omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Perbankan Digital 2.0 Manfaatkan Platform Temenos

Huawei
2022-07-25 08:31 127

SINGAPURA, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2022 — Huawei, melancarkan penyelesaian Perbankan Digital 2.0 yang memanfaatkan platform terbuka Temenos dan berbincang dengan para pelanggan serta rakan-rakan kongsi terkemuka dalam industri kewangan bagaimana untuk membina seni bina natif-awan bagi mencapai ketangkasan perniagaan dan inovasi industri.

Perbankan digital ialah trend global 

Dalam menghadapi persaingan yang sengit dengan syarikat-syarikat gergasi Internet, bank-bank mengalami transformasi daripada penyedia perkhidmatan kewangan tradisional kepada bank-bank yang menyediakan perkhidmatan kewangan digital baharu berdasarkan kepada ekosistem industri. Teknologi-teknologi baharu — seperti natif-awan, API terbuka dan data raya — selain persekitaran ekonomi baharu telah memacu perbankan digital untuk bersifat terbuka, pintar dengan keupayaan integrasi yang lancar.

Bank-bank perlu beralih kepada digital bagi memenuhi pelbagai keperluan baharu dalam senario baharu dan perbankan digital merupakan pilihan yang tidak dapat dielakkan. Sesungguhnya, bank-bank digital global telah mengalami pertumbuhan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Menurut statistik daripada pangkalan data bank baharu Simon-Kucher, 153 bank digital telah muncul pada tahun 2020 serta 2021 dan angka ini akan terus meningkat pada masa akan datang.

Huawei melancarkan Penyelesaian Perbankan Digital 2.0 memanfaatkan platform terbuka Temenos yang menyokong transformasi seni bina bank dan inovasi perniagaan

Jason Cao, CEO of Huawei Global Digital Finance & Jimmy Ng, CIO and Head of Group Technology & Operations, DBS
Jason Cao, CEO of Huawei Global Digital Finance & Jimmy Ng, CIO and Head of Group Technology & Operations, DBS

Semasa berlangsungnya sidang kemuncak tersebut, Huawei melancarkan Penyelesaian Perbankan Digital 2.0 yang memanfaatkan platform terbuka Temenos. Penyelesaian Perbankan Digital yang baharu ini merupakan penyelesaian yang dinaik taraf dan menggunakan platform terbuka Temenos untuk perbankan boleh gubah bagi menyediakan fungsian perbankan teras, natif awan dan keupayaan data. Penyelesaian tersebut menyokong pelancaran pantas bank-bank digital dan membantu bank-bank lebih besar mempercepatkan pemodenannya dalam awan. Ini meningkatkan kecekapan pelancaran dan kepuasan pelanggan dengan ketara.

Penyelesaian Perbankan Digital 2.0 mengupayakan integrasi dan pelancaran perkhidmatan yang pantas berasaskan kepada seni bina natif-awan, menyediakan fungsi-fungsi teras untuk bank-bank. Penyelesaian tersebut mempunyai keupayaan penting yang berikut:

  1. Pra-integrasi. Penyelesaian yang diperakui oleh Temenos dan rakan-rakan kongsi yang lain dalam industri ini menawarkan susunan fungsi perbankan digital yang lengkap dan komprehensif untuk pelanggan dalam senario perniagaan yang berbeza seperti peruncitan, korporat, perbankan Islam, dan sebagainya.
  2. Tangkas. Penyelesaian tersebut menyediakan perkhidmatan perbankan boleh gubah yang membolehkan perkhidmatan baharu dibangunkan dan diulangi melalui pemasangan yang ringkas. Dalam masa yang sama, sistem natif-awan amat boleh diskala dan berkesan kos, yang memerlukan sedikit pelaburan awal.
  3. Terbuka. Platfom tersebut menyediakan API terbuka untuk pemanggilan dan penyepaduan pihak ketiga. Ia memperkayakan ekosistem dan menyokong lebih banyak senario perniagaan. Kesemua ini menghasilkan kecekapan operasi sistem yang lebih baik serta kepuasan pengguna.

Neo Gong, Pengarah Kanan Penyelesaian Huawei Enterprise BG Digital Finance memperkenalkan bahawa, "Perbankan Digital 2.0 dapat disampaikan melalui SaaS atau model asas awan. Penyelesaian ini membantu pelanggan meningkatkan kecekapan operasi perniagaan mereka dan pengurusan kos, agar mereka dapat memberi lebih tumpuan kepada inovasi perkhidmatan dan pembangunan ekosistem. Berdasarkan kepada kolaborasi dengan Temenos, platform terbuka yang utama untuk perbankan boleh gubah, penyelesaian ini menyediakan fungsian perbankan teras yang beraneka untuk bank-bank."

Dengan membina asas awan yang tangkas, elastik, terjamin dan andal, serta integrasi dengan rakan-rakan kongsi untuk membina penyelesaian kewangan berasaskan senario, Huawei komited untuk menggalakkan lagi pembangunan dan inovasi perkhidmatan kewangan, lalu membentuk kewangan yang lebih pintar dan lebih hijau secara bersama.

Latar Belakang Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2022

Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei merupakan acara tahunan utama Huawei untuk industri kewangan global. HiFS 2022 berlangsung mulai 20 hingga 22 Julai di Singapura. Dengan tema "Membentuk Kewangan Lebih Pintar, Lebih Hijau", Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei menghimpunkan tokoh-tokoh terkemuka, KOL, pakar-pakar akademik dan pengamal-pengamal yang inovatif dalam industri kewangan global untuk berbincang bagaimana untuk membentuk kewangan hijau dan digital berdasarkan kepada trend pembangunan masa depan industri kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/en/special_topic/Industry/finance/2022-finance-summit

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news Financial Technology