Amy DuRoss menyertai CSafe Global sebagai Presiden, Terapi Sel & Gen untuk memacu pembangunan inovasi dan penyelesaian
MONROE, Ohio, 26 Julai 2022 /PRNewswire/ -- CSafe Global, peneraju inovasi dalam penyelesaian perkapalan kawalan suhu untuk pengangkutan produk farmaseutikal yang meningkatkan jangka hayat, hari ini mengumumkan bahawa Amy DuRoss telah menyertai syarikat tersebut sebagai Presiden Terapi Sel dan Gen (CGT).
Dalam peranan baharunya, DuRoss akan memimpin portfolio penyelesaian CGT CSafe untuk menyokong pengangkutan pintar terapi peribadi dan vaksin bernilai tinggi bagi memenuhi kerumitan pengangkutan rantaian bekalan global yang belum pernah berlaku sebelum ini bagi produk CGT.
Cik DuRoss membawa lebih 25 tahun pengalaman bersama-sama dalam jawatan baharunya. Sebelum menyertai CSafe, beliau merupakan Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Vineti, sebuah platform perisian perusahaan yang digunakan untuk mendigitalkan rantaian identiti dan rantaian keperluan penjagaan untuk produk CGT. Pada awal kerjaya beliau, DuRoss memegang beberapa jawatan berprestij termasuk, Ketua Pegawai Perniagaan Navigenics, Ketua Kakitangan untuk California Institute for Regenerative Medicine (CIRM) dan Pengasas Bersama, Pengarang Bersama serta Pengarah Eksekutif inisiatif undian penyelidikan sel stem California bernilai $3 bilion.
"Kami gembira untuk menerima Amy sebagai pemimpin pasukan CGT kami. Pengalaman beliau yang pelbagai dalam pembangunan korporat, sokongan pesakit dan keusahawanan merupakan adunan yang tepat untuk memacu inovasi dan penyelesaian yang unggul dalam rantaian bekalan yang sangat kompleks ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif CSafe, Patrick Schafer. "Kami berharap dapat melihat kemajuan yang signifikan dalam portfolio ini di bawah panduan strategik Amy."
"Saya berbesar hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan pasukan bertaraf dunia di CSafe Global dalam membawa standard baharu bagi pengangkutan rantaian bekalan yang berkualiti tinggi dan bernilai tinggi ke dalam bidang inovasi yang paling menarik dalam terapi perubatan, sel dan gen peribadi," Cik DuRoss berkata, "Rangkaian perkhidmatan CSafe Global yang cemerlang dan kepakaran yang terbukti dalam analisis yang kukuh dan boleh dilaksanakan untuk memacu kecekapan rantaian bekalan akan segera mendorong industri pasaran kecemasan yang menawarkan harapan yang penting kepada peningkatan bilangan pesakit yang memerlukan."
Cik DuRoss memperoleh ijazah sarjana muda dan dua ijazah sarjana termasuk MBA beliau, dari Stanford University. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Biolife Solutions (BLFS), MJH, Americans for Cures dan ARM Foundation serta merupakan ahli Aspen Institute Global Network.
Hubungan Media:
Lori Conaway
Komunikasi Pemasaran Global
+1 405.633.2344
lconaway@csafeglobal.com
Tentang CSafe Global
CSafe Global menyediakan penyelesaian penghantaran kawalan suhu yang menyeluruh bagi industri farmaseutikal dan sains hayat di seluruh dunia. Sebagai sebuah inovator industri, CSafe menyediakan ramalan pajakan yang didayakan AI untuk memastikan ketersediaan kontena aktif dan kebolehlihatan penghantaran masa nyata kepada pelanggan bagi memantau penghantaran dan campur tangan untuk memelihara muatan apabila diperlukan. CSafe menawarkan program penyelenggaraan dan penggunaan semula yang terkemuka dalam industri untuk kontena aktif dan pasif yang menyediakan prestasi produk yang unggul dan sejajar dengan objektif kelestarian pelanggan. Dengan kehadirannya di 150 buah negara, khidmat sokongan 24/7 dan 100% ketersediaan kontena, CSafe berada pada kedudukan yang baik untuk menjadi rakan kongsi pilihan dalam rantaian sejuk. csafeglobal.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1864328/Amy_DuRoss.jpg?p=medium600