Direka bentuk dengan naluri untuk mengembalikan semula keriangan kepada interaksi harian. Melalui Glyph Interface, OS yang disempurnakan dan dwi-kamera 50MP luar biasa. Semuanya sangat pantas.
KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ – Hari ini Nothing memperkenalkan Phone (1) kepada rakyat Malaysia, telefon pintar pertamanya dan gerbang menuju ekosistem produk terhubung dan terbuka masa depan. Menampilkan Glyph Interface yang inovatif, dwi-kamera 50 MP, Nothing OS dipertingkat, paparan OLED 120Hz dan cipset 778G+ Qualcomm® Snapdragon™ dibina khas, Nothing Phone (1) menyampaikan kelajuan dan pengalaman lancar pada harga bermula daripada RM2399. Dengan lebih 200,000 senarai tunggu pra-pesanan serta membida lebih $3,000 USD untuk 100 unit bersiri pertama, ia merupakan salah satu produk teknologi yang paling dinanti-nantikan selama bertahun-tahun.
"Kami mereka bentuk Phone (1) sebagai produk yang kami berasa bangga untuk berkongsi bersama rakan-rakan dan keluarga," kata Carl Pei, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Nothing. "Prinsip yang mudah ini membantu kami menerokai laluan di luar kebiasaan, mengikuti naluri kami dan mencipta pengalaman yang diharapkan dapat menandakan permulaan perubahan dalam industri yang lembap."
Glyph Interface
Belum pernah ada sebelum ini, Glyph Interface ialah cara baharu untuk berkomunikasi bagi membantu meminimumkan masa menggunakan peranti. Corak cahaya unik yang diperbuat daripada 900 LED menunjukkan identiti pemanggil dan memberi isyarat pemberitahuan aplikasi, status pengecasan antara lain. Hanya pasangkan kenalan individu dengan nada dering, setiap satu dengan corak Glyph yang unik agar tidak terlepas apa-apa yang benar-benar penting.
Untuk tumpuan yang lebih senyap, ciri Flip to Glyph mencetuskan pemberitahuan senyap dengan cahaya sahaja dengan meletakkan Phone (1) dengan Glyph Interface menghadap ke atas.
Reka bentuk yang dipertimbangkan
Reka bentuk yang melangkaui permukaan. Nothing Phone (1) menampilkan bahagian belakang lutsinar dengan reka bentuk unik yang terdiri daripada lebih 400 komponen. Bingkai aluminium 100% dikitar semula membuatkannya ringan dan teguh, manakala lebih 50% daripada komponen plastik telefon ini diperbuat daripada bahan-bahan kitar semula berasaskan bio atau pasca-pengguna - peratusan yang utama dalam industri.
Gorilla® Glass 5 dwi-sisi memberi keteguhan, manakala motor getaran termaju menjadikan tindak balas sentuhan seakan-akan hidup. Bezel simetri dan bingkai aluminium menambah ciri keanggunan, keringanan dan ketahanan.
Nothing OS dipertingkat
Nothing OS hanya menyampaikan yang terbaik daripada Android. Tiada perisian remeh, hanya kepantasan semata-mata dan pengalaman pengguna yang lancar. Perkakasan dan perisian mempunyai bahasa visual tunggal, dengan widget, fon, bunyi dan latar belakang yang dipesan terlebih dahulu, kesemuanya direka bentuk secara dalaman.
Nothing Ecosystem merupakan tumpuan untuk semua teknologi kegemaran. Tiada lagi aplikasi berasingan. Kawal produk pihak ketiga daripada Tetapan Pantas Phone (1) semudah produk Nothing, bermula dengan Tesla. Buka kunci pintu, hidupkan AC, lihat jarak perbatuan yang tinggal dan banyak lagi. Lebih banyak integrasi jenama pihak ketiga akan diumumkan tidak lama lagi.
Kuasa disampaikan di mana ia paling diperlukan dengan perisian pintar yang mengetahui aplikasi yang menjadi kegemaran. Aplikasi yang paling banyak digunakan dimuatkan dengan amat pantas, manakala selebihnya dihentikan untuk menjimatkan bateri.
Paparkan koleksi NFT dan jejaki harga lantai terus daripada skrin utama Phone (1) dengan NFT Gallery.
Dwikamera termaju
Tiba masanya untuk meninggalkan apa yang diketahui bahawa lebih banyak kamera bererti foto dan video berkualiti lebih baik. Dwikamera Phone (1) mempunyai dua sensor 50 MP termaju, dengan kamera utama dikuasakan oleh Sony IMX766 utama. Apertur ƒ/1.8 yang luas, penstabilan dwi-imej dan video warna 10-bit memberikan segala-gala yang diperlukan oleh pengguna untuk mengambil gambar kandungan yang luar biasa stabil, seakan-akan hidup dan terperinci dengan cemerlang. Ciri-ciri pintar seperti Mod Malam dan Pengesanan Pemandangan menyesuaikan tetapan yang sempurna untuk setiap bingkai, melaksanakan tugas untuk pengguna.
Tetapkan Glyph Interface kepada kecerahan penuh dan terangi subjek dekat dengan cahaya yang lembut. Ia merupakan lampu-cincin mudah alih, tanpa ketajaman denyar.
Paparan yang indah
1 bilion warna. Setiap warna, benar-benar hidup dengan begitu hebat melalui paparan OLED 6.55" dan HDR10+. Warna diperkaya dan kontras lebih mendalam ditalakan untuk setiap pemandangan. Kadar segar semula 120Hz adaptif memastikan interaksi responsif yang sangat menarik sambil menjadi cekap-kuasa dengan penuh keyakinan.
Prestasi berkuasa
Di sebalik kelajuan memeranjatkan daripada Phone (1) ialah cipset 778G+ Qualcomm® Snapdragon™ yang berkuasa dan andal, dibuat khas untuk Nothing bagi merangkumkan fungsi tanpa wayar dan pengecasan balikan. Menyampaikan grafik luar biasa dan ciri-ciri kamera termaju, kesemuanya dipercepatkan oleh 5G. Mod Permainan memadankan secara tepat bunyi dengan grafik dan meminimumkan pemberitahuan demi pengalaman permainan yang imersif dan menawan hati.
Cas dengan pantas dan cas secara tanpa wayar. Dapatkan 18 jam penggunaan dengan setiap pengecasan dan dua hari dalam keadaan tunggu sedia. Capai 50% kuasa hanya dalam 30 minit pengecasan. Berikan kuasa kepada aksesori seperti Nothing Ear (1) dengan pengecasan balikan 5W. Gegelung pengecasan Glyph menyala untuk menunjukkan pengecasan balikan sedang berjalan.
Pelancaran Terhad Crossover mendapat Sambutan Besar-besaran
Nothing berkolaborasi dengan Crossover sebagai sebahagian daripada program pelancaran terhad yang disertai oleh gedung-gedung gaya hidup butik fesyen premium yang lain di seluruh dunia seperti Selfridges, GQ, Lane Crawford, Eslite, Carnival, Commonwealth dan Limited Edt. Walaupun menjadi yang pertama seumpamanya untuk Crossover, barangan di Crossover habis terjual dalam 15 minit pertama setelah dilancarkan sejurus tengah malam pada 18 Julai.
Meraikan kerja berpasukan yang berjaya ini dan bagi memperingati kolaborasi lancar antara seni dan sains, intipati reka bentuk Crossover dapat dilihat secara kreatif dalam acara pelancaran Nothing Phone (1) di Sentul Depot pada 20 Julai.
Kedai Timbul di The Starhill
Melanjutkan lagi pengalaman kepada peminat teknologi, Nothing menjemput pengguna/sesama rakyat Malaysia ke kedai timbulnya yang diadakan di The Starhill mulai 21- 25 Julai untuk tempahan awal dengan penghantaran yang amat pantas dijadualkan pada 1 Ogos.
Harga dan ketersediaan
Phone (1) boleh didapati dalam warna putih dan hitam, dengan dua model untuk dipilih: 8GB/256GB berharga RM 2,399 dan 12GB/256GB berharga RM2,699 (tersedia pada pertengahan Ogos dan seterusnya).
Nothing Phone (1) memulakan ketersediaan seluruh negaranya pada 1 Ogos melalui gedung e-dagang utamanya di Lazada dan Shopee serta para peruncit barangan elektronik seperti SenQ, SenHeng, TMT, Direct D dan Satu Gadget.
Senarai penuh spesifikasi dan ciri-ciri boleh ditemui di nothing.tech. Untuk tetap mendapat perkembangan terkini mengenai semua maklumat terkini, sila ikuti Nothing di Instagram, Discord dan Twitter, atau langgan surat berita.
Latar Belakang Nothing
Nothing berada di sini untuk menjadikan teknologi menyeronokkan semula. Bagi menginspirasikan daya kreativiti dan membina masa depan bersama-sama komuniti. Dengan mencipta sebuah ekosistem dengan produk teknologi yang ikonik dan terhubung, Nothing bertujuan untuk membawakan kembali kesenian dan keghairahan ke dalam industri ini. Pada tahun 2021, Nothing melancarkan ear (1) yang telah terjual melebihi 560,000 unit setakat ini.
Berpangkalan di London, Nothing ialah sebuah syarikat milik persendirian dengan sokongan daripada GV (dahulunya Google Ventures), EQT Ventures, C Ventures dan pelabur-pelabur persendirian yang lain termasuk Tony Fadell (Prinsipal di Future Shape & pencipta iPod), Casey Neistat (personaliti YouTube dan Pengasas Bersama Beme) dan Kevin Lin (Pengasas Bersama Twitch).