omniture

Omdia: Peranti paparan dekat mata untuk aplikasi XR dijangka meningkat kepada 139 juta unit pada tahun 2028

Omdia
2022-07-26 12:04 64

LONDON, 26 Julai 2022 /PRNewswire/-- Penghantaran paparan untuk aplikasi yang menampilkan peranti paparan dekat mata dijangka mencecah 25.3 juta unit pada tahun 2022, meningkat sebanyak 73.8% tahun ke tahun (YoY), sebelum mencecah 139 juta unit pada tahun 2028 menurut Laporan Peranti Paparan Mata Dekat untuk Aplikasi XR - 2022 Omdia yang terkini.

Near-eye display market unit forecast, 2020-28
Near-eye display market unit forecast, 2020-28

Omdia melihat tiga pempengaruh utama di sebalik pertumbuhan ini. Pertama, jualan peranti akhir XR (termasuk AR, VR dan MR) meningkat disebabkan peningkatan permintaan terhadap permainan, perindustrian, perubatan dan komersial; kedua, jenama lebih suka menggunakan reka bentuk dwipaparan untuk menggantikan reka bentuk paparan tunggal yang asal dan meningkatkan pengalaman visual pengguna dan ketiga, strategi ekosistem yang telah mantap daripada jenama seperti Metaverse, Apple dan skrin berbilang peranti mereka.

Omdia menjangkakan pertumbuhan pendapatan akan memuncak pada tahun 2023 terutamanya disebabkan semakin banyak jenama dijangka akan menggunakan OLED pada silikon (OLEDoS) untuk peranti dekat mata pada tahun 2023 dengan harga unit yang lebih tinggi.

Paparan VR boleh jadi dwipaparan atau paparan tunggal. Keperluan untuk paparan VR termasuk resolusi yang lebih tinggi untuk mencapai piksel per darjah yang lebih tinggi (PPD) dan kesan pintu-skrin yang lebih rendah.

Kimi Lin, Juruanalisis Penyelidikan Kanan berkata: "Paparan TFT LCD dan AMOLED popular yang digunakan untuk telefon pintar juga boleh digunakan pada peranti VR. Rantaian bekalan paparan VR telah matang kerana paparan AMOLED atau LCD berasaskan TFT yang popular digunakan secara meluas dengan para pengeluar panel yang telah kukuh termasuk Japan Display Inc. (JDI), Sharp Corp., Samsung Display, AUO, BOE Technology, Innolux Corp., China Star dan Sony. Pada masa ini, semakin banyak jenama cuba menggunakan OLEDoS untuk aplikasi VR bagi mendapatkan kesan visual yang lebih baik."

OLEDoS boleh digunakan untuk aplikasi VR dan AR serta menghasilkan prestasi visual yang lebih baik berbanding paparan AMOLED dan LCD LTPS dalam aplikasi VR. Syarikat-syarikat seperti Kopin, eMagin dan Sony sedang menerajui industri manakala OLEDoS pula telah menarik perhatian dan pelaburan daripada pelbagai syarikat China seperti BOE, SeeYa, Olightek dan Sidtek dengan jumlah pelaburan yang mencecah $4.5 bilion sehingga akhir tahun 2021.

Tentang Omdia:
Omdia ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat terkemuka yang memberi tumpuan kepada industri teknologi. Dengan para pelanggan yang beroperasi di lebih 120 buah negara, Omdia menyediakan data, analisis, khidmat nasihat dan perundingan tersuai yang penting di pasaran.

Sila hubungi:
Fasiha Khan / T: +44 7503 66806 / E: fasiha.khan@omdia.com
Sila layari Omdia

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1862214/Omdia_Near_eye.jpg?p=medium600

Source: Omdia
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Survey, Polls & Research