NYON, Switzerland, 17 Oktober 2013 /PRNewswire/ --
Pada 20 Oktober yang merupakan Hari Osteoporosis Sedunia, Yayasan Osteoporosis Antarabangsa (IOF) menggesa wanita untuk mengambil langkah segera untuk melindungi kesihatan tulang mereka. Patah tulang akibat osteoporosis sering menyebabkan kesakitan, kesukaran bergerak dan kehilangan kualiti hidup serta kematian awal. Dalam kalangan wanita melebihi usia 45 tahun, osteoporosis menyebabkan masa yang dihabiskan di hospital adalah jauh melebihi penyakit lain, termasuk diabetes, serangan jantung atau kanser payudara. Berita baiknya ialah dengan mengetahui risikonya dengan lebih awal, wanita boleh mengambil langkah segera untuk mencegah dan mengawal osteoporosis.
Kira-kira 200 juta wanita di seluruh dunia menghidapi osteoporosis - satu penyakit yang menyebabkan tulang menjadi lemah dan mudah terdedah kepada keretakan dan lebih ramai wanita akan menghadapi masalah ini dengan penambahan populasi penduduk yang terus meningkat usia. Jika langkah yang sewajarnya tidak diambil, generasi akan datang masih boleh hidup lebih lama tetapi kualiti hidup mereka akan terjejas teruk. Wanita pada setiap peringkat usia terdedah kepada permasalahan ini. Namun, wanita menopaus adalah lebih terdedah kerana mereka mengalami masalah kerapuhan tulang yang lebih tinggi.
Profesor John A. Kanis, Presiden, IOF, berkata, "Osteoporosis ialah satu ancaman yang serius kepada kesihatan wanita. Satu dalam tiga individu wanita yang berumur lebih 50 tahun dijangkakan akan mengalami patah tulang akibat osteoporosis di seluruh dunia. Namun begitu, terlalu ramai wanita tidak menyedari akan peningkatan risiko ini terutamanya selepas menopaus dan gagal untuk mengambil langkah pencegahan."
IOF mencadangkan lima strategi penting untuk membantu mengekalkan tahap kesihatan tulang dan kekuatan otot apabila meningkat usia:
"Wanita ialah tunggak kekuatan untuk sesebuah keluarga dan masyarakat. Saya menyeru semua wanita yang menghampiri umur menopaus untuk mengambil langkah sebaiknya untuk kesihatan tulang bagi menikmati kualiti hidup yang baik dan bebas daripada osteoporosis pada masa depan," kata Judy Stenmark, Ketua Pegawai Eksekutif, IOF.
Sila rujuk kit media di http://www.worldosteoporosisday.org/media-centre
Tentang Hari Osteoporosis Sedunia
Hari Osteoporosis Sedunia disambut pada 20 Oktober setiap tahun, diterajui IOF dan dikhususkan untuk meningkatkan kesedaran global osteoporosis dan penyakit rangka otot yang berkaitan. Sertai kempen baharu untuk mengenali wanita kuat yang dinamakan sebagai 'Women of Steel' dan tunjukkan sokongan anda dengan memakai pakaian putih pada Hari Osteoporosis Sedunia. http://www.worldosteoporosisday.org
http://www.facebook.com/worldosteoporosisday; #womenofsteel
Ditaja pada tahun 2013 oleh geran pendidikan tidak terhad daripada Fonterra, Pfizer Consumer Healthcare, Amgen/GSK, Lilly
Hubungan Media
Charanjit Jagait
T: +41-22-994-01-02
B: +41-79-874-52-08
E-mel: CJagait@iofbonehealth.org
Sumber: Yayasan Osteoporosis Antarabangsa