RAS AL-KHAIMAH, UAE, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Al Hamra, sebuah firma pembangun dan pelaburan gaya hidup terkemuka di Ras Al Khaimah, UAE telah mengumumkan fasa kedua projek komuniti kediaman pulau yang eksklusif, Pulau Falcon dengan vila pemandangan laut individu pada harga permulaan AED6.2 juta.
Ini berikutan kejayaan jualan Fasa 1, yang terdiri daripada rumah moden yang mempunyai dua, tiga dan empat bilik tidur dengan harga bermula dari AED1.2 juta.
Fasa 2 mempunyai inventori 127 buah rumah bandar separuh bersambung yang didatangkan dengan pemandangan terusan dan vila-vila dengan pemandangan laut individu. Para pelabur boleh mendapat manfaat daripada pilihan pembayaran yang fleksibel, termasuk rancangan pendahuluan pascapenyerahan.
Pulau Falcon terletak dalam komuniti kediaman Al Hamra Village yang memenangi anugerah, yang berada di koridor pertumbuhan Ras Al Khaimah yang merangkumi dari Al Jazeera Al Hamra ke pulau Al Marjan.
Di samping seni bina ultra bergaya, ruang terbuka yang tenang dan kemudahan yang tiada tandingan, reka bentuk dan pembinaan kediaman Pulau Falcon akan mematuhi pendekatan kesedaran terhadap konsep mesra alam yang meningkatkan standard kecekapan tenaga, pemuliharaan air dan kawalan pencemaran yang tertinggi.
Ini akan dicapai melalui inisiatif mesra alam seperti penggunaan tenaga solar, memanfaatkan produk hijau yang diperakui dan penggunaan bahan dengan pelepasan rendah karbon. Setiap unit menampilkan stesen pengecasan khusus untuk kereta elektrik dan kereta bugi.
Pembinaan dijangka bermula pada bulan September 2022 dengan dijangka siap dalam masa dua tahun.
Benoy Kurien, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Al Hamra berkata: "Sambutan daripada pelabur antarabangsa yang kukuh terhadap Fasa 1 mencerminkan kualiti penawaran, pulangan jangka panjang yang dijamin oleh Pulau Falcon dan populariti Ras Al Khaimah sebagai destinasi pilihan untuk kediaman dan percutian. Kami yakin sambutan yang sama akan berlaku terhadap Fasa 2. Pembangunan yang bercita-cita tinggi ini merupakan sebahagian daripada pelan hala tuju strategik kami selama lima tahun, dari tahun 2023-2027, untuk memacu pertumbuhan yang berterusan melalui projek sejajar dengan visi untuk mewujudkan Emiriah sebagai salah sebuah destinasi pelaburan, perniagaan, kediaman dan pelancongan terkemuka."
Antara sorotan penting yang lain adalah berdekatan dengan kelab Golf Al Hamra yang bertaraf dunia dan Marina dan Kelab Pelayaran Al Hamra yang menampilkan feri ke dan dari marina di mana anda boleh meletak bot anda dan menikmati perjalanan feri untuk pulang ke rumah. Kemudahan komuniti termasuk kolam renang, gimnasium, pusat komuniti, trek berjalan kaki dan gelanggang tenis.
Ras Al Khaimah, salah satu daripada tujuh Emiriah yang membentuk UAE, kini merupakan destinasi pelancongan dan pelaburan yang paling pesat berkembang di negara ini.
Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila e-mel kepada: communications@alhamra atau hubungi 800 AL HAMRA.
Video: Pulau Falcon
Imej - https://mma.prnasia.com/media2/1862896/Falcon_Island_by_Al_Hamra.jpg?p=medium600