omniture

Pandangan optimis terhadap pertumbuhan industri pembinaan kekal tinggi namun kejayaan transformasi digitalnya bergantung pada pelaksanaan berasaskan manusia, menurut Tinjauan

InEight
2022-07-22 02:56 120

Sembilan puluh enam peratus daripada profesional pembinaan dan projek permodalan berpandangan optimis tentang masa depan organisasi mereka. Teknologi digital merupakan pemacu pertumbuhan paling utama namun pengurusan perubahan mesti ditambah baik untuk transformasi yang berjaya

SCOTTSDALE, Arizona, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- InEight Inc., peneraju global dalam perisian pengurusan projek pembinaan, hari ini melancarkan Tinjauan Projek Permodalan Global tahunannya yang kedua. Tinjauan ini merekodkan pandangan daripada penyelidikan yang dijalankan terhadap 300 pemilik projek permodalan terbesar di dunia serta profesional kontraktor pembinaan di seluruh Amerika, Eropah dan APAC.

InEight's Second Annual Global Capital Projects Outlook Report
InEight's Second Annual Global Capital Projects Outlook Report

Penyelidikan tersebut mendedahkan bahawa 96% daripada responden bersikap sama ada sangat atau agak optimis tentang prospek pertumbuhan organisasi mereka pada tahun hadapan, meningkat daripada 92% pada tahun 2021. Teknologi digital (57%) dan pengumpulan data, analisis dan pemahaman (53%) menawarkan peluang yang tinggi untuk pertumbuhan, walau bagaimanapun hampir kesemua (93%) responden menyatakan bahawa pengalaman mereka dalam pengurusan perubahan masih memerlukan penambahbaikan sekali gus menandakan keperluan untuk menggunakan pendekatan yang lebih canggih dan berasaskan manusia dalam pelaksanaan teknologi.

Secara khususnya, responden mengenal pasti pelaksanaan yang tidak sekata atau sporadik (58%), isu penyepaduan proses dan data (54%), komunikasi yang lemah (51%) dan teknikal serta sistem yang terbatas (51%) sebagai kekecewaan utama yang berpunca daripada pelaksanaan teknologi.

Trend yang sama turut dikenal pasti apabila responden ditanya tentang halangan pelaburan teknologi yang lebih besar, dan mereka mengenal pasti bahawa cabaran penyepaduan dengan sistem sedia ada serta kekurangan bakat berkemahiran teknikal untuk melancarkan proses sebagai isu utama.

Mengulas tentang Tinjauan ini, Jake Macholtz, Ketua Pegawai Eksekutif InEight berkata:  " Semua responden yang kami temu bual berbicara tentang peluang pertumbuhan untuk pemilik dan kontraktor. Sikap optimis, daya ketahanan dan keyakinan terhadap industri hampir jelas kelihatan dan begitu teguh. Ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan memandangkan latar belakang ekonomi organisasi serta cabaran pelaksanaan yang dikaitkan dengan transformasi digital. Nampaknya prospek untuk memanfaatkan teknologi digital bagi membina dunia yang lebih baik mengekalkan semangat yang tinggi."

Transformasi berasaskan manusia
Tinjauan ini mendapati bahawa responden berpandangan bahawa teknologi digital amat membantu dalam tugas harian mereka. Antara manfaat paling banyak ialah: memperoleh maklumat terperinci dan holistik tentang projek dan acara (51%), susunan tugas mengikut keutamaan/mengurus aliran kerja projek (50%) dan memberi jaminan bahawa dasar persekitaran, kesihatan & keselamatan (EHS) dipatuhi (54%).

Walau bagaimanapun, apabila tinjauan menyorot tentang keperluan untuk pendekatan berasaskan manusia, 94% daripada responden berkata mereka mempunyai kebimbangan khusus tentang masa depan transformasi digital. Pengurangan komunikasi secara bersemuka (45%), pengalaman profesional dan kebolehan manusia digantikan dengan teknologi (43%), gangguan pada keseimbangan kerja dan kehidupan (41%) atau kerja-kerja yang diambil alih oleh automasi (39%), kesemua faktor ini merupakan tumpuan utama responden.

Apabila diajukan tentang manfaat yang diharapkan daripada transformasi digital pada masa hadapan, responden mengharapkan automasi yang lebih banyak (49%), kawalan yang lebih tinggi (48%), pemahaman strategik yang lebih baik (47%) dan komunikasi yang lebih baik (49%).

"Responden jelas tentang manfaat teknologi digital dan teruja untuk merealisasikan visi baharu masa depan ini namun pada ketika ini, industri gagal menguruskan perubahan organisasi yang menyebabkan transformasi digital sukar dilaksanakan," ujar Macholtz.

Persekitaran operasi yang lemah
Dalam suasana yang menyaksikan kekurangan rantaian bekalan, tekanan inflasi, cabaran tenaga dan peperangan di Ukraine, pemilik dan kontraktor projek permodalan kekal positif tentang hala tuju industri. Ini diperhatikan apabila responden melaporkan peningkatan ketara dalam perbelanjaan projek pembinaan dan permodalan (meningkat daripada 68% tahun lalu kepada 76% pada tahun 2022) malah daya ketahanan turut kekal tinggi dengan 91% daripada responden menganggap bahawa organisasi mereka sangat atau agak berdaya tahan.

Walau bagaimanapun, dalam laporan Tinjauan tahun lalu, projek yang siap tepat pada masanya dan mengikut bajet, telah menurun secara mendadak. Projek yang siap mengikut jadual seperti yang dilaporkan oleh kontraktor, telah menurun sebanyak 16% tahun ke tahun daripada 51% kepada 35%, manakala projek yang disiapkan dengan menepati atau kurang daripada bajet yang diluluskan juga telah menurun daripada 51% kepada 38%. Pemilik masih belum dapat melihat kesan yang sama, mereka melaporkan 43% projek disiapkan tepat pada masanya, manakala 45% projek adalah mengikut bajet.

Berdasarkan fakta persekitaran operasi global yang lemah, responden menekankan risiko yang tidak terurus atau tidak dijangka sebagai faktor yang paling mempengaruhi sama ada sesebuah projek itu dapat disiapkan tepat pada masanya dan mengikut bajet.

Untuk mengakses laporan penuh, sila layari  ineight.com/annual-global-capital-projects-report

Tentang Tinjauan Projek Permodalan Global InEight
Laporan ini adalah berdasarkan kaji selidik terhadap 300 orang profesional projek permodalan dan pembinaan bagi perusahaan besar yang dijalankan pada bulan Mac 2022, melalui satu kaji selidik dalam talian. 

Kaji selidik ini merangkumi 26 set soalan yang direka untuk mengukur tahap keyakinan dan optimisme secara umum di seluruh industri serta menilai rekod prestasi, rancangan dan sikap terhadap transformasi digital.

Daripada 300 orang responden, 100 orang peserta diambil daripada setiap rantau yang kami fokuskan iaitu di Amerika, Eropah dan APAC, memberikan perwajaran yang sama dalam laporan tersebut bagi kawasan masing-masing. Di peringkat global, 67% daripada responden ialah pemilik projek manakala 33% lagi merupakan kontraktor.

Kesemua responden bekerja dalam sektor pembinaan, namun bagi mendapatkan pandangan sebenar tentang sektor pembinaan global di seluruh dunia, kami turut menyertakan mereka yang bekerja dalam jawatan pembinaan dalam industri yang lebih luas termasuk:

Pembuatan

Perkhidmatan komputer/IT

Pembinaan

Perlombongan

Pengangkutan

Telekomunikasi

Minyak, Gas dan Utiliti

Perkhidmatan Kesihatan

Kerajaan Tempatan

Kerajaan Pusat atau Badan Awam Bukan Jabatan (NDPB)

Bahan Kimia dan Farmaseutikal

Produk dan Teknologi Penjagaan Kesihatan

Kaji selidik ini telah direka dan dijalankan bersama-sama dengan rakan kongsi penyelidikan pasaran teknologi perusahaan global yang khusus, dengan keputusan yang kemudiannya dianalisis dan diserahkan kepada pakar InEight untuk diulas berdasarkan pengalaman dan sudut pandangan mereka dalam industri.

Sekiranya berkenaan, hasil tinjauan ini telah dibandingkan dengan kaji selidik kami yang terdahulu pada tahun 2021. Walau bagaimanapun, ini tidak dapat dilakukan secara menyeluruh disebabkan oleh soalan-soalan baharu dan perkataan yang diubah dalam edisi tahun ini.

Tentang InEight 
InEight menyediakan perisian pengurusan projek yang diuji lapangan untuk pemilik, kontraktor, jurutera dan pereka bentuk yang sedang melakukan pembinaan di seluruh dunia. Lebih 575,000 pengguna dan lebih 850 pelanggan di seluruh dunia bergantung pada InEight untuk mendapatkan cerapan masa nyata yang membantu mengurus risiko dan memastikan projek mengikut jadual dan di bawah bajet merentas keseluruhan kitaran hayat.

Daripada perancangan awal kepada reka bentuk, daripada anggaran kepada penjadualan, dan daripada pelaksanaan lapangan kepada perolehan, InEight telah menjana lebih daripada $1 trilion dalam projek di seluruh dunia merentas infrastruktur, sektor awam, tenaga dan kuasa, minyak, gas dan kimia, perlombongan dan komersial. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti InEight di LinkedIn atau layari InEight.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1860525/InEight_Report.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/715598/InEight_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: InEight
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Survey, Polls & Research