omniture

Perniagaan Siemens, eMeter Hasilkan Aplikasi yang Menyasarkan Pusat Strategi Inovasi Utiliti

eMeter
2013-10-16 15:45 138

-- EnergyIP Menambahkan Aplikasi Kekubah Data Grid (GDV) dan Pengurusan Beban Peralatan (ELM) bagi Memperkasakan Utiliti untuk Mengurangkan Risiko Sambil Mencapai Sasaran Kecekapan dan Peraturan

FOSTER CITY, California, 16 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- eMeter, satu Perniagaan Siemens hari ini melancarkan aplikasi terbaharunya, Kekubah Data Grid (GDV) dan Pengurusan Beban Peralatan, yang boleh didapati pada platform aplikasi grid EnergyIP® miliknya yang utama. Pendekatan berpusatkan aplikasi menjadikannya mudah dan pantas bagi utiliti untuk menggunakan data penggunaan tenaga dalam memenuhi keperluan perniagaan terutamanya di Eropah bagi mencecah sasaran tenaga boleh dibaharu 2020.

Pemeteran maju pada skala penuh adalah penting bagi utiliti untuk menyusun semula proses perniagaan agar mencapai sasaran tenaga boleh dibaharu yang mandatori. Utiliti di seluruh dunia perlu bertindak dengan pantas dan tegas dalam rangka kerja perusahaan mereka untuk mematuhi tuntutan peraturan dan mengukuhkan kedudukan mereka bagi pertumbuhan masa depan. EnergyIP ialah platform terbukti dan matang yang membolehkan utiliti bagi menentukan skala dari 10 ribu hingga 50 juta meter dan melakukan penangkapan data meter yang boleh diambil tindakan ke atasnya, mengurangkan risiko perniagaan dan memberikan fleksibiliti untuk bertindak balas terhadap perubahan peraturan melalui peralatan konfigurasi berasaskan peraturan.

EnergyIP mempunyai reputasi terbukti dalam memberikan kemudahan dalam menyusun atur penggunaan untuk membantu utiliti menguruskan data penggunaan dan menyokong pelbagai aplikasi lain, termasuklah penempatan, pengoptimuman aset, tindak balas tuntutan, dan penglibatan pelanggan. Suite aplikasi EnergyIP yang terbaharu, Pengurusan Beban Peralatan (ELM) menyediakan bantuan kepada transformer, mencegah gangguan bekalan kuasa dan kemalangan, seterusnya meningkatkan kepuasan pelanggan yang tidak terhad kepada transformer semata-mata.

Kekubah Data Grid (GDV) menawarkan perisian pengarkiban data terbaik yang direka khas bagi membantu utiliti secara berkesan kos dalam menguruskan pertumbuhan data di samping membolehkan data diakses dengan kos rendah dan mematuhi peraturan pengarkiban. Siemens terus berkembang dalam suite aplikasi miliknya yang sedia ada yang disokong secara lancar pada platform grid pintar EnergyIP.

Dengan mengurangkan kos keseluruhan bagi proses peningkatan, utiliti tersebut boleh menambah lebih banyak meter atau aplikasi untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka. Kelebihan perniagaan yang tersedia kerana susun atur aplikasi terkini pada platform yang terbukti adalah ketara bagi perniagaan yang maju dan yang kurang maju. EnergyIP menyokong jumlah pemprosesan data yang tinggi, menjadikannya platform yang lebih cepat, mudah dan fleksibel dengan aplikasi maju untuk menangani bidang unik bagi keperluan operasi di samping mengurangkan jumlah kos keseluruhan pemilikan.

"Menyediakan satu set aplikasi yang beraneka atas platform yang terbukti adalah cara yang terbaik untuk Siemens bagi membantu utiliti dalam menguruskan tuntutan perniagaan yang kompleks," kata Aaron DeYonker, Naib Presiden Produk, eMeter, Perniagaan Siemens. "Campuran aplikasi yang betul memberikan fleksibiliti dalam memenuhi keperluan perniagaan yang sering berbeza dari satu utiliti ke satu utiliti yang lain. Bagi sesetengah utiliti, penglibatan pelanggan ialah satu keutamaan manakala utiliti lain memerlukan peralatan bagi menguruskan kesinambungan grid secara keseluruhan." EnergyIP merupakan teras kepada wawasan masa depan Siemens bagi aplikasi grid pintar. Sebarang maklumat lanjut tentang kemajuan terkini dalam EnergyIP, lihat http://bit.ly/energyip8.

"Perniagaan Siemens eMeter mempunyai rekod pelanggan terbukti dan telah berjaya memproses data daripada lebih lima juta meter pada setiap selang minit ke-15 dalam tempoh dua jam. Syarikat ini mempunyai kontrak bersama sekitar 50 utiliti dengan jumlah gabungan kira-kira 50 juta meter.

Tentang Perniagaan Siemens, eMeter
eMeter merupakan Perniagaan Siemens yang menyediakan perisian penting yang membolehkan utiliti elektrik, gas dan air merealisasikan manfaat sepenuhnya Grid Pintar. Perisian pengurusan Grid Pintar eMeter membantu mengurangkan kos pengendalian, meningkatkan perkhidmatan pelanggan, dan memacu kecekapan tenaga bagi utiliti yang meneraju di seluruh dunia. Pengaturan kedudukan besar-besaran dalam industri berserta kerjasama strategik dengan Accenture, IBM, Oracle dan SAP, membolehkan eMeter untuk membina reputasi bagi bidang kepakaran yang sukar ditandingi dengan memastikan kejayaan bagi pelanggan. Bagi maklumat lanjut layari: www.emeter.com

eMeter diperoleh Grid Pintar Siemens pada Januari 2012 selepas kerjasama berterusan dalam satu perkongsian strategik yang sangat berjaya selama beberapa tahun. eMeter, yang merupakan Perniagaan Siemens ialah salah satu batu asas strategik Grid Pintar Siemens dan bertindak sebagai penjana kuasa Perisian yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Platform Aplikasi Grid Siemens.

 

 

 

Source: eMeter
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Utilities Water Utilities New products/services