omniture

Terus Dari Kamar Steve Jobs: »Apple 1 Computer« Binaan Tangan Tulen yang Paling Lengkap di Seluruh Dunia! ...serta Ikon Lain dalam Acara Lelongan Istimewa AuctionTeamBreker (16 November 2013)

AuctionTeamBreker
2013-10-16 10:57 128

COLOGNE, Jerman, 16 Oktober 2013 /PRNewswire/ --

Rujuk silang: Gambar boleh didapati melalui agensi foto akhbar eropah epa dan boleh dimuat turun secara percuma di: http://ots.de/t4PjI

Pada bulan Mei 2013, AuctionTeamBreker dari Cologne, Jerman, menjadi tajuk berita sedunia apabila ia memecahkan rekod harga untuk satu unit »Apple 1 Computer«. Unit tulen tahun 1976 itu melangkaui semua jangkaan apabila ia dijual untuk harga sebanyak Euro 516.500 (US$ 671,400).

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131015/644379-a )

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20131015/644379-b )

Pada 16 November AuctionTeamBreker akan menawarkan satu lagi »Apple 1 Computer«, tetapi kali ini dengan kotak kadbod putih asalnya (Anggaran: Euro 250.000 - 400.000/ US$ 300,000 - 500,000). Unit itu, ditandakan dengan angka "46", berasal daripada kumpulan pertama 50 komputer oleh klien pertama Apple, the Byte Shop.

"No. 46" adalah salah satu daripada sebilangan kecil unit »Apple 1« yang masih boleh berfungsi (sila lihat YouTube/AuctionTeamBreker), serta satu-satunya unit contoh yang masih dalam kotak asalnya yang diketahui wujud! Satu gambar yang sukar didapati yang menunjukkan kamar tidur Jobs di rumah ibu bapanya menunjukkan satu susunan kotak pesanan pertama yang mirip sebanyak 50 unit.

Walaupun harga sebanyak Euro 500.000/ US$ 670,000 untuk satu komputer yang tidak mempunyai internet sekali pun mungkin kedengaran tidak masuk akal, fenomena »Apple 1« sememangnya kian hangat. Model awal »Apple Computers« telah bertukar tangan antara orang persendirian selama beberapa tahun tetapi hanya baru-baru ini mula muncul di acara lelongan awam.

Jenama Apple yang dikenali serta-merta dan kesetiaan pelanggannya untuk produknya yang terbaharu, serta yang tertua, ialah antara faktor utama yang menyebabkan harga tinggi. Walaupun »Apple 1« tidaklah cukup maju berbanding teknologi pada masa itu, ia merupakan produk pertama untuk syarikat yang paling bernilai masa kini. Boleh dikatakan ia merupakan ciptaan mereka yang paling ikonik.

Namun, terdapat faktor ketiga yang sama penting dengan dua faktor pertama tadi: nostalgia. Pengumpul cenderung meminati barangan yang mereka ingat dari zaman muda mereka, terutamanya dalam bidang yang pantas berubah seperti pengkomputeran. »Apple 1« bukan sahaja mempunyai kepentingan sejarah yang tidak dapat dinafikan sebagai salah satu komputer rumah mampu milik pertama, tetapi ia merupakan simbol ketara untuk 'Impian Amerika'; dua pelajar muda mempunyai satu idea…dan 35 tahun kemudian ia menjadi syarikat yang paling berjaya di dunia.

Namun begitu, meletakkan nilai pada ikon budaya bukanlah kerja mudah. Harga yang memecah rekod dunia terkini boleh dilihat dalam konteks barangan terkumpul ikonik zaman moden lain seperti isu pertama »Action Comics Magazine«, dari tahun 1938, yang dijual pada harga US$ 2,890,000/ Euro 2.230.000, »Barbie Doll« yang paling mahal di dunia dari tahun 1999 pada harga US$ 302,500/ Euro 268.000 atau »Leica Camera« yang paling mahal dari tahun 1955 pada harga US$ 2,184,000/ Euro 1.680.000. - Jadi apakah nilai semasa untuk satu »Apple I Computer« yang masih berfungsi dan mempunyai tandatangan Wozniak dengan perisian serta kotak asalnya? Para peminat »Apple« di seluruh dunia akan menanti di hadapan komputer bagi melayari http://www.Breker.com pada 16 November untuk mengetahuinya… Baca lebih lanjut.

Uwe H. Breker, +49-2236-38-43-420, Auction@Breker.com

Sumber: AuctionTeamBreker

Source: AuctionTeamBreker
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services