omniture

Tyco Melantik Benny Goh Sebagai Presiden Installation & Services Asia

Tyco
2013-10-16 16:33 170

SINGAPURA, 16 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- Tyco hari ini mengumumkan yang Benny Goh telah dilantik sebagai Presiden Installation & Services, Asia berkuat kuasa mulai 1 Ogos 2013. En.Goh akan berpusat di Ibu Pejabat Asia Tyco di Shanghai, China.

Pelantikan En. Goh menguatkan komitmen berterusan Tyco di Asia, terutamanya China. Tyco mempunyai pengaruh rantau yang kuat di Tanah Besar China, Hong Kong/Macau, Korea Selatan, Malaysia, Singapura dan Taiwan, dan telah menggajikan hampir 10,000 kakitangan seluruh Asia.

Sebelum menyertai Tyco, En. Goh ialah presiden syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham New York, China Yuchai International. En. Goh juga telah memegang pelbagai jawatan kepimpinan dengan Ingersoll Rand/Trane termasuk sebagai Pengarah Urusan dan Naib Presiden Asia Utara untuk Climate Solutions Business. Sebelum itu, En. Goh merupakan perunding pengurusan dengan AT Kearney di Chicago dan dengan Ernst & Young Corporate Finance di Singapura selepas kerjaya pertama beliau dengan Pasukan Tentera Udara Republik Singapura, ketika beliau berkhidmat dalam pelbagai jawatan perintah dan kakitangan sebelum menghabiskan kontrak jawatan beliau sebagai Leftenan Kolonel.

En. Goh mempunyai ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam Fizik daripada Universiti Oxford, England dan beliau mendapat Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Institut Pascasiswazah Pentadbiran Perniagaan Harvard di Boston, Massachusetts, AS.

"Kemajuan kami di Asia adalah kritikal untuk Tyco dalam landskap berdaya saing hari ini. Pengalaman Benny Goh untuk kemahiran pengurusan dan sifat kepimpinan yang mengagumkan selama bertahun lamanya mengekalkan kedudukan kuat kami dalam fasa pertumbuhan perniagaan seterusnya. Saya yakin Benny boleh membantu kami melaksanakan strategi pertumbuhan kami bagi mencipta peluang yang lebih baik bagi kakitangan kami dan memacu nilai lebih hebat untuk para pemegang saham serta pelanggan kami," kata Phil McVey, Presiden Installation & Services, Asia-Pasifik.

TENTANG TYCO

Tyco ialah syarikat yang mengkhusus dalam perniagaan perlindungan api dan keselamatan sahaja yang terbesar di dunia. Tyco menyediakan produk dan perkhidmatan perlindungan api dan keselamatan terkini kepada lebih tiga juta pelanggan seluruh dunia. Sebagai sebuah syarikat dengan hasil sebanyak lebih $10 bilion, Tyco mempunyai lebih 70,000 kakitangan di lebih 1,000 lokasi serata 50 negara yang berkhidmat untuk pelbagai pasaran hujung, termasuk komersil, institusi, kerajaan, peruncitan, perindustrian, tenaga, kediaman dan perniagaan kecil. Bagi maklumat lanjut, lawati www.tyco.com.

Hubungan  Media:

Orang untuk Dihubungi Cik Tan Weiwei
Nombor untuk Dihubungi: +65 6389 8239
E-mel untuk Dihubungi: wwtan@tycoint.com

Source: Tyco
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Personnel announcements