omniture

Kapasiti 10GW, nilai output $450 juta! Antaisolar mengembangkan taman perindustriannya di Fujian, China

Antaisolar
2022-07-28 03:28 219

XIAMEN, China, 28 Julai 2022 /PRNewswire/ -- Pada 4 Julai, Antaisolar telah berjaya mengadakan majlis pecah tanah di Daerah Changtai, yang bertujuan untuk mengumumkan pembinaan dalam fasa kedua taman perindustriannya telah bermula secara rasmi. Ramai pegawai kerajaan menghadiri majlis tersebut. Star Huang, pengerusi Antaisolar, membuat laporan mengenai projek tersebut.

Fasa kedua projek itu dirancang untuk disiapkan pada penghujung 2024, pada masa itu keseluruhan taman perindustrian itu akan mencapai lebih $450 juta nilai output dan dijangka mewujudkan 1,300 peluang pekerjaan.

Persembahan rekaan bangunan utama di taman perindustrian Antaisolar
Persembahan rekaan bangunan utama di taman perindustrian Antaisolar

Taman Perindustrian Antaisolar merancang kawasan seluas 240 ekar, akan dibina dalam dua fasa. Projek pertama meliputi kawasan seluas 97 ekar dan telah membina 70,000 meter persegi loji dan gudang. Fasa kedua meliputi 143 ekar dan merancang untuk membina 144,000 meter persegi loji baharu, bangunan pejabat, asrama, pusat logistik, dan pusat R&D, terutamanya digunakan untuk pengeluaran penjejak suria, sistem pelekap dan BIPV, dsb., output tahunan bagi produk dijangka mencapai 10GW selepas siap. Memandangkan Antaisolar menghargai R&D sebagai daya saing teras sebuah syarikat teknologi, loji yang baru dibina itu juga akan menjalankan fungsi untuk penyelidikan aluminium berprestasi tinggi dan kecerdasan buatan.

Seiring dengan perniagaan yang semakin berkembang, Antaisolar berusaha untuk meningkatkan kapasiti pembekalannya sepanjang masa. Termasuk taman perindustrian dalam pembinaan di Fujian, Antaisolar mempunyai enam pangkalan pengeluaran di seluruh dunia, Fujian, Tianjin, Jiangsu, Indonesia, Turki dan India, membolehkannya mencapai kapasiti pengeluaran yang kukuh dan penghantaran pantas ke setiap sudut dunia. Untuk menggalakkan masa depan sifar karbon dan Raise A Green World (Membangunkan Dunia Hijau), Antaisolar terus membekalkan produk yang unggul. Sementara itu, apabila skala syarikat berkembang, Antaisolar tidak pernah lupa untuk menyumbang semula kepada masyarakat dan menggalakkan pembangunan ekonomi di wilayah yang berdekatan.

Hubungi kami melalui e-mel: sales@antaisolar.com

Laman web: www.antaisolar.com

 

Source: Antaisolar
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion Future Events