WASHINGTON, 15 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Institut Antarabangsa Ketahanan Global (IIGR), pertubuhan bukan untung yang dikhususkan untuk meningkatkan pengurusan kecemasan di seluruh dunia melalui penyelidikan dan pendidikan, hari ini mengumumkan ia telah bekerjasama dengan program anjuran Universiti Kumamoto yang dikenali sebagai program Kesihatan dan Sains Hayat: Berorientasikan Glokal dan Antara Disiplin (HIGO).
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131015/DC95884)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121203/DC21943LOGO)
Sepuluh pelajar dari Jepun, Nigeria dan Bangladesh telah dipilih bagi mengikuti kursus lima hari intensif yang ditaja oleh IIGR di Washington D.C. Para pelajar akan diberikan ceramah daripada pakar pengurusan kecemasan tentang pelbagai topik termasuk pengurusan insiden, bioterorisme, komunikasi risiko dan tindak balas perubatan terhadap bencana. Para pelajar turut melawat pelbagai kawasan di sekitar kawasan D.C. bagi mengetahui tentang peluang kerjaya dan seterusnya mendapat pengetahuan dalam bidang industri yang praktikal dalam bidang seperti sistem paten A.S. dan juga sistem penjagaan kesihatan A.S. dan Jepun.
"Dorongan untuk melancarkan IIGR adalah berikutan kejadian gempa bumi 3/11 di Jepun, dan kami kenal pasti kepentingan kefahaman glokal untuk mewujudkan pengurusan kecemasan yang berjaya," kata Dr Maki Fukami, Presiden IIGR dan salah seorang daripada ahli sains pengurusan kecemasan yang meneraju di Jepun. "Dengan mengambil bahagian dalam program HIGO, kami boleh memupuk penglibatan generasi baharu sebagai persediaan kepada masa depan yang lebih selamat. Pengalaman ini cukup luar biasa apabila melihat reaksi positif pelajar terhadap program ini."
Universiti Kumamoto yang merupakan tempat rujukan bagi salah satu daripada pusat pengajian perubatan kebangsaan tertua di Jepun telah memperkenalkan program HIGO pada bulan Oktober 2012. Program ini direka untuk mendidik para pemimpin global tentang keperluan masyarakat negara Asia untuk membantu mereka menghadapi cabaran tempatan melalui hubungan tempatan dan global. Dengan kadar globalisasi yang kian pesat, sangat penting untuk memastikan kawasan yang terpencil dan kawasan bandar yang berhadapan dengan pelbagai cabaran khusus tidak diketepikan. Glocalization mampu memberi satu pendekatan yang berkesan dan diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat di dunia yang saling berhubung pada masa kini. Sebagai sebahagian daripada program HIGO, para pelajar mempunyai peluang untuk mengambil bahagian dalam latihan penyelidikan sains, latihan syarikat dan bengkel kemasyarakatan.
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program HIGO, sila layari: http://higoprogram.org/en/about/index.html
Tentang IIGR
Institut Antarabangsa Ketahanan Global (IIGR) yang ditubuhkan pada tahun 2012 merupakan satu kumpulan pemikir yang dikhususkan untuk memperbaiki dan meningkatkan tahap kesediaan dan profesionalisme komuniti pengurusan kecemasan melalui pendidikan dan penyelidikan. Misi IIGR ialah menerokai keperluan yang berterusan bagi ketahanan global dan kesannya terhadap ekonomi dan keselamatan dunia. IIGR juga merupakan sebahagian daripada Yayasan S&R. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.AboutIIGR.org.