omniture

Sunline Kongsi Pandangan dan Lancar Penyelesaian Pinjaman Digital Natif Awan Bersama di HiFS 2022

Huawei
2022-07-26 21:16 288

SINGAPURA, 26 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2022 yang diadakan di Marina Bay Sands, Singapura dengan tema "Membentuk Kewangan Lebih Pintar, Lebih Hijau" menghimpunkan beratus-ratus tokoh terkemuka, pemimpin pendapat utama (KOL), pakar akademik serta rakan kongsi dalam industri kewangan global untuk membincangkan bagaimana untuk membentuk kewangan hijau dan digital berdasarkan trend pembangunan masa depan industri kewangan.

Sebagai rakan kongsi ekosistem penting dalam industri kewangan Huawei, Sunline dan Huawei melancarkan secara rasmi penyelesaian pinjaman digital natif awan bersama mereka. Dibina berasaskan Huawei Cloud, penyelesaian tersebut mengguna pakai rangka kerja perbankan mikroservis tahap perusahaan EDSP yang dilancarkan oleh Sunline pada tahun 2020, lalu mencipta penyelesaian dengan pengalaman, keupayaan, kelajuan, seni bina dan asas baharu.

Pada asas ekonomi negara, institusi-institusi kewangan semakin perlu merealisasikan perkhidmatan kewangan tanpa sentuh, digital dan dalam talian terutamanya dalam keadaan pasca-pandemik ketika ini. Bank-bank global menghadapi cabaran yang serupa sepanjang perjalanan transformasi digital mereka dengan kos dan risiko yang sangat besar bagi menggantikan sistem legasi mereka, belanjawan yang terhad dan pulangan pelaburan tidak menentu yang dikaitkan dengan transformasi, kekurangan pengalaman perniagaan dan teknologi terbuka, persaingan yang semakin sengit dan permintaan perkhidmatan tanpa sentuh yang semakin meningkat yang dipacu oleh pandemik, dan sebagainya, maka penting untuk mempunyai penyelesaian yang dapat bertindak balas dengan pantas kepada keperluan dan kehendak mendesak daripada FI mahupun pelanggan mereka dari segi perkhidmatan kewangan digital.

Sunline dan Penyelesaian Pinjaman Digital Natif Awan Bersama Huawei mengguna pakai strategi terbuka, lalu membolehkan institusi-institusi kewangan melancarkan pelbagai jenis perkhidmatan tanpa sentuh seperti kempen produk pinjaman dalam talian, E-KYC pelanggan, penilaian risiko, pengeluaran dana dan pemprosesan pasca-pinjaman. Penyelesaian tersebut menyokong penskalaan mendatar yang pantas dan dinamik ke atas permintaan perniagaan mahupun sistem serta menyediakan barisan pemasangan penyampaian berterusan DevOps untuk memenuhi keperluan pembangunan institusi-institusi kewangan yang semakin tangkas. Akhirnya, menjadikan bidang perbankan jauh lebih mudah sekali gus kekal mesra pengguna, tepat pada masanya dan profesional, seterusnya membawa kepada kepuasan, pengekalan dan kesetiaan pelanggan yang lebih baik.

Sunline dan Huawei telah menjalin kolaborasi mendalam berbilang peringkat dengan kes-kes pelaksanaan yang semakin berjaya dalam industri ini. Pada masa depan, kolaborasi yang selanjutnya antara Sunline dan Huawei akan membawa inovasi yang lebih hebat ke pasaran, seterusnya membantu industri kewangan global mempercepatkan transformasi digitalnya.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment