omniture

Fortem Technologies Dipilih untuk Melindungi Piala Dunia FIFA

Fortem Technologies, Inc.
2022-07-22 08:00 101

Penyelesaian keselamatan dan pertahanan ruang udara Fortem akan disepadukan dengan Kementerian Dalam Negeri Qatar serta sistem arahan dan kawalan Jawatankuasa Operasi Keselamatan dan Perlindungan untuk menyediakan tahap perlindungan tertinggi terhadap ancaman dron yang semakin meningkat. 

PLEASANT GROVE, Utah dan DOHA, Qatar, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Fortem Technologies, Inc., peneraju dalam pertahanan dan keselamatan ruang udara untuk mengesan dan mengalahkan dron berbahaya, hari ini mengumumkan suatu langkah penting ke hadapan dalam menangani ancaman UAV berbahaya yang semakin meningkat di seluruh dunia. Melalui kerjasama dengan rakan pengedar Smart Communication Systems, Fortem akan menyediakan penyelesaian pencegahan dron kepada Kementerian Dalam Negeri Qatar dan Jawatankuasa Operasi Keselamatan dan Perlindungan (SSOC) bagi acara Piala Dunia FIFA yang akan berlangsung di Qatar dari 21 November hingga 18 Disember 2022.

Selain menyediakan tahap keselamatan yang dipertingkatkan dan belum pernah berlaku sebelum ini untuk pertandingan Piala Dunia FIFA, Fortem Technologies dan Smart Communication Systems akan terus menyediakan sistem pencegahan dron untuk acara dan lokasi penting yang lain di seluruh rantau ini.

"Fortem menyediakan teknologi dan perkhidmatan bertaraf dunia," ujar Jurutera, Kapten Rashid Fahad Alali, Pegawai Sistem Keselamatan Kementerian Dalam Negeri Qatar yang juga Ketua Program Antidron SSOC. "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Fortem Technologies sebagai vendor utama untuk meningkatkan keselamatan kami di sekitar Doha."

Sistem SkyDome®Fortem  merupakan sebuah penyelesaian pencegahan dron yang serba lengkap dan memenangi anugerah yang mengesan, mengalahkan dan melindungi daripada dron berbahaya. Sistem SkyDome ini mengklasifikasikan ancaman dan mengurangkannya secara autonomi dengan dron pemintasnya iaitu DroneHunter®. Pada teras Sistem SkyDome Fortem terdapat radar TrueView® , iaitu sebuah radar padat, didayakan AI dan boleh disambungkan ke rangkaian yang direka untuk bertindak dalam persekitaran bandar dan tempat awam yang sesak seperti arena sukan dan lapangan terbang.

"Kerajaan Qatar memahami kepentingan dalam menyediakan keselamatan yang menyeluruh dari darat ke udara bagi perlawanan Piala Dunia FIFA dan seterusnya," kata Timothy Bean, Ketua Pegawai Eksekutif Fortem Technologies. "Kami teruja dapat bekerjasama dengan Smart Communication Systems untuk menyediakan keselamatan pencegahan dron yang terbaik bagi memastikan keselamatan para pemain, peminat sukan dan semua orang yang terlibat dalam penganjuran salah sebuah acara global yang paling banyak ditonton sejak beberapa dekad."

"Selepas melakukan pelbagai pertimbangan terhadap syarikat-syarikat di seluruh dunia, tawaran Fortem mengatasi semua persaingan," kata Walid Chahine, Rakan Kongsi Pengurusan Smart Communication Systems, rakan pengedar Fortem Technologies. "Dunia berada pada ketika tahap keselamatan yang dipertingkatkan menjadi kebiasaan dan kami bertekad untuk terus berada di hadapan." 

Tentang Fortem Technologies, Inc.

Fortem Technologies merupakan peneraju dalam keselamatan dan pertahanan ruang udara untuk mengesan dan mengalahkan dron yang berbahaya. Melalui ekosistem radar teragih, AI di pinggir, penyepaduan sensor yang mendalam dan penangkapan dron autonomi yang canggih, Fortem memantau, melindungi dan mempertahankan koridor, lokasi, infrastruktur, sempadan dan wilayah di dunia daripada ancaman dron berbahaya atau berniat jahat. Ekosistem yang sama tersebut sedang mempercepatkan keselamatan ruang udara di dunia untuk mobiliti udara bandar. Berpangkalan di Pleasant Grove, Utah, syarikat ini ialah milik persendirian dan disokong oleh Toshiba, Boeing, DCVC, Signia Venture Partners dan lain-lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.fortemtech.com.

Hubungan:
BAM untuk Fortem Technologies
Fortem@bamtheagency.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/508709/Fortem_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Fortem Technologies, Inc.
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services