Bullock.

Sony Pictures Entertainment:
Sony Pictures Entertainment (SPE) ialah sebuah anak syarikat Sony Group Corporation yang berpangkalan di Tokyo. Operasi global SPE merangkumi penerbitan, pemerolehan dan pengedaran wayang gambar; pemerolehan dan pengedaran penerbitan televisyen; rangkaian televisyen; penciptaan dan pengedaran kandungan digital; operasi kemudahan studio; dan pembangunan produk, perkhidmatan dan teknologi hiburan baharu. Sony Pictures Television mengendalikan berpuluh-puluh syarikat penerbitan milik penuh atau usaha sama di seluruh dunia. Organisasi penerbitan SPE  Motion Picture Group termasuk Columbia Pictures, Screen Gems, TriStar Pictures, 3000 Pictures, Sony Pictures Animation, Stage 6 Films, AFFIRM Films, Sony Pictures International Productions dan Sony Pictures Classics. Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://www.sonypictures.com/corp/divisions.html

TENTANG TUMI:
Sejak tahun 1975, TUMI telah menghasilkan barangan keperluan perniagaan, gaya hidup pelancongan serta keperluan mewah berprestasi yang bertaraf dunia yang direka untuk menaik taraf, mempermudah dan memperelokkan semua aspek kehidupan individu yang sedang di dalam perjalanan. Menggabungkan fungsi yang sempurna dengan semangat penuh kebijaksanaan, kami komited untuk memperkasakan perjalanan sebagai rakan kongsi sepanjang hayat kepada syarikat pembuatan dan pengangkutan dalam mendalami minat mereka. Jenama ini dijual secara global di lebih 75 buah negara dengan lebih 2,000 pusat jualan. Untuk maklumat lanjut tentang TUMI, sila layari www.TUMI.com.

TUMI 19 Degree Aluminum Briefcase and Luggage Collection
TUMI 19 Degree Aluminum Briefcase and Luggage Collection

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1862572/BulletTrain.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1862573/19_Degree_Aluminum_Briefcase.jpg?p=medium600 

 

 

 

Source: Tumi, Inc.
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Retail Travel Feature News Releases Licensing/marketing agreements