omniture

Mars Mengumumkan Majlis Penasihat M&M'S® FUNd sebagai Sebahagian daripada Tujuannya untuk Mencipta Sebuah Dunia Milik Semua Orang

Mars, Incorporated
2022-07-22 01:16 143

M&M'S, sebahagian daripada kemegahan Mars, mengambil langkah selanjutnya ke arah mencapai matlamat untuk meningkatkan rasa kekitaan bagi 10 juta orang di seluruh dunia menjelang tahun 2025

NEWARK, New Jersey, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini M&M'S®, jenama gula-gula ikonik yang merupakan sebahagian daripada Mars Inc., mengumumkan Majlis Penasihat M&M'S FUNd, sebuah kumpulan pakar yang akan memacu program kepelbagaian, keterangkuman dan kekitaan bagi jenama M&M'S di seluruh dunia.

M&M'S FUNd telah diumumkan pada bulan Januari yang lalu dengan hasrat untuk menjejaki tindakan jenama tersebut terhadap tujuan baharu yang akan mewujudkan sebuah dunia di mana semua orang mempunyai semangat kekitaan. M&M'S FUNd menawarkan sumber, bimbingan, peluang dan pembiayaan kewangan dalam bidang seni dan hiburan untuk menghubungkan orang ramai dan memastikan mereka mempunyai akses kepada pengalaman bagi meningkatkan semangat kekitaan kepada 10 juta orang di seluruh dunia menjelang tahun 2025.

Majlis penasihat yang mengasaskan M&M'S FUNd akan merangkumi wakil daripada Coqual, Disability:IN, GLAAD, Global Belonging Collaborative, GroupM dan PolicyLink. M&M'S akan menjemput penasihat daripada organisasi yang terkenal di bawah ini untuk bertemu dalam beberapa kali setahun bagi menilai program jenama, mengukur impak, memberi nasihat dan meneruskan misi kami melalui rangkaian organisasi kami masing-masing.

  • Gwyneth Meeks, Naib Presiden Kanan Pembangunan Kepimpinan, Coqual
  • Jill Houghton, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif, Disability:IN
  • John McCourt, Timbalan Naib Presiden Perkongsian Strategik, GLAAD
  • Dr. Kelly-Ann Allen, PhD FAPS, Ketua Pengarah merangkap Pengasas Global Belonging Collaborative
  • Gonzalo Del Fa, Presiden GroupM
  • Ashleigh Gardere, Naib Presiden Eksekutif, PolicyLink

"Mars berinovasi untuk memberi kesan positif kepada masyarakat dan membentuk dunia yang kita inginkan esok – dan tujuan M&M yang dikembangkan ini adalah satu lagi contoh bagaimana jenama kami dapat memberi inspirasi kepada detik-detik harian yang menggembirakan para pengguna," kata Jessica Adelman, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat Mars Wrigley. "Mars dan jenama M&M'S berbesar hati untuk bekerjasama dengan barisan pakar global yang arif ini yang sebagai sebahagian daripada dana M&M'S, akan membantu kami mewujudkan sebuah dunia yang dimiliki oleh semua orang."

Sejak matlamat jenama ini diperkenalkan, M&M'S telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi janjinya bagi mewujudkan sebuah dunia di mana semua orang mempunyai semangat kekitaan dan ia merealisasikan komitmennya pada semua titik sentuh termasuk melalui produk, tawaran digital, kandungan, program dalam kedai dan pengaktifan pengguna, kesemua ini di bawah kendalian M&M'S FUNd.

  • Iklan terbaharu M&M'S – "Office Party" dan "Meet The Parents" – mencerminkan matlamat jenama baharu tersebut yang memaparkan kepentingan meraikan perbezaan orang ramai dan menggunakan keseronokan untuk memupuk hubungan serta semangat kekitaan.
  • Di Jerman, M&M telah membangunkan Projekt Open Mic dengan kerjasama bakat-bakat utama untuk melancarkan kerjaya tiga orang pelawak baharu dari pelbagai latar belakang untuk membantu menjadikan pentas komedi di Jerman lebih inklusif.
  • Dalam sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac, M&M'S telah mencipta senarai #StreamingFemaleVoices Spotify yang menampilkan lagu-lagu daripada artis wanita untuk membantu memulakan usaha bagi merapatkan jurang jantina dalam bidang muzik serta menyumbang sebanyak $1 setiap strim (sehingga $25k) kepada Women in Music.
  • M&M meneruskan kerjasamanya dengan Bentonville Film Festival Foundation untuk menawarkan program bimbingan kepada para penerbit filem yang pelbagai, yang mengandungi geran bernilai $20,000 serta peluang untuk bekerjasama dengan pasukan M&M'S dalam projek yang berfokuskan keterangkuman. Penerima 'M&M'S For All Funkind Award' yang telah dipilih melalui penyertaan daripada Festival Filem Bentonville 2021 telah diumumkan pada 25 Jun.
  • Di Australia, M&M'S melancarkan platform M&M'S Comedy Spotlight yang menampilkan tujuh orang bintang komedi yang sedang mencipta nama bagi mewujudkan pentas komedi yang lebih inklusif.

Dan kami baru sahaja bermula. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Majlis Penasihat M&M'S FUNd dan untuk mengikuti usaha yang dilakukan oleh M&M'S dalam mencapai matlamatnya, sila layari MMS.com.

TENTANG MARS, INCORPORATED 

Mars, Incorporated telah didorong oleh kepercayaan bahawa dunia yang kita mahukan esok bermula dengan cara kita menjalankan perniagaan pada hari ini. Sebagai sebuah perniagaan global milik keluarga, Mars mengubah, berinovasi dan berkembang untuk memberi kesan positif kepada dunia.

Di seluruh portfolio kami yang pelbagai dan luas dalam perkhidmatan dan produk manisan, makanan dan penjagaan haiwan peliharaan yang berkualiti, kami melantik lebih 140,000 Rakan Sekutu khusus. Dengan jualan tahunan berjumlah hampir $45 bilion, kami menghasilkan beberapa jenama popular di dunia termasuk Ben's Original™, CESAR®, Cocoavia®, DOVE®, EXTRA®, KIND®, M&M's®, SNICKERS®, PEDIGREE®, ROYAL CANIN® dan WHISKAS®. Kami mewujudkan dunia yang lebih baik untuk haiwan peliharaan melalui rangkaian hospital haiwan peliharaan dan perkhidmatan diagnostik global kami – termasuk AniCura, BANFIELD™, BLUEPEARL™, Linnaeus dan VCA™ – menggunakan teknologi canggih untuk membangunkan program rintis dalam saringan kesihatan genetik dan ujian DNA. 

Untuk maklumat lanjut tentang Mars, sila layari www.mars.com. Sertai kami di Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn dan YouTube.

Sila hubungi: 

Angelina Franco

Katie Durkin   


Angelina.Franco@effem.com  

KDurkin@webershandwick.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1862522/Mars_MMS_FUNd_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Mars, Incorporated
Keywords: Food/Beverages Retail Corporate Social Responsibility New products/services