LONDON, 15 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Enterprise Rent-A-Car, jenama kereta sewa yang meneraju dunia, telah memperluaskan rangkaian sewa antarabangsanya dengan pelantikan Eldan Transportation Ltd sebagai pemilik francaisnya untuk Israel.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130730/MM55552LOGO-d)
Hubungan kerjasama ini meneruskan program perluasan terancang melalui pasaran utama di Eropah, Timur Tengah dan Asia yang bermatlamat untuk menyediakan pelanggan tempatan dan pengunjung dengan lebih banyak pilihan dan perkhidmatan pelanggan yang bagus di destinasi utama untuk perniagaan dan rekreasi.
Ia membentuk sebahagian daripada strategi pertumbuhan antarabangsa yang sudah menyaksikan jenama Enterprise berkembang serata Eropah melalui perkongsian terpilih dengan pemerolehan dan syarikat tempatan yang terbaik dalam kategorinya.
Eldan ialah perniagaan Israel milik keluarga dengan rekod prestasi pertumbuhan yang kukuh melalui layanan pelanggan, dan ia berkongsi wawasan Enterprise untuk hanya menyokong pertumbuhan mampan dan bertanggungjawab. Perkhidmatan sewa kereta syarikat itu banyak digunakan oleh penyewa perniagaan dan pengguna tempatan serta pengunjung yang datang ke negara itu.
Ditubuhkan pada tahun 1967, ia merupakan peneraju unggul dalam pasaran upah dan sewa kereta Israel, dengan jumlah kenderaan sebanyak 30,000 kenderaan dengan 25 cawangan syarikat sewa, termasuk kehadiran di hab perjalanan strategik di serata negara.
Sebagai lokasi beberapa Tapak Warisan Dunia UNESCO, Israel ialah destinasi budaya utama untuk pengunjung antarabangsa. Israel juga merupakan pusat yang penting untuk perniagaan teknologi dan menempatkan bilangan syarikat yang tersenarai dalam NASDAQ yang paling banyak di luar Amerika Utara.
Peter A. Smith, naib presiden pemfrancaisan global Enterprise, berkata: "Persetujuan francais kami dengan Eldan adalah yang pertama dalam siri perhubungan besar yang bakal menyaksikan jenama Enterprise Rent-A-Car memperluaskan jejaknya ke dalam pasaran perniagaan penting dan pasaran pelancongan riadah memuncul di seluruh Timur Tengah. Ini merupakan hab yang semakin penting bagi pengembara global.
"Nilai keluarga dan komitmen Eldan untuk kualiti perkhidmatan paling tinggi memastikan pelanggan kami akan mengalami tahap perhatian untuk layanan pelanggan yang kini diiktiraf sebagai tanda pengenalan kami di seluruh negara Amerika serta Eropah.
"Perkongsian ini membawa pilihan segar untuk pelanggan kami, kakitangan kami dan rakan kongsi francais baharu kami. Status Israel sebagai negara perdagangan besar di seluruh dunia bersamaan dengan peluang yang lebih baik untuk semua."
En. Shay Dahan, Ketua Pegawai Eksekutif Eldan, berkata: "Kerjasama kami dengan Enterprise membuka pintu untuk Eldan menjadi sebahagian daripada rangkaian global yang berjaya, dengan cita-cita untuk berkembang dengan memberikan perkhidmatan cemerlang, dengan memberi respon terhadap keperluan pelanggan dan membawakan skop antarabangsa kepada pasukan kakitangan yang bermotivasi.
"Israel memang sudah menjadi salah satu destinasi warisan paling penting di dunia, menarik kehadiran ramai pengunjung. Sepanjang puluhan tahun kebelakangan ini, pertumbuhan komersil pantas dan gelombang syarikat permulaan teknologi tinggi telah meningkatkan permintaan dengan pantas daripada pengunjung perniagaan, yang mengunjungi Israel dan juga yang mengunjungi negara lain.
"Kami teruja dapat menyertai perniagaan yang berkembang pesat ini, membantu memacu peluang untuk ramai rakan kongsi francais kami di seluruh rangkaian perniagaan Enterprise."
Enterprise Rent-A-Car adalah sebahagian daripada Enterprise Holdings yang bertapak di St. Louis, penyedia perkhidmatan sewaan kereta terbesar di dunia. Enterprise mengendalikan operasi milikan penuh di seluruh UK, Jerman, Ireland, Perancis, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Kanada, dengan lebih 7,000 cawangan dan hampir 75,000 kakitangan seluruh dunia.
Enterprise juga mempunyai operasi yang berkembang pantas di lapangan terbang dan hab pengangkutan di seluruh dunia melalui persetujuan francais dan perkongsian dengan penyedia tempatan bebas. Ini termasuklah Portugal, Itali, Yunani, Austria, Hungary, Slovakia, Kepulauan Netherlands, Turki, Poland, Republik Czech, Brazil dan China.
Enterprise Holdings juga mengendalikan jenama National Car Rental dan Alamo Rent A Car di negara-negara Amerika, dan bersama rakan sekutunya Enterprise Fleet Management, menawarkan penyelesaian pengangkutan lengkap. Apabila digabungkan, Enterprise Holdings dan Enterprise Fleet Management – yang termasuklah perkhidmatan sewaan kereta dan perkongsian kereta, sewaan trak komersil, pengurusan kumpulan kenderaan korporat, dan jualan kereta runcit – mempunyai hasil sebanyak $15.4 bilion dan mengendalikan 1.3 juta kenderaan di seluruh dunia pada tahun fiskal 2012. Beroperasi melalui syarikat subsidiari kawasannya, Enterprise Holdings ialah syarikat sewaan kereta terbesar di dunia seperti yang diukur oleh hasil, kumpulan kenderaan, dan bilangan kakitangan. Hasil tahunan Enterprise Holdings juga meletakkannya hampir di kedudukan teratas dalam industri pelancongan, melangkaui semua syarikat kereta sewaan lain, dan kebanyakan syarikat penerbangan, kapal persiaran, hotel, pengendali lawatan pelancongan dan agensi pelancongan dalam talian.
[Siaran berita ini dan pengumuman Enterprise Rent-A-Car lain boleh didapati di bilik berita Enterprise Holdings]