omniture

Empire State Building Mengumumkan Kemudahan Penyewa Baharu dan Ejen Pemajakan

Empire State Realty Trust, Inc.
2022-07-21 22:16 118

NEW YORK, 21 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Empire State Building (ESB) hari ini mengumumkan rancangan ruang kemudahan moden untuk penyewa sahaja yang akan disiapkan dalam tahun hadapan untuk menyediakan ruang mesyuarat dan perbincangan yang boleh memuatkan seramai 400 orang, gelanggang bola keranjang, ruang istirahat, perkhidmatan makanan dan bar serta "ESRTees", sebuah ruang istirahat yang boleh ditempah dengan dua simulator golf. Kemudahan baharu ESB akan dibina di ruang laluan yang unik dengan siling berkubah.

Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) juga telah mengumumkan bahawa pasukan Scott Klau dari Newmark, sebuah firma penasihat dan perkhidmatan hartanah komersial terkemuka, telah dilantik sebagai ejen pemajakan di "Bangunan Paling Terkenal di Dunia" tersebut. Pasukan ESRT dan Newmark telah bekerjasama dengan mencapai kejayaan hebat di One Grand Central Place, 1400 Broadway dan 111 West 33rd Street. 

"Kerjasama kami dengan Scott Klau dan pasukannya telah mencapai pelbagai kejayaan. Kini dengan ketersediaan blok besar kami, kami menawarkan destinasi untuk semua saiz penyewa dalam usaha mereka ke arah mencapai perkhidmatan berkualiti," kata Anthony E. Malkin, Pengerusi, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ESRT. "Ciri bangunan ESB yang moden sepenuhnya, cekap tenaga dan sihat dengan kemudahan tambahan yang tiada tandingan, usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), perkhidmatan turnkey dan lokasi utama merupakan satu gabungan yang berjaya."

Sebagai tambahan kepada tawaran yang baru diumumkan, kemudahan untuk penyewa sahaja yang sedia ada di Empire State Building yang ikonik ini merangkumi pusat kecergasan seluas 15,000 kaki persegi, pusat persidangan peribadi dan tujuh pilihan tempat makan dalam bangunan yang merangkumi Tacombi, STATE Grill and Bar serta Starbucks Reserve baharu seluas 23,000 kaki persegi yang dijadualkan akan dibuka pada tahun ini. Kemudahan baharu ESB akan memperluas tawaran ini dan membolehkan penyewa menempah ruang untuk menampung seramai lebih 400 orang.

"ESB ialah jenama ikonik dengan infrastruktur moden, pemilikan yang komited, kecekapan tenaga terkemuka dalam industri dan kualiti persekitaran dalaman serta lokasi di pusat bandar dengan akses mudah kepada hab transit utama," kata Scott Klau, Naib Pengerusi Newmark. "Setiap penyewa berkualiti boleh memberikan pengalaman yang unik dan diperibadikan kepada para pekerjanya pada nilai yang tiada tandingan, daripada blok besar kami yang berkeluasan lebih 274,000 kaki persegi hingga ruang prabinaan, untuk kemudahan dan tawaran yang tiada tandingan di bangunan ini. Ia merupakan satu tarikan dan pengekalan pekerja yang sebenar untuk dunia hari ini."

ESB telah melakukan penambahbaikan tenaga mendalam terkemuka dalam industri yang mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 54 peratus sepanjang dekad yang lalu dengan objektif berterusan untuk memudahkan penyewa mencapai matlamat ESG mereka sendiri. Ruang blok seluas 274,000 kaki persegi yang besar di ESB merangkumi lapan tingkat penuh dan separa, dengan ruang peruncitan utama yang telah dikhususkan seluas 24,000 kaki persegi.

Maklumat lanjut tentang Empire State Building dan ketersediaan terkini boleh didapati dalam talian.

Tentang Empire State Realty Trust 
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) merupakan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) yang memiliki dan mengurus aset pejabat, peruncitan dan pelbagai keluarga di Manhattan dan kawasan metropolitan New York yang lebih luas. ESRT memiliki Empire State Building – Bangunan Paling Terkenal di Dunia – dan Anugerah Travelers' Choice Best of the Best 2022 Tripadvisor bagi tarikan #1 di A.S. dan tarikan #3 di dunia, di Balai Cerap Empire State Building ikonik yang baru direka semula. Syarikat ini merupakan peneraju dalam bangunan sihat, kecekapan tenaga dan kualiti persekitaran dalaman, serta mempunyai pelepasan gas rumah hijau yang paling rendah bagi setiap kaki persegi daripada mana-mana portfolio Amanah Pelaburan Hartanah yang didagangkan secara awam di Bandar Raya New York. Sehingga 31 Mac 2022, portfolio ESRT terdiri daripada kira-kira 9.4 juta kaki persegi ruang pejabat boleh disewa, 700,000 kaki persegi ruang peruncitan boleh disewa dan 625 buah unit pada dua hartanah berbilang keluarga. Maklumat lanjut tentang Empire State Realty Trust boleh didapati di esrtreit.com dan dengan mengikuti ESRT di Facebook, Instagram, Twitter dan LinkedIn

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 
Siaran akhbar ini mengandungi "pernyataan berpandangan ke hadapan" mengikut takrifan undang-undang sekuriti Persekutuan. Anda boleh mengenal pasti pernyataan ini dengan penggunaan perkataan seperti "andaian," "percaya," "anggaran," "menjangka," "berhasrat," "merancang," "mengunjur" atau perkataan dan ungkapan yang serupa yang tidak berkaitan dengan perkara-perkara sejarah. Anda hendaklah berhati-hati dalam mentafsir dan bergantung kepada pernyataan berpandangan ke hadapan kerana ia melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang diketahui dan tidak diketahui, yang dalam sesetengah kes, adalah di luar kawalan Syarikat dan boleh mempengaruhi hasil, prestasi atau pencapaian sebenar secara material. Faktor-faktor ini termasuk, tanpa had, risiko dan ketidakpastian yang diperincikan dari semasa ke semasa dalam pemfailan Syarikat dengan SEC dan sebarang kegagalan keadaan atau peristiwa yang disebut dalam siaran ini. Kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang, Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini apa-apa pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya.

Kategori: Pajakan

 

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Real Estate Real estate transactions