LONDON, 17 Oktober 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan Franco Bernabe telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi GSMA. Sebagaimana yang termaktub dalam peraturan tadbir GSMA, Jon Fredrik Baksaas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Telenor Group dan Timbalan Pengerusi semasa GSMA, akan mengambil alih peranan sebagai Pemangku Pengerusi yang berkuat kuasa serta-merta. GSMA akan mengadakan pilihan raya dalam kalangan ahli Lembaga Pengarah dan akan mengumumkan Pengerusi baharunya pada bulan November.
"Bagi pihak seluruh Lembaga Pengarah GSMA, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Franco atas kepimpinan dan komitmen beliau dalam tempoh tiga tahun yang lalu ini," kata Anne Bouverot, Ketua Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah, GSMA. "Franco telah menjadi penasihat yang gigih bagi membawa satu pendekatan yang berpandangan jauh dan kolaboratif dalam menangani cabaran yang dihadapi industri kami. Pengalaman bekerjasama dengan beliau benar-benar merupakan satu penghormatan. Saya kini tidak sabar-sabar untuk bekerja dengan Jon Fredrik, Lembaga Pengarah dan ahli kami untuk memberikan perkhidmatan digital yang mudah dan selamat kepada semua orang di seluruh dunia."
Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia. GSMA merangkumi lebih 220 negara, menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih di dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.