omniture

23 pengeluar guna pakai 600W+ tatkala kapasiti wafer, sel dan modul 210 mencapai 80%

TrendForce
2022-07-22 23:20 947

CHANGZHOU, China, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Laporan TrendForce EnergyTrend bagi Suku Kedua 2022 menyatakan bahawa 56 pengeluar sel, menyumbang kira-kira 80% daripada semua pembuat sel, kini boleh mengeluarkan sel 210mm, menunjukkan pertumbuhan 51% berbanding tahun sebelumnya. Tambahan pula, 23 pembuat modul kini telah mengguna pakai teknologi 600W+.

Memandangkan kos polisilikon terus meningkat, keperluan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan menambah baik IRR dalam projek-projek telah menjadi lebih mendesak berbanding sebelum ini. Produk-produk PV besar dan berkuasa ultra-tinggi berkembang dengan pesat lantaran kuasa yang tinggi, kecekapan, keandalan dan faedah-faedah kos yang besar. Ia kini menyumbang sebanyak 80% daripada kapasiti dan penghantaran wafer, sel dan modul, seterusnya menjadi aliran utama pasaran.

Untuk memuat turun laporan penuh, sila semak: https://static.trinasolar.com/sites/default/files/Outlook_Large-Sized_Wafers_Cells_and_Modules_2022-final.pdf

Trend: 23 perniagaan mengguna pakai 600W+ memandangkan modul berkuasa tinggi menjadi tumpuan tender

Angka-angka tender TrendForce menunjukkan bahawa nisbah modul-modul 182 & 210mm (termasuk 210R) besar yang dibeli dan digunakan meningkat dengan ketara. Satu analisis terhadap tender modul PV 89.4GW yang diumumkan menunjukkan bahawa kira-kira 72.2GW (77%) daripadanya tidak mempunyai keperluan saiz tertentu dan hanya mahukan kuasa 530W dan ke atas. Tender 17.2GW mempunyai keperluan saiz modul tertentu, yang mana variasi besar (182 & 210mm) menyumbang sebanyak 13.97GW, atau 81.2%. 

Modul-modul berkuasa tinggi yang besar menjadi aliran utama, terutamanya bagi stesen janakuasa darat. Produk-produk PV teragih besar juga dijangka berkembang dengan pesat dalam pasaran yang berkembang maju ini.

Kapasiti wafer 210mm meningkat 172%, dengan bahagian wafer bersaiz besar melebihi 80%

Kapasiti yang baru diwujudkan semasa separuh pertama tahun 2022 kebanyakannya serasi dengan wafer 182 & 210mm besar. Tinjauan TrendForce EnergyTrend menunjukkan wafer besar (182 & 210mm) mencapai kapasiti 422.6GW pada tahun ini, dengan nisbah 83.1%, yang mana wafer 210mm menyumbang sebanyak 164GW (32.25%), meningkat 172% (60.1GW pada tahun 2021) berbanding tahun sebelumnya. Wafer besar (182 & 210mm) akan memperoleh bahagian pasaran 89.97% menjelang tahun 2023, 210mm menyumbang sebanyak 274.6GW, atau 46.35%. 

Kemajuan yang dibuat dalam penipisan wafer telah melangkaui jangkaan awal, lantas menghasilkan pengurangan yang cukup besar dalam penggunaan wafer. Perniagaan yang berdepan dengan harga bahan mentah yang luar biasa tinggi sentiasa mengurangkan penggunaan wafer dengan beralih pantas daripada 165μm kepada 160/155μm dan akan meneruskan langkah ke arah 150μm. Justeru itu, penggunaan wafer dijangka akan menurun daripada 2.7-2.8g/W pada tahun 2021 kepada kira-kira 2.6g/W. 

80% perniagaan dapat mengeluarkan sel 210mm di bawah lelaran dipercepatkan antara kapasiti lama dan baharu

Penggunaan sel-sel 182 & 210mm (termasuk 210R) besar terus jatuh sejajar dengan penaiktarafan dan lelaran kapasiti perniagaan selain peralihan mereka dalam permintaan. Menurut kajian TrendForce, gabungan kapasiti 182 & 210mm (termasuk 210R) kini mencapai kira-kira 82.5%, manakala sel-sel besar (182 & 210mm) berkemungkinan mencapai kapasiti 593.25GW pada tahun 2023 dan jumlah kapasiti sel-sel 210mm berkemungkinan akan mencapai 380.4GW manakala bahagian pasaran mencecah 57.59%. 

Modul-modul besar menyumbang sebanyak hampir 80% penghantaran pada Suku Pertama 2022 

Pembuat-pembuat modul utama menjana gabungan penghantaran sebanyak 34.31GW pada Suku Pertama tahun 2022, modul-modul besar (182 & 210mm) menyumbang kira-kira sebanyak 27.26GW, atau 79%. Permintaan yang semakin menurun untuk M6 dan modul-modul lebih kecil ditunjukkan dalam pengambilan bagi penghantaran modul-modul besar. Pembuat-pembuat modul utama dijangka menghantar sejumlah 203-230GW sepanjang tahun 2022 manakala penghantaran modul 210mm (termasuk 210R) akan meningkat dengan pesat.

Teknologi 210 + Jenis-N sudahpun dalam perjalanan

Memandangkan PERC mencapai titik potong peningkatan kecekapan sementara kos bahan, pengangkutan dan tanah meningkat, penambahbaikan selanjutnya dalam kecekapan penukaran, pengurangan kos sistem dan pemecutan dalam lelaran dan penaiktarafan untuk teknologi jenis-N menjadi penting untuk perniagaan PV yang ingin mencapai kelebihan daya saing. Justeru itu, produk 210mm muncul dan penambahan sebarang teknologi canggih dapat dilakukan hasil daripada ciri keterbukaan dan keserasian yang luas.

Bulan lalu, Trina Solar mengumumkan pengembangan kapasiti di Loji Xining, memfokuskan kepada teknologi jenis-N dan 210 yang baharu, yang akan membolehkan syarikat mencipta nilai dipertingkat untuk pelanggan sebagai pembekal utama untuk bahan-bahan utama. Output kuasa modul dijangka akan mencapai 700W dan ke atas dengan kombinasi teknologi jenis-N dan 210.

Kolokasi produk bersaiz besar dan teknologi canggih telah membuka ruang tambahan untuk peningkatan kecekapan dan pengurangan kos. 210mm + jenis-N terus mengoptimumkan LCOE. Ia juga mungkin meningkatkan lagi nisbah PV dalam tenaga boleh diperbaharui dan berfungsi sebagai punca untuk mencapai matlamat puncak dan keneutralan karbon.

 

Source: TrendForce
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities Survey, Polls & Research