![]() |
SHANGHAI, 23 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah wadah utama untuk perolehan, promosi pelaburan, pertukaran budaya dan kerjasama terbuka antarabangsa, Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) telah diadakan dengan jayanya selama empat tahun berturut-turut dan dianggap secara meluas sebagai kepentingan awam antarabangsa dan sistem perdagangan multilateral, serta penggerak penting untuk membina sebuah ekonomi dunia terbuka dan komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk manusia.
Sejak penubuhannya pada tahun 2018, CIIE telah berkembang dari segi skala dan pengaruh. Kawasan pameran perniagaannya bertambah luas daripada 270,000 meter persegi pada tahun 2018 kepada 366,000 meter persegi pada tahun 2021. Pempamer pada empat CIIE yang lalu telah melancarkan lebih 1,500 produk, teknologi dan perkhidmatan baharu serta memperoleh urus niaga tentatif bernilai melebihi $270 bilion.
Ketika CIIE memasuki tahun kelimanya, pempamer multinasional terus menyuarakan harapan untuk mengambil bahagian dalam edisi tahun ini pada bulan November.
Dalam sebuah majlis dalam talian yang diadakan baru-baru ini, lebih 30 buah syarikat terkemuka dan institusi telah menandatangani perjanjian untuk menyertai CIIE kelima yang menunjukkan sikap optimis mereka terhadap pasaran China.
Marc-Antoine Jamet, Setiausaha Agung LVMH, menganggap China sebagai sebuah pasaran yang sibuk, besar dan berkembang pesat serta merupakan sumber inspirasi utama kumpulan tersebut pada majlis yang diadakan. Beliau menambah bahawa penganjuran CIIE yang dijadualkan dalam suasana COVID-19 memaparkan keyakinan China dan prospek ekonominya yang cerah.
Antara perusahaan yang mengikat kontrak ini bukan sahaja syarikat yang mempunyai hubungan yang lama dengan China dan CIIE seperti LVMH, Bristol-Myers Squibb dan Marubeni, malah pendatang baharu seperti Gilead Science, Rio Tinto dan BHP Billiton.
Setakat ini, lebih 80 peratus kawasan pameran perniagaan yang dirancang telah ditempah dan lebih 260 buah syarikat Fortune Global 500 serta industri terkemuka bakal menyertai ekspo ini.
Banyak negara yang telah mengesahkan penyertaan mereka dalam pameran negara ini, manakala Laporan Keterbukaan Dunia dan Indeks Keterbukaan Dunia yang baharu akan dilancarkan di Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao, yang merupakan bahagian utama ekspo ini.
Dengan begitu banyak syarikat yang menunjukkan minat mereka, ruang pameran akan dipenuhi dengan pantas. Pastikan anda mendaftar untuk edisi kelima ini sebelum tarikh tamat! Klik di sini untuk mendaftar: https://www.ciie.org/exhibition/f/book/register?locale=en.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1864544/5th_CIIE.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1077995/CIIE_Logo.jpg?p=medium600
Hubungan:
Nie Qingxin
Tel.: 0086-21-67008870/67008988