BAODING, China, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 5 Julai waktu Brazil, Hamilton Mourão, Naib Presiden Brazil, melawat kilang Brazil GWM di Iracemápolis dan memberi pujian tinggi ke atas Teknologi Hibrid Khusus (DHT) L.E.M.O.N.
Nelita Michel, Datuk Bandar Iracemápolis, turut menghadiri aktiviti lawatan ini. Di tapak kilang tersebut, pakar-pakar teknikal memperkenalkan teknologi pintar dan tenaga baharu GWM yang terkemuka kepada pengunjung, terutamanya DHT L.E.M.O.N. yang unik. Kemudian, pasukan Brazil GWM memberi pengenalan yang komprehensif tentang perancangan pelaburan dan susun atur keseluruhan GWM di Brazil.
"Kita telah melangkah ke era ekonomi pengetahuan. Justeru itu, kemajuan teknologi inilah yang akan menjadi ikut-ikutan dari segi peningkatan KDNK mana-mana negara dan Brazil perlu melangkah ke arah berkenaan. Ini akan mencipta peluang pekerjaan yang berkualiti dan membawa lebih banyak inovasi. Hari ini, saya melihat masa depan itu di sini," kata Mourão.
Pada hari tersebut, beliau turut mengalami prototaip HAVAL H6 yang dilengkapi dengan rangkaian kuasa DHT L.E.M.O.N. dan memberi ulasan yang positif tentang kereta tersebut.
"Kereta tersebut hebat. Namun, ia bukan sekadar isu elektrik. Paling penting ialah teknologi yang terbenam di dalamnya ialah teknologi termaju. Ia berfungsi lebih daripada enjin di dalamnya," kata Mourão.
Sebelum aktiviti ini, GWM mengadakan salon media pertama tentang DHT L.E.M.O.N. melalui strim langsung. Banyak media Brazil menunjukkan semangat dan perhatian yang tinggi terhadap teknologi ini.
"GWM ialah salah satu pengeluar kereta persendirian yang terbesar di China dengan kenderaan hibrid dan elektrik terbaik di dunia," ulas TAKATA Car Xperience, media ulasan auto profesional Brazil.
DHT L.E.M.O.N. ialah sistem hibrid petrol-elektrik berintegrasi tinggi, berkecekapan tinggi, berbilang mod. Mengguna pakai teknologi hibrid dwi-motor dengan enjin hibrid yang cekap, teknologi ini mengekalkan keseimbangan kecekapan-prestasi yang optimum pada kelajuan dan dalam senario.
Kenderaan yang dilengkapi dengan teknologi ini, seperti model HAVAL H6 yang dilancarkan dalam pasaran Thailand boleh melakukan penukaran pintar berasaskan senario yang bukan sahaja mencapai penggunaan bahan api yang rendah tetapi juga prestasi yang tinggi. Dalam keadaan operasi bandar, sistem ini boleh bertukar dengan pintar antara mod EV dan mod siri yang dapat menghasilkan kecekapan kuasa. Selain itu, dalam keadaan kerja berkelajuan tinggi, enjin, motor pemanduan dan penjana akan saling berfungsi pada beban penuh bagi memberi kuasa dengan cekap kepada kenderaan.
Model-model ini dapat merangkumi pelbagai bidang mobiliti yang dapat membawakan kepada pengguna dengan penggunaan bahan api yang lebih rendah, kuasa yang lebih kuat serta pengalaman pemanduan yang lebih selesa.
Ketika ini, HAVAL H6 yang dilengkapi dengan DHT L.E.M.O.N. telahpun meraikan jumlah jualan yang luar biasa dalam beberapa pasaran. Menurut Ai iT, outlet media Thai, jumlah jualan HAVAL H6 HEV telah menduduki tempat pertama dalam kategori SUV kompak NEV selama enam bulan berturut-turut pada separuh pertama tahun 2022 dalam pasaran Thailand.
Dalam masa terdekat, model-model yang dilengkapi dengan teknologi ini dijangka menemui lebih ramai pengguna global dalam banyak pasaran, menawarkan kepada mereka dengan pengalaman pemanduan serba baharu yang dibawa oleh DHT L.E.M.O.N. yang futuristik.