omniture

Xinhua Silk Road: Seraphim, Resolar tandatangani MoU pererat kerjasama dalam pasaran EU di tengah-tengah rancangan REPowerEU

Xinhua Silk Road
2022-07-22 08:45 172

BEIJING, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Seraphim Energy Group Co., Ltd. (Seraphim), pengeluar produk solar global yang terkemuka, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Resolar, sebuah syarikat tenaga berpangkalan di Luxembourg pada awal bulan Julai, dengan tujuan untuk mempererat kerjasama dalam pasaran solar EU.

Di bawah MoU tersebut, Seraphim akan membekalkan sehingga 1GW modul PV kepada Resolar pada tahun 2023 yang akan digunakan dalam projek-projek Resolar yang akan dibina pada tahun 2023.

MoU tersebut dibuat di bawah rancangan REPowerEU baharu Kesatuan Eropah (EU) yang diperkenalkan pada 8 Mac untuk mempercepatkan peralihan tenaga bersih.

Dalam suku pertama tahun ini, EU mengimport 16.7 GW modul PV dari China, meningkat 145 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut data rasmi.

"Resolar menganggap Seraphim sebagai rakan kongsi jangka panjang," kata Luis López Martínez, Ketua Pegawai Eksekuitf Resolar, menambah bahawa beliau tidak sabar-sabar untuk melanjutkan kolaborasi global bersama Seraphim.

Polaris Li, presiden Seraphim, berkata bahawa dengan matlamat untuk melaksanakan keneutralan karbon, negara-negara Eropah memajukan peralihan tenaga yang mana tindakan segera telahpun ditekankan oleh rancangan REPowerEU baharu.

Li menambah bahawa Seraphim sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi ke atas pasaran EU, berharap dapat menyumbang kepada peralihan hijau global dengan teknologi PV termaju dan produk PV berkualiti daripada syarikat ini.

Seraphim telah lama mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan, pengeluaran, inovasi dan penjualan produk PV sejak penubuhannya pada tahun 2011. Sehingga kini, lebih daripada 14GW produk Seraphim telah dipasang di lebih 40 negara seluruh dunia.

Resolar ialah pelabur, pemaju dan juga EPC bagi projek-projek tenaga boleh diperbaharui di seluruh dunia. Ia ditubuhkan daripada kerjasama di peringkat antarabangsa dengan pengalaman selama lebih 21 tahun dalam tenaga solar.

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Contracts Licensing/marketing agreements