omniture

Dengan Nilai yang Menjangkau hingga setengah bilion riyal, Masar Destination dan AlZamel Real Estate Development Menandatangani perjanjian pemerolehan

Umm Al Qura For Development & Construction - Masar Destination
2022-07-27 22:52 155

MEKAH, Arab Saudi, 27 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Um Al-Qura Development and Construction Company, pemilik dan pemaju Masar Destination dan AlZamel Real Estate Development menandatangani perjanjian pemerolehan hari ini; menurutnya AlZamel Real Estate Development akan menjadi pemilik salah satu menara kediaman mewah yang menghadap Masar Front pada nilai setengah bilion riyal.

 

Masar Destination and AlZamel Real Estate Development Sign an acquisition agreement
Masar Destination and AlZamel Real Estate Development Sign an acquisition agreement

 

Majlis menandatangani perjanjian tersebut berlangsung antara Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Um Al-Qura Development and Construction, En. Yasser Abuateek dan Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat AlZamel Real Estate Development, Encik Abdul Hamid Abdullah AlZamel. Encik AlZamel melahirkan rasa puas hati dan terima kasih beliau dengan mengesahkan bahawa pengambilalihan tersebut adalah selaras dengan aspirasi tinggi AlZamel Real Estate Development, kerana mereka berminat untuk menyediakan perkhidmatan Hartanah tahap tertinggi dan pembangunan penyelesaian kediaman mewah. Syarikat AlZamel akan membangunkan pangsapuri kediaman terbaik untuk dijual yang sesuai dengan kecemerlangan dan perkembangan Masar Destination.

Sementara itu, Encik Yasser Abuateek, Ketua Pegawai Eksekutif Um Al-Qura Development and Construction, menyatakan keinginan syarikat untuk memeterai perjanjian dengan AlZamel Real Estate dengan menekankan minat untuk menyokong sektor hospitaliti dan usaha Masar Destination untuk mencari pengalaman pembangunan kediaman terbilang yang memenuhi keperluan penduduk Mekah dan para pelawat.

Masar merupakan destinasi bandar dengan visi pembangunan dan pelaburan yang mengamalkan standard kelestarian alam sekitar dan komuniti yang tertinggi. Masar akan menjadi suatu mercu tanda tersendiri yang meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Mekah dan para pengunjung melalui pelbagai tawaran dan keupayaan. Ekosistem bersepadu dan pelbagai yang menarik pelaburan dalam pelbagai sektor penting dan kualiti kemudahan dan perkhidmatannya, akan menjadikan Mekah sebagai satu destinasi yang menarik yang mendorong pelaburan jangka panjang.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1866787/Umm_Al_Qura_For_Development_and_Construction_Masar_Destination.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1863084/Um_Al_Qura_For_Development_and_Construction_Masar_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Umm Al Qura For Development & Construction - Masar Destination
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Residential Real Estate Travel Acquisitions, mergers, takeovers