omniture

Smart Ship© Hub, platform digital Maritim B2B (SaaS) yang beribu pejabat di Singapura telah mengumpul dana pusingan prasiri sebanyak $2.5 juta yang diterajui oleh Ideaspring Capital dan StartupXseed Ventures

Smart Ship Hub
2022-07-25 10:00 45

SINGAPURA, 25 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Smart Ship Hub (SSH) ialah sebuah platform digital sedia guna untuk logistik maritim global. SSH mengubah industri maritim sama seperti apa yang dilakukan oleh avionik dalam industri penerbangan. Berasaskan awan dan permintaan, SSH menyediakan "platform bersepadu dan sumber kebenaran tunggal" untuk pemilik Kapal, Pengendali Kapal, Pihak Penyewa, syarikat insurans maritim dan pihak berkuasa Pelabuhan. Platform ini memenuhi keperluan kapal dagang, kapal tentera laut, pelantar minyak, tongkang sungai dan kapal nelayan.

Prashant ( Head Delivery), Joy Basu ( CEO), Vikram ( CTO)
Prashant ( Head Delivery), Joy Basu ( CEO), Vikram ( CTO)

Walaupun ia merupakan mod pengangkutan yang terbesar, maritim global mengalami ketidakcekapan operasi, kekurangan kebolehlihatan dan ketelusan yang membawa kepada kebocoran komersial. Pemilik, pengendali, agensi penyewaan kapal dan syarikat insurans kini menumpukan kepada proses yang lebih bijak yang disokong teknologi untuk memastikan "Masa operasi kapal yang tinggi, Kelayakan belayar di laut dan Kebolehramalan" dengan sistem digital.

Pengurusan armada berasaskan "kapal-ke-pantai dan pantai-ke-kapal" SSH menggunakan penderia pintar, IOT dan data raya mampu menjimatkan kos operasi dengan jumlah yang besar sambil mempertingkatkan kecekapan pelayaran. Platform digital ini membantu meramalkan kemungkinan masa henti jentera, kerosakan, mengenal pasti penyisihan prestasi serta laluan kapal untuk meningkatkan prestasi pelayaran dan kapal. "Marine Insights" SSH ialah sebuah platform data raya maritim yang unik yang menyediakan kecerdasan, makluman pintar dan nasihat prestasi yang boleh diambil tindakan untuk keseluruhan armada menggunakan berjuta-juta rekod.

Pelanggan global SSH dapat mencapai sasaran mereka bagi "penyelenggaraan kerosakan minimum", "penggunaan bahan api optimum", "kekal dalam pematuhan menyeluruh termasuk untuk pelepasan", "pengoptimuman kos dengan penyelenggaraan berasaskan keadaan" dan tahap "pengawalan pelayaran" yang lebih tinggi. Ciri "Nasihat Prestasi" mengurangkan bilangan insiden untuk kapal-kapal ini sambil menjimatkan kos penyelenggaraan dan bahan api. Syarikat maritim sedia pada masa hadapan membantu dalam penciptaan ekosistem terhubung: kapal terhubung, perkhidmatan berkongsi (laluan, kapasiti, perolehan) dan model "bayar bagi setiap penggunaan" dengan sistem digital SSH.

Joy Basu, Pengasas Smart Ship Hub menambah: "Platform digital akan memainkan peranan penting dalam mengubah proses legasi maritim. Aliran kerja yang tidak cekap & lama di kapal dan pesisir pantai secara beransur-ansur memberikan laluan kepada pengurusan jarak jauh secara automatik. Pembiayaan dana ini akan membolehkan kami memberikan lebih banyak nilai kepada para pelanggan kami di seluruh dunia. Kini para pelanggan akan mempunyai pusat prestasi kurungan yang hanya menggunakan sebahagian kecil daripada kos yang mereka tanggung pada hari ini. Pemilik kapal, Pengendali dan pihak Penyewa boleh mendapatkan naik taraf digital untuk mencapai "Sifar" perbelanjaan modal yang membolehkan mereka membuka sekatan terhadap modal mereka dan menaik taraf lebih banyak kapal".

Tentang Ideaspring Capital 

"Ideaspring Capital amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada pertumbuhan Smart Ship Hub dan perjalanannya ke arah menjadi platform digital pilihan untuk syarikat-syarikat maritim global. Sebagai sebuah firma modal usaha niaga, kami memberi tumpuan kepada organisasi yang terlibat dalam IOT, Pembelajaran Mesin, Pembelajaran Mendalam, Analisis Data Raya, AR, VR, Keselamatan Siber, Visi Komputer dan kami telah melihat Smart Ship memanfaatkan teknologi ini melalui platform mereka yang bertaraf dunia. Kami berasa amat kagum dengan pasukan dan produknya," kata Naganand Doraswamy, Rakan Kongsi Pengurusan Ideaspring Capital.

Tentang StartupXseed
"StartupXseed ialah sebuah dana agnostik sektor dengan pelaburan daripada syarikat Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) hingga syarikat Ruang Angkasa (Teknologi), termasuk bidang Keselamatan Siber, Semikonduktor, AI/ML, Dron dan Syarikat Pemula Baharu di India dengan fokus ke peringkat Global. Smart Ship Hub ialah sebuah syarikat peringkat pertumbuhan awal, kami amat kagum dengan produk dan pangkalan pelanggan tersohor mereka yang dibangunkan di seluruh dunia dalam jangka masa yang sangat singkat, ujar Ravi Thakur, rakan kongsi pilihan StartupXseed Ventures. 

Smart Ship mempunyai kelebihan unik sebagai sebuah pasukan promoter hebat yang terdiri daripada para profesional maritim yang berjaya, ibu pejabat di Singapura dan pasukan teknologi yang kukuh. Kami gembira dapat menjadi rakan kongsi ketika mereka mengubah domain maritim global : BV Naidu, Rakan Kongsi Pengurusan StartupXseed Ventures.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1864898/Smart_Ship_Hub_1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1864899/Smart_Ship_Hub_Logo.jpg?p=medium600

Source: Smart Ship Hub
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Maritime/Shipbuilding New products/services Venture Capital