omniture

Subsidiari Yili Westland Milk Products Buka Secara Rasmi Kilang Mentega Baharu

Yili Group
2022-07-26 20:44 420

HOKITIKA, New Zealand, 26 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 19 Julai, Yili Group membuka secara rasmi kilang mentega baharunya di Westland Milk Products di Hokitika, West Coast, New Zealand. Pembukaan tersebut bertepatan dengan sambutan untuk meraikan ulang tahun ketiga Westland menyertai Yili Group.

Dengan penaiktarafan yang kini telahpun siap, kilang mentega baharu Westland Milk Products telah menggandakan kapasiti kemudahan mentega pengguna dan perkhidmatan makanannya di kilang Hokitika Westland untuk mencecah sehingga 42,000 tan setahun, seterusnya menjadikannya kilang mentega terbesar di pantai barat New Zealand. 

Damien O’Connor menghadiri majlis memotong reben untuk meraikan kilang mentega baharu
Damien O’Connor menghadiri majlis memotong reben untuk meraikan kilang mentega baharu

Menteri Perdagangan dan Pertanian New Zealand, Yang Berhormat Damien O'Connor dijemput ke acara tersebut di mana beliau meraikan pelaburan yang diwakili oleh kilang mentega tersebut untuk masa depan industri tenusu di West Coast.

Dalam ucapan yang dirakam terlebih dahulu di acara di Hokitika, Pan Gang, Pengerusi dan Presiden Yili Group, berkata, "Sejak menyertai Yili Group, Westland semakin mendapat pengiktirafan pengguna. Westland berdedikasi untuk terus mencipta lebih nilai buat pengguna, masyarakat dan pekerja pada masa depan."

Yili Project Goldrush, satu pelan pelaburan, telahpun dilancarkan pada tahun lalu untuk menaik taraf sistem pengeluaran dan meningkatkan kapasitinya. Projek berkenaan bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai pengguna global untuk merasa Westgold, salah satu jenama mentega New Zealand yang paling banyak mendapat anugerah.

Pabrik milik Westland di Hokitika
Pabrik milik Westland di Hokitika

Berucap di upacara perasmian, Ketua Pegawai Eksekutif Westland Richard Wyeth berkata, "Kilang mentega asal yang dibina pada tahun 1973 kini memberi laluan untuk kemudahan dibina khas yang membolehkan kami menggandakan kapasiti tepek mentega format kecil kami dengan jentera moden dan canggih yang masih berpegang teguh dengan kaedah-kaedah bekas susu tradisional kami." En. Wyeth turut merakamkan penghargaan beliau atas usaha kolaboratif antara pekerja, pembekal dan rakan kongsi. Separuh pertama tahun 2022 menyaksikan keputusan setengah tahun pertama yang paling kukuh oleh syarikat ini sepanjang tujuh tahun yang lalu. Mentega Westgold boleh didapati di lebih 20 negara seluruh dunia termasuk New Zealand, China, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun. 

Sebagai salah satu daripada lima syarikat tenusu yang terkemuka di dunia dan pengusaha yang terbesar di Asia dalam industri ini, Yili komited untuk membina jaringan sumber, inovasi dan pasaran global yang saling memberi manfaat. Ketika ini, Yili mempunyai 15 pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan inovasi serta 74 tapak pengeluaran. Bagi mencapai impian syarikat iaitu "Dunia Berkongsi Kesihatan secara Bersepadu" ("World Integrally Sharing Health"), Yili terus berkembang bagi memenuhi keperluan pemakanan pelbagai kumpulan individu di serata dunia.

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Food/Beverages Retail