omniture

Xiamen, China Raikan Ulang Tahun ke-100 Desa Sekolah Jimei dengan Pembukaan Muzium Memorial Tan Kah Kee Malaysia di Kuala Lumpur

Pameran Peninggalan Kebudayaan Asing dan Pameran Foto diadakan serentak di Muzium Ibu Negeri Beijing
Xiamen Municipal Government, P. R. China
2013-10-15 09:00 138

XIAMEN, China, 15 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Sebagai mengiktiraf sumbangan besar beliau dan semangat patriotisme tulus buat negara asalnya oleh seorang penduduk Cina terkenal di Asia Tenggara yang menetap di luar negara, Tan Kah-Kee, Muzium Memorial Tan Kah-Kee Malaysia kini dibuka di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur pada 6 Oktober.

Tan Kah-Kee dilahirkan di Desa Jimei pada tahun 1874 dan menguruskan perniagaan bersama bapanya pada usia 17 tahun. Perniagaan tersebut, yang beliau terus majukan dan kembangkan ke seluruh Asia Tenggara merupakan satu kejayaan besar yang melayakkan beliau digelar hartawan. Tan memberi tumpuan penuh terhadap pendidikan dan kerja amal dengan mendermakan hampir kesemua wang yang diperoleh untuk kebajikan. Bermula pada tahun 1913, beliau membiayai projek pembangunan di kampungnya dengan sedozen sekolah, yang kemudiannya dikenali sebagai Desa Sekolah Jimei, menyediakan pendidikan rendah dan menengah serta latihan guru dan pengajaran peringkat yang lebih tinggi.

Duta besar China ke Malaysia, Chai Xi dan Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke China, Ong Ka Ting menghadiri majlis perasmian muzium tersebut. Chai berkata penubuhan muzium memorial itu merupakan satu pencapaian bersejarah dan bermakna bagi masyarakat Cina Malaysia, yang memberi inspirasi kepada rakyat Cina di seluruh dunia bagi memperingati kisah Tan, bagi mencapai kejayaan peribadi dan menjadi pendorong semangat Tan Kah-Kee yang ikhlas dan berani, tidak mementingkan diri sendiri bagi kepentingan awam, sentiasa bersedia untuk membantu, adil dan saksama serta tidak terlalu memikirkan diri sendiri.

Pada masa yang sama, dalam memperingati ulang tahun ke-100 Desa Sekolah Jimei dan ulang tahun ke-54 Muzium Cina Luar Negara, yang kedua-duanya diasaskan oleh Tan Kah-Kee, Muzium Cina Luar Negara baru-baru ini menjadi tuan rumah bagi "Pameran Koleksi Klasik Tan Kah-Kee Peninggalan Budaya Asing" dan Pameran Foto bertemakan "Mengikuti Semangat Tan Kah Kee yang Menyayangi Desa Sekolah Jimei" di Muzium Ibu Negeri Beijing.

Tujuh puluh lima peninggalan budaya asing yang dikumpul oleh Tan Kah-Kee telah dipamerkan di Pameran tersebut, termasuklah peninggalan budaya dan khazanah seni moden dari 12 negara di Eropah dan Asia. Di samping itu, Pameran Foto yang diadakan itu dikhususkan bagi menghasilkan rekod sejarah awal Desa Sekolah Jimei. Para pelawat boleh memperoleh pengetahuan yang mendalam tentang Xiamen, Desa Sekolah Jimei dan bangunan Tan Kah-Kee menerusi pameran dan acara lain yang telah dijadualkan.

Pameran tersebut akan berakhir pada 27 Oktober 2013.

Source: Xiamen Municipal Government, P. R. China
Keywords: Education Higher Education Travel New products/services Not for profit