omniture

Huawei: Membentuk Kewangan Lebih Pintar, Lebih Hijau Secara Bersama

Huawei
2022-07-22 23:25 972

SINGAPURA, 22 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Tanggal 20 Julai, Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2022 selama tiga hari bermula secara rasmi di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands. Di bawah tema "Membentuk Kewangan Lebih Pintar, Lebih Hijau", sidang kemuncak berkenaan menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka industri kewangan, KOL, pakar-pakar akademik dan pengamal-pengamal inovatif dari lebih 30 negara di serata dunia untuk berbincang tentang pembangunan masa depan dalam industri kewangan, meneroka bagaimana untuk membina kewangan yang lebih pintar dan lebih hijau secara bersama.

Huawei mencadangkan tiga elemen teras untuk mencapai daya saing dalam industri kewangan, sejurus ketibaan era pendigitalan super

Dengan dunia pintar terhubung sepenuhnya yang bakal muncul, baik ekonomi mahupun masyarakat mengalami transformasi ke arah dua trend utama iaitu pendigitalan dan pembangunan mampan. Dalam menghadapi senario perkhidmatan kewangan dan model perniagaan yang berubah-ubah dalam era digital, industri kewangan dihadapkan dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap inovasi perniagaan yang pesat dan pengalaman pelanggan unggul, yang mempercepatkan lagi kadar transformasinya. Bagi menangani sifat transformasi digital yang rumit dan dinamik, industri kewangan perlu membina semula daya saing terasnya di tengah-tengah era digital bagi merealisasikan visi kewangan pintar.

"Sambungan lebih baik, kecerdasan lebih kukuh dan lebih banyak senario merupakan kunci untuk membina daya saing kewangan digital," Ryan Ding, Presiden Huawei Enterprise BG menyatakan, "Mengikuti konsep penciptaan bersama, perkongsian dan saling menguntungkan, kami bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi kami untuk mencari jalan ke arah Membentuk Kewangan Lebih Pintar, Lebih Hijau, Mencipta Nilai Baharu Secara Bersama."

Huawei mengumumkan tiga inisiatif strategik, memajukan pendigitalan industri kewangan dalam era baharu.

Jason Cao, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Global Digital Finance berkata dalam ucapan beliau, "Teknologi, terutamanya sambungan dan kecerdasan, terus memacu pembangunan industri kewangan. Pada tahun 2022, kita telah melangkah secara rasmi ke era ZFLOPS untuk kuasa pengkomputeran AI. Dengan pembangunan AI, kita akan mendepani pemperibadian super. Menjelang tahun 2025, lebih daripada 100 bilion sambungan fizikal akan membawa kepada perkhidmatan kewangan untuk 'benda'. Pada masa akan datang, kontrak pintar akan mengupayakan pembuatan keputusan yang bijak dapat dilakukan di mana-mana. Model perkhidmatan dan produk baharu akan muncul satu demi satu. Walau bagaimanapun, pengalaman pengguna hujung-ke-hujung, pemprosesan data besar-besaran pada waktu sebenar serta O&M dan pengurusan rangkaian yang lebih rumit dan berbilang awan kesemuanya akan menjadi cabaran untuk industri kewangan. Kita berhadapan dengan peluang dan juga cabaran."

Jason Cao, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Global Digital Finance
Jason Cao, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Global Digital Finance

Bagi membina kewangan lebih pintar dan lebih hijau berdasarkan kepada sambungan lebih baik, kecerdasan lebih kukuh dan lebih banyak senario, Huawei mengumumkan tiga inisiatif strategik untuk sektor kewangan semasa sidang kemuncak tersebut.

  1. Lebih pintar: penyelesaian penglibatan pelanggan yang lebih pintar untuk meningkatkan pengalaman digital; data dan platform tertumpu pintar bagi membina keupayaan data waktu sebenar; seni bina berbilang awan hibrid untuk menjadikan pengurusan silang-awan lebih mudah dan perkhidmatan lebih tangkas.
  2. Lebih hijau: infrastruktur digital berautonomi bagi membantu institusi-institusi kewangan mencapai kecekapan, ketersediaan dan prestasi tinggi serta memudahkan kolaborasi berbilang teknologi, teknologi heterogen dan berbilang awan hibrid.
  3. Secara Bersama: Membina platform kerjasama ekosistem global dan mencadangkan tiga inisiatif dinaik taraf untuk Financial Partner Go Global Program 2.0 (FPGGP): membangunkan lebih ramai rakan kongsi penyelesaian; meluaskan FPGGP kepada rakan kongsi perundingan dan perkhidmatan global; membangunkan rakan kongsi jualan dan perkhidmatan tempatan bagi menyediakan penyelesaian FPGGP di kawasan setempat.

Bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi global, membentuk kewangan lebih pintar dan lebih hijau

Semasa berlangsungnya sidang kemuncak tersebut, Huawei dan DBS mengumumkan penubuhan Pameran Inovasi di DBS Newton Green.

Huawei turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan OCBC Bank untuk memperkukuh transformasi digital bank di Asia Tenggara dan Kawasan Teluk Lebih Besar menerusi tiga inisiatif penting: Cawangan dan Bangunan Hijau dengan IoT Pintar; Inovasi Sains Data dan Kecerdasan Buatan (AI) serta Pemecutan Penerimaan Awan.

Sementara itu, Huawei melancarkan Penyelesaian Perbankan Digital 2.0 yang memanfaatkan platform terbuka Temenos. Penyelesaian tersebut menyokong pelancaran pantas bank-bank digital dan membantu bank-bank lebih besar mempercepatkan pemodenan mereka dalam awan. Ini benar-benar meningkatkan kecekapan pelancaran dan juga kepuasan pelanggan.

Pada beberapa hari akan datang, Huawei akan menandatangani beberapa perjanjian kerjasama dengan beberapa institusi kewangan dan memperkenalkan pelbagai jenis produk dan penyelesaian yang dicipta bersama rakan kongsi, meliputi pelbagai senario perniagaan.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news