omniture

Huawei Lancar 6 Penyelesaian Storan Khusus-Senario untuk Kewangan

Huawei
2022-07-25 07:46 191

SINGAPURA, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2022, Huawei melancarkan enam penyelesaian storan khusus-senario untuk industri kewangan, bagi membantu pelanggan kewangan membina asas storan yang bertumpukan data dan boleh dipercayai.

Dr. Peter Zhou, President of Huawei IT product line
Dr. Peter Zhou, President of Huawei IT product line

Semasa menyampaikan ucapan dasar beliau, Dr. Peter Zhou, Presiden barisan produk IT Huawei menjelaskan bagaimana data menjadi pemangkin untuk memacu inovasi dalam bidang kewangan. Beliau turut menyebut empat cabaran utama storan data:

  • Aplikasi data baharu dihasilkan secara berterusan, berkembang daripada aplikasi pangkalan data tradisional menjadi pangkalan data teragih, data raya dan aplikasi AI.
  • Pertumbuhan data yang amat besar memerlukan analisis dan pemprosesan data pada masa sebenar yang lebih pantas.
  • Ekoran impak bencana dan serangan virus kepada kerugian ekonomi, perlindungan data menjadi amat penting.
  • Teknologi hijau dan cekap tenaga ialah sesuatu yang perlu dimiliki untuk storan era baharu.

Huawei memfokuskan kepada enam senario data penting termasuk pengeluaran & transaksi, analisis data, perlindungan data dan membangunkan storan inovatif yang berfungsi sebagai asas data yang andal dan cekap untuk pelanggan kewangan.

Pemecutan Pengeluaran dan Transaksi 

Storan denyar-penuh OceanStor Dorado meningkatkan keupayaan NAS mahupun SAN, mencapai kependaman hanya 0.05 ms bagi mempercepatkan perkhidmatan perbankan teras sebanyak tiga kali ganda dan pemprosesan fail kecil besar-besaran semasa pertukaran data sebanyak 100%.

Pemecutan Analisis Data 

Storan HDFS OceanStor Pacific mengguna pakai seni bina pengkomputeran-storan nyahganding yang mana ia menyokong penumpuan format data secara inovatif untuk tasik dan gudang. Ini membolehkan data disoal serta-merta selepas diimport ke tasik, lalu membolehkan analisis data raya waktu sebenar daripada T+1 (hari ini + 1 hari) kepada T+0 dengan TCO terendah bagi membantu pengendali membuat keputusan yang cekap dan bermaklumat.

Perlindungan Data Semua-Senario 

OceanStor Dorado menyokong penyelesaian aktif-aktif SAN & NAS bersepadu yang pertama seumpamanya; storan sandaran OceanProtect memberikan lebar jalur sandaran 3x lebih tinggi dan lebar jalur pemulihan 5x lebih tinggi, memendekkan tetingkap sandaran dengan ketara; dan penyelesaian storan perlindungan perisian tebusan meliputi kedua-dua storan utama dan sandaran untuk melindungi secara komprehensif daripada ancaman perisian tebusan.

Pengurusan Automatik 

Enjin Pengurusan Data (DME) pintar mengautomasikan seluruh kitaran hayat data. Bermula daripada perancangan, penggunaan, O&M hingga pengoptimuman, seluruh proses divisualisasikan, boleh dikawal dan boleh dikesan, lalu meningkatkan kecekapan sumber sebanyak 20% dan mengurangkan OPEX.

Storan Platform Awan VMware 

OceanStor Dorado dapat diintegrasikan dengan platform awan VMware bagi menyediakan peruntukan sumber automatik E2E dan O&M terpusat. Ia turut memberikan 99.99999% ketersediaan dan 0.05 ms kependaman ultra-rendah bagi memudahkan penghijrahan awan bagi data kewangan yang lancar.

Storan Bekas

OceanStor Dorado NAS menyahganding aplikasi dalam bekas daripada storan bagi memudahkan pengembangan atas permintaan sumber-sumber pengkomputeran dan storan. Faedah-faedah lain termasuk 10x prestasi lebih tinggi untuk fail kecil besar-besaran, perkongsian data silang-nod dan 30% penjadualan sumber yang lebih pantas berbanding penanda aras industri.

Dr. Peter Zhou menekankan kepentingan storan yang andal dalam dunia digital. Beliau berkata, "Kita sedang menyambut era data 'yottabyte' yang mana lebih banyak aplikasi data dikeluarkan dan lebih banyak data dihasilkan. Storan data Huawei akan membantu pelanggan kewangan membina asas storan bertumpukan data dan boleh dipercayai untuk memacu transformasi digital."

Klik di sini untuk membaca bagaimana penyelesaian storan Huawei mentransformasikan sektor kewangan.

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Financial Technology