omniture

PSP Investments Melantik Deborah K. Orida sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

PSP Investments
2022-07-22 20:22 104

MONTRÉAL, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah Public Sector Pension Investment Board (PSP Investments) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa, selepas melakukan carian global yang menyeluruh dan teliti, ia telah melantik Deborah K. Orida sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang akan berkuat kuasa pada 1 September 2022.

Cik Orida mempunyai 25 tahun pengalaman dalam industri pelaburan serta kewangan dan jawatan terbaru yang telah dijawat beliau sebelum ini ialah Pengarah Urusan Kanan, Ketua Global Aset Nyata & Ketua Pegawai Kelestarian di Canada Pension Plan Investment Board (CPP Investments) di mana beliau mengetuai jabatan Aset Nyata global yang merangkumi Infrastruktur, Tenaga Lestari, Hartanah, Pelaburan Lestari dan Penciptaan Nilai Portfolio. Beliau akan menggantikan Encik Neil Cunningham yang dilantik menjadi Naib Pengerusi dan Penasihat Khas kepada Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif yang berkuat kuasa pada 1 September 2022 serta akan menyokong proses peralihan ini sehingga beliau bersara, berkuat kuasa pada 31 Mac 2023.

"Prestasi kewangan PSP Investments yang kukuh menunjukkan bahawa organisasi ini berada pada kedudukan yang baik untuk peralihan kepemimpinan yang berkesan," kata Martin J. Glynn, Pengerusi Lembaga Pengarah PSP Investments. "Dalam membuat keputusan ini, Ahli Lembaga Pengarah sebulat suara bersetuju bahawa Cik Orida layak untuk memimpin PSP Investments menuju ke fasa seterusnya bagi evolusi pertumbuhan dan strategiknya. Bagi pihak rakan sekerja Lembaga Pengarah saya dan semua pekerja PSP Investments, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Neil Cunningham atas sumbangan beliau yang amat besar serta untuk memastikan proses peralihan yang lancar dan tanpa gangguan."

"Saya amat berbesar hati dengan pelantikan ini," kata Deborah K. Orida, bakal Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PSP Investments. "PSP Investments ialah sebuah organisasi global dengan rekod prestasi yang terbukti dan pangkalan bakat yang kukuh. Ini merupakan suatu keistimewaan yang luar biasa kerana diberi peluang untuk memimpin salah sebuah pengurus pelaburan pencen terbesar dan paling pesat berkembang di Kanada pada waktu yang penting ini. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan PSP Investments yang luar biasa untuk terus bertindak balas terhadap peluang pasaran serta menjana pulangan yang kukuh kepada para penyumbang dan benefisiari sepanjang tempoh pelaburan jangka panjang. Secara peribadinya, saya dan keluarga teruja untuk berpindah ke Montréal tidak lama lagi serta menyelami budaya dan komuniti bandar ini."

PSP Investments telah mencatatkan pulangan sebanyak 10.9% dalam tahun fiskal 2022 ketika aset di bawah pengurusan meningkat sebanyak 12.7% kepada $230.5 bilion. Pada awal tahun ini, pengurus pelaburan pencen itu juga telah melancarkan strategi iklim sulungnya dengan sasaran untuk membimbing tindakan iklim dan pengurangan pelepasan.

Tentang PSP Investments
Public Sector Pension Investment Board (PSP Investments) ialah salah sebuah pengurus pelaburan pencen terbesar di Kanada dengan aset di bawah pengurusan bersih bernilai $230.5 bilion setakat 31 Mac 2022. Ia menguruskan pelbagai portfolio global yang terdiri daripada pelaburan dalam pasaran modal, ekuiti persendirian, hartanah, infrastruktur, sumber asli dan pelaburan kredit. Ditubuhkan pada tahun 1999, PSP Investments mengurus dan melabur jumlah yang dipindahkan kepadanya oleh Kerajaan Kanada untuk pelan pencen bagi Perkhidmatan Awam persekutuan, Angkatan Tentera Kanada, Polis Berkuda Diraja Kanada dan Pasukan Simpanan. Beribu pejabat di Ottawa, PSP Investments mempunyai pejabat perniagaannya yang utama di Montréal dan pejabat lain di New York, London dan Hong Kong. Untuk maklumat lanjut, sila layari investpsp.com atau ikuti kami di Twitter and LinkedIn.

Maria Constantinescu, PSP Investments, Telefon: (514) 218-3795, E-mel: media@investpsp.ca

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1864222/PSP_Investments_PSP_Investments_Appoints_Deborah_K__Orida_as_Pre.jpg?p=medium600

 

 

Source: PSP Investments
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements