omniture

Fibocom Lancar Modul Pintar AI SCA825-W, Serlahkan Potensi AIoT dengan Kuasa Pengkomputeran Unggul

Fibocom Wireless Inc.
2022-07-22 08:42 186

SHENZHEN, China, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Fibocom (Kod Saham: 300638), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar IoT (Internet Pelbagai Benda) dan modul komunikasi tanpa wayar, mengumumkan pelancaran modul pintar AI SCA825-W. Dikuasakan oleh SoC (Sistem-pada-Cip) tahap-premium Qualcomm Technologies, QCS8250, modul ini direka bentuk untuk memenuhi keperluan senario AIoT canggih seperti persidangan video HD, siaran langsung HD, permainan awan, pengkomputeran pinggir, robotik, dron, AR/VR dan sebagainya.

Kombinasi antara AI dan IoT telah membuka kemungkinan baharu untuk industri-industri yang memerlukan pembuatan keputusan waktu sebenar yang automatik dan analisis data. Permintaan untuk penyelesaian AIoT 5G dijangka melonjak, menurut Counterpoint Research, dengan penghantaran modul AIoT 5G mencapai CAGR 84% antara tahun 2022 dan 2030. Modul pintar AI Fibocom pasti akan memainkan peranan penting dalam industri ini dengan potensi untuk memperkasa rangkaian besar-besaran keadaan pengguna intensif-komput.

Dilengkapi dengan penyelesaian IoT QCS8250 Qualcomm, modul pintar AI canggih daripada Fibocom, SCA825-W mengintegrasikan Kryo™ 585 CPU okta-teras, Adreno™ 650 GPU, NPU 230 (Unit Pemprosesan Neural) khusus, serta Hexagon™ DSP untuk pembelajaran mesin. Modul ini dapat menyampaikan kuasa pengkomputeran sehingga 15 TOP (Operasi Tera setiap Saat), mengupayakan prestasi pengkomputeran AI yang rumit dengan ciri-ciri luar biasa.

Menampilkan ISP (pemproses isyarat imej) Spectra ™ 480 berkuasa Adreno 995 DPU dan Adreno 665 VPU, Fibocom SCA825-W menyokong sehingga tujuh kamera serentak, paparan 4K tiga kali ganda dan pengekodan video sehingga resolusi 4K pada 120 fps, 8K pada 30 fps (bingkai sesaat), menawarkan keupayaan menangkap, memproses dan memaparka imej yang unggul.

Di samping itu, modul ini menyokong 5G, Wi-Fi 6.0, Bluetooth 5.1 serta teknologi berbilang antena 2×2 Wi-Fi MIMO yang membolehkan pelbagai pilihan sambungan tanpa wayar untuk keadaan penggunaan perindustrian dan komersial. Ia turut menyokong sistem operasi Android 10 dan pelbagai jenis antara muka (MIPI-DSI, I2S, PCIe, UART, USB, I2C, SPI), mengupayakan lebih kefleksibelan dan kemudahan penyepaduan bagi memenuhi kehendak aplikasi daripada industri AIoT.

"Dengan AIoT terus mentransformasikan setiap industri, modul AI berprestasi tinggi akan menjadi tonggak penting," kata Eden Chen, Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Produk MC, Fibocom. "Modul pintar AI kami yang baru dilancarkan SCA825-W merupakan bahagian yang luar biasa daripada rangkaian modul pintar Fibocom yang akan mengambil langkah yang besar ke hadapan dalam bidang AIoT dengan kemajuan teknologi."

Source: Fibocom Wireless Inc.
Related Stocks:
Shenzhen:300638
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services