![]() |
SCBA M1 MSA Menyokong Fokus London terhadap Peningkatan Keselamatan Anggota Bomba
PITTSBURGH, 27 Julai 2022 /PRNewswire/-- MSA Safety Incorporated (NYSE: MSA) hari ini mengumumkan bahawa ia telah dianugerahkan kontrak bernilai $9 juta oleh Pasukan Bomba London untuk membekalkan anggota bombanya dengan Alat Pernafasan Kendiri Serba Lengkap (SCBA) M1 dan teknologi telemetri yang baharu milik MSA. Kontrak ini telah dianugerahkan secara rasmi pada awal bulan Julai dengan penghantaran peralatan dijangka akan bermula pada suku keempat tahun ini. Pengumuman pada hari ini juga menandakan permulaan kepada proses latihan dan penempatan berbilang fasa bagi SCBA yang melibatkan lebih 4,500 anggota bomba dari Pasukan ini.
Keputusan untuk menaik taraf teknologi SCBA London telah dibuat selepas proses penilaian yang teliti dan komprehensif.
"SCBA M1 mewakili SCBA yang paling canggih, ergonomik dan modular yang pernah diperkenalkan oleh MSA ke pasaran Eropah dan Antarabangsa," kata Nish Vartanian, Pengerusi, Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif MSA. "Kami amat berbangga dapat menjalin kerjasama baharu ini dengan salah sebuah pasukan bomba yang tertua dan paling dihormati di dunia. Yang lebih penting, kami begitu berbesar hati kerana Pasukan Bomba London telah mengamanahkan MSA dengan tanggungjawab untuk melindungi setiap anggota lelaki dan wanita yang menjaga keselamatan penduduk London setiap hari."
Timbalan Pesuruhjaya Pasukan Bomba London, Richard Mills berkata, "Susulan proses tender yang kompetitif, kami benar-benar tidak sabar untuk membina hubungan kerjasama yang menarik dengan MSA. Peralatan alat pernafasan tercanggih yang baharu ini lebih ringan dan lebih mudah untuk dibawa serta menjamin tahap keselamatan anggota bomba kami dengan lebih baik. Peralatan yang ditambah baik ini menunjukkan perubahan kami sebagai sebuah badan perkhidmatan bomba serta melabur dalam teknologi terkini untuk membantu melindungi London dan penduduknya."
Reka bentuk rintis SCBA M1 MSA® merupakan faktor utama dalam pemilihan platform SCBA London yang baharu. Alat pernafasan ini merangkumi beberapa ciri yang telah dipaten dan boleh disesuaikan yang dapat membantu mempertingkatkan ergonomik serta meningkatkan tahap keselesaan dan kebersihan anggota bomba. Ini termasuk plat belakang paling ringan dalam industri dengan pelarasan ketinggian sebelah tangan yang unik; iaitu tali pinggang pinggul serba canggih yang mengagihkan berat SCBA secara sama rata; dan abah-abah berpad yang kalis air sepenuhnya, menjadikan keseluruhan mesin sistem SCBA boleh dibasuh tanpa perlu dibuka.
Ciri-ciri lain yang diambil kira dalam pemilihan SCBA M1 Pasukan Bomba ini termasuklah sambungan silinder tekanan tinggi untuk pertukaran silinder pantas; keserasian dengan alat pernafasan G1 MSA yang terkemuka dalam industri; dan penyepaduan dengan FireGrid yang membolehkan komander insiden menilai dan menguruskan pelbagai situasi dalam masa nyata dan dari mana-mana lokasi. Lembaga Kawalan Kemasukan (ECB) MSA yang direka bentuk secara khusus untuk memenuhi keperluan unik perkhidmatan bomba UK juga memainkan peranan penting dalam keputusan Pasukan Bomba untuk memilih jenama MSA. Berfungsi sebagai alat pengurusan kawasan kebakaran awan terhubung yang menyediakan Komander Insiden dengan status udara dan penggera bagi semua alat pernafasan didayakan telemetri di tempat kejadian, ECB MSA juga mampu menyediakan pelaporan selepas kejadian serta dokumentasi automatik.
Sebagai sebahagian daripada kontrak ini, MSA juga akan menyediakan London dengan sistem komunikasi baharu dengan kualiti komunikasi suara yang dipertingkatkan. Digelar Set Kepala C1, peranti ini dapat dipasang dengan mudah pada bahagian luar alat pernafasan SCBA.
Encik Vartanian mengulas bahawa kontrak SCBA dengan pasukan London menandakan permulaan kepada satu bentuk kerjasama yang baharu dan menarik. "Sebagai sebuah syarikat dengan satu-satunya misi untuk menjaga keselamatan pekerja, kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan sebuah pasukan yang dianggap sebagai peneraju industri sebenar yang menyokong keselamatan ahli bomba. Pasukan London merupakan salah sebuah pasukan bomba yang paling progresif dan dihormati di dunia, dan sebagai sebahagian daripada proses Suara Pelanggan kami, kami pastinya akan mendapatkan input mereka tentang inisiatif pembangunan produk pada masa hadapan," ujar beliau.
Tentang MSA Safety
Ditubuhkan pada tahun 1914, MSA Safety Incorporated merupakan peneraju global dalam pembangunan, pembuatan dan pembekalan produk keselamatan yang melindungi manusia dan infrastruktur kemudahan. Kebanyakan produk MSA mengintegrasikan gabungan sistem elektronik, mekanikal dan bahan-bahan canggih untuk melindungi pengguna daripada situasi berbahaya atau mengancam nyawa. Barisan produk syarikat yang komprehensif ini digunakan oleh para pekerja di seluruh dunia dalam pelbagai pasaran, termasuk industri minyak, gas dan petrokimia, perkhidmatan bomba, industri pembinaan, perlombongan dan ketenteraan. Produk teras MSA termasuk alat pernafasan kendiri serba lengkap, sistem pengesanan gas dan nyalaan tetap, instrumen pengesanan gas mudah alih, produk perlindungan kepala perindustrian, topi keselamatan dan pakaian pelindung bomba serta peranti perlindungan kejatuhan. Dengan pendapatan sebanyak $1.4 bilion pada tahun 2021, MSA mempunyai kira-kira 4,800 orang pekerja di seluruh dunia. Syarikat ini beribu pejabat di utara Pittsburgh di Cranberry Township, Pennsylvania dan mempunyai operasi pembuatan di Amerika Syarikat, Eropah, Asia dan Amerika Latin. Dengan lebih 40 lokasi antarabangsa, MSA menjana kira-kira separuh daripada pendapatannya dari luar Amerika Utara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web MSA di www.MSAsafety.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1866843/MSA_Safety_M1_SCBA_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1866844/MSA_Safety_M1_SCBA_Control_Module_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1866842/MSA_Safety_ECB_3.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/479457/MSA_Logo.jpg?p=medium600