omniture

Dreame Technology Jalin Kerjasama dengan ROBOCON Promosikan Robotik di China

Dreame Technology
2022-07-26 20:38 203

BEIJING, 26 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Dreame Technology, sebuah syarikat global yang terkemuka bagi perkakas pembersihan rumah pintar, telah menjadi rakan kongsi strategik ROBOCON 2022. Dreame bekerjasama dengan pegawai-pegawai ROBOCON untuk merangka rancangan latihan bakat yang komprehensif untuk pesaing-pesaing bakat dalam industri robot. Pertandingan ke-21 berakhir dengan kejayaan hebat pada 25 Julai dengan sejumlah 115 pasukan kolej mendaftar untuk mengambil bahagian.

Dreame Technology Partners with ROBOCON to Promote Robotics in China
Dreame Technology Partners with ROBOCON to Promote Robotics in China

"Teknologi robotik telah menjadi bahagian yang bebas dalam kehidupan harian orang ramai yang akan terus memberi manfaat kepada manusia dalam segenap aspek hiburan, kehidupan, pertanian, penjagaan perubatan, pengangkutan dan sebagainya," kata Yu Hao, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Dreame Technology pada pusingan akhir pertandingan ROBOCON China, "Atas sebab itulah kami mengambil keputusan untuk berganding bahu dengan ROBOCON untuk mencari dan memupuk bakat-bakat muda dalam bidang robotik. Bersama-sama ROBOCON, Dreame mewujudkan 'FOR DREAM - Dana Inovasi Robotik Dreame Technology' untuk menyokong para pelajar yang cemerlang dalam inovasi saintifik dan teknologi mereka."

Sebagai salah satu teknologi utama di seluruh dunia, Dreame berusaha untuk mencapai pertumbuhan yang berkualiti. Selepas menerajui pasaran pembersihan pintar dengan produk pembersihan terasnya, Dreame melangkah ke hadapan menuju masa depan "Robot Kegunaan Umum" menerusi pelancaran robot berkaki empat bionik pertamanya, Eame one, yang dilancarkan pada Julai 2021.

Reka bentuk inovatif Dreame terus memacu pembangunan robotik. Syarikat ini berkembang daripada sektor robot pembersihan kepada rangkaian lebih luas robot pan-mudah alih seperti robot berkaki empat dan menawarkan sokongan logik teknikal yang profesional dan penuh perhatian.

Ketika persiapan semakin rancak dibuat menjelang pertandingan ekuestrian ROBOCON — apabila para pesaing menguji prestasi joki mereka dan kuda robotik empat kaki — para jurutera daripada Institut Penyelidikan Inovasi Dreame menyediakan sesi latihan yang eksklusif dengan tema "Algoritma Kawalan dan Perancangan Pergerakan Robot".

Para pelajar perlu membangunkan kuda robotik empat kaki untuk bersaing dalam pertandingan lari pecut dan berhalangan, menguji ketahanan, kelajuan dan keupayaan robot untuk bergerak bebas semasa pertandingan tersebut.

Sebagai pertandingan robotik yang mencabar dari segi teknikal dan berpengaruh di peringkat antarabangsa, ROBOCON "Pertandingan Robot Universiti Asia-Pasifik (ABU Robocon)" telah diadakan selama 20 tahun, dengan pasukan Cina memenangi 6 kejohanan di peringkat akhir tahunan ABU. Acara tersebut mengintegrasikan sumber-sumber daripada universiti-universiti berbeza, outlet-outlet media, perusahaan-perusahaan dan jabatan-jabatan kerajaan selain menyumbang secara positif kepada pendidikan robotik. Sejak itu, lebih daripada 600 syarikat teknologi telah diinkubasi dan pertandingan tersebut telah mencungkil bakat kumpulan usahawan yang cemerlang.

Tatkala pertandingan tersebut melabuhkan tirainya, Dreame akan terus bekerjasama dengan ROBOCON bagi memudahkan kem latihan sains dan teknologi, aktiviti pertandingan antarabangsa dan siri perlawanan persahabatan untuk menginkubasi selanjutnya generasi bakat robotik yang seterusnya.

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan tersebut, sila kunjungi Dreame Technology dan ROBOCON.

Latar Belakang Dreame Technology

Ditubuhkan pada tahun 2017, Dreame Technology ialah sebuah syarikat produk pengguna inovatif yang memfokuskan kepada perkakas pembersihan rumah pintar dengan visi untuk memperkasa kehidupan melalui teknologi. Ikuti kami di FacebookInstagram dan Twitter. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Dreame.

Source: Dreame Technology
Keywords: Computer/Electronics STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)